Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

Wednesday, 11 July 2012

44 Hari Berlalu

Alhadulillah dah habis pantang pun, 
Hari ni Rayyan dah 45 hari,  sungguh cepat masa berlalu, 
Rayyan pun dah semakin montel, sihat dan kuat, rambut pun dah lebat, 
encem dah lah, dah tak botak dah.

Mama pun nak enterprem jugak, asyik snap gambar Baby sorang ja... kali ni mama pulak lah, 
dari hari lahir haritu, manalah dok bergambar dgn Rayyan lagi. 
Hari ni dah habis pantang so kita melaramlah hehehe
Jom Rayyan kita posing berdua, pastu kita pi jalan2 yer.. hehehe
tinggal kakak 2 orang tu kat rumah. hehehe.




Jari Rayyan yang montel gebus gitu..

 walaupun dah habis pantang, makan tu tak boleh sembarangan jugak, apa yg  perlu dipantang lagi kena teruskan sampai btl2 pantang. seperti laksa. mee, dan makanan yang berangin..
hu hu tak sabar nak makan laksa
tapi zie pantang 6 bulan ja, org lain sampai setahun kan? Mak kata kalau nak pantang tak berapa pantang, kenalah mula dari anak pertama, kalau anak pertama setahun tak makan laksa anak kedua pun kena ikut setahun, jgn dikurangkan pulak. So maknanya zie pantang 6 bulan untuk makan laksa, so kiranya anak kedua dan ketiga ni bolehlah makan waktu usia anak enam bulan... . ada paham ker ayatku ini.. hohoho.


p/s :Pantang 100 hari masih diteruskan hehehe..

Monday, 18 June 2012

Berstokin ketika Berpantang

Emm satu perkara ketika berpantang, ialah dengan memakai stokin, walaupun sekarang ni cuaca panas, tapi bila kita dalam pantang tetap merasai kesejukan yang luar biasa, emm betul tu dalam dok berpeluh2 ni masih terasa kesejukannya. Salah satu nak menyamankan rasa sejuk tu cara Zie adalah dengan sapu minyak Herbanika Nona Roguy selepas mandi di kawasan perut, belakang pinggul hinggalah kekaki, memang terasa nyaman sangat, pastu mesti wajib pakai stokin... emm kalau tak pakai rasa tak lengkap dan rasa sejuk yang pelik, kalau guna selimut untuk kaki pun tak sama dengan pakai stokin ni...satu lagi tentulah berbarut... rasa lebih ketat dengan berbarut ni... heheh


 
Pinjam stokin baby Rayyan heheh

Jom tengok apa lagi pantang larang ketika berpantang ni...


Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.



Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.



sumber

Friday, 8 June 2012

Sakit Batu Meriyan

Assalamuallaikum...
Salam hari Jumaat penghulu segala hari...
Mudahan hari2 yang kita lalui bertambah ceria dan ketabahan hati jugak di perlukan dalam menjalani kehidupan didunia ini...

Mukhadimah untuk menenangkan hati cheq yang diselubungi keresahan dan kesedihan... emmm..
Namun kata2 semangat dari suami kaum keluarga dan sahabat2 alam maya ni memberi beribu erti sebagai pendorong Zie untuk menempuh sedikit ujian dari Allah.. Zie tahu ramai lagi insan dan sahabat di luar sana yang lebih mencabar dugaan dan ujian yang ditempuhi... Allah hu Akbar......

Berbalik pada tajuk... Sakit Batu Meriyan...
emmm pernah rasa? emmm mestilah kan... ada ker orang lepas bersalin tak pernah sakit batu meriyan ni? Tak pastilah pulak.. bagi Zie memang melaluinya...

Apa itu sakit batu meriyan?
Sakit batu meriyan ni akan dirasai sejurus selepas melahirkan... kata mak Zie kita akan berasa sakit mengikut bilangan anak yang dilahirkan, maksudnya kalau dua orang anak kita maka dua harilah kita akan merasa sakit itu... macam Zie, anak yang ke tiga maksudnya 3 harilah sakit haritu...

Macam mana rasa sakit?
emm sakit tu macam sakit baby mengeras tu.. masa nak beranak... sakit yang 3 minit atau 5 minit sekali tu... emm lebih kuranglah...  masa kita sakit tu perut akan mengeras maksudnya batu tu tengah timbul nak cari kedudukan dia semula... perhhh memang sakit... 3 hari nak habis jenuh jugak... sakit ni tak lah berlanjutan selalu maksudnya dalam tempoh sejam tu mungkin 5 kali jer dia rasa.. pastu dua jam pulak baru rasa balik... ..sampailah berapa jumlah anak yang kita pernah lahirkan...kalau tak salah sakit ni akan dirasai kerap pada waktu malam

Apa ubatnya? 
Ubatnya emm masa sakit tu malam mak ambil daun serai dilumat dan diambil airnya disapu pada perut.. waktu sapu air serai tu memang rasa aman perut ni... tapi sakit tu tetap ada... kemudian dia datang lagi...
satu lagi mak akan letakkan air limau nipis dicampur kapur sirih kemudian disapu pada perut..
Insyallah sakit akan kurang..

p/s : waktu ni ujian mendatang mana sakit tempat jahit lagi, pastu sakit batu meriyan pastu sakit puting susu pulak... waktu nilah puting susu pecah lah. waktu baby hisap susu dan waktu tu lah sakit batu meriyam emmm memang tak tertahan...

Sekadar coretan untuk diri sendiri. pengalaman melaui rasa sakit batu meriyan...bukan apa lepas lega ni mulalah lupa habis camna rasa sakitnya... emm tak patut...
sebab tu kita boleh beranak ramai.. sebab kes lupa camna rasa sakit bersalin... tul tak? hehehe

Nak tengok Gambar baby rayyan KLIK SINI

Wednesday, 6 June 2012

Dugaan Dalam Pantang

Ya Allah ... Istifar panjang Zie, hari ke tujuh Zie berpantang Dania disahkan demam campak... ya Allah sedihnya saat itu hanya Tuhan yg tahu...

Pagi tu abah terus bawak Dania kerumah tok ( makngah) tinggal kat sana... dan dijaga oleh tok....
Ya Allah Dugaan apa yg kau berikan ini...
Bukan tidak redho dengan ujian ini.. tapi saat dan ketika ini mama tak mampu nak jaga Dania dan baby sekaligus.. maafkan mama... sepatutnya mamalah yang menjaga Dania... bukan Tok ( makngah)...

Maafkan mama sayang... mama hanya mampu melihat dan berdoa semoga anak mama cepat sembuh...
2 hari Dania kat rumah makngah tanpa melihat situasi Dania... mama ok lagi hanya sedikit kesedihan..dan tanya perkabaran Dania melalui abah yg beulang pergi jengah Dania..

Hari ketiga mama gagahi pergi rumah tok nak tengok Dania...

sampai je kat sana belum pun sempat jejak kaki masuk mama tengok Dania Ya Allah banyaknya bintik campak tu... hampir seluruh badan Dania, muka tangan dan kaki... semuanya berbintik... sedih luluh hati mama....
Air mata ni bagaikan air sungai selepas hujan laju menyusuri muara....

Kasihan lihat anak kecil itu yang tidak bermaya... kulihat Dania kesedihan bila Zie melangkah masuk.. ingin aku peluk anakku itu, namun melihatkan bintik yang begitu banyak.. menyebabkan mama rasa takut, takut Dania kesakitan...tangan ku di pengangnya erat tanda tak mahu dilepaskan.. ( kata makngah dania jauh hati sebab ada adik baru)
Makan minum langsung tak disentunya hanya sedikit air.. susu pun tak mahu.... memang nampak Dania sedikit susut.

kepada tok tempat dia menumpang manja... kasihan aku lihat... (sambil menagis teresak-esak)
Masuk si abah.. tengok mama menagis terus dia marah dan cakap mama tu dalam pantang janganlah dok sedih macam ni..berkali2 dia suruh mama berhenti menangis, manalah boleh berhenti bila tengok anak yang dalam kesakitan itu.....

memang tak sampai hati nak tinggalkan Dania... nak je dia dibawah penjagaanku sepenuhnya.. tapi takut dijangkiti baby Khalish.. Hasrat itu berkubur ja...

Rasa bersalah sangat2.. tapi apakan daya mama... mama berharap esok akan ada berita gembira, mudahan Dania semakin pulih...Ya Allah kau pulihkanlah Dania seperti sediakala... Ingin saja melihat mulutnya yang bercakap banyak itu. dan gelak tawanya..

p/s : setiap kali berpantang ada saja dugaan yang melanda.... pasti ada ja yang membuatkan hati ini tersentuh dan menagis...mudahan tidak ada perkara yang tak didingini berlaku...semoga hati ini kembali tabah dalam menghadapinya...


Agak blurr gambar ni kalau real lagilah rasa kesian dengan biji yg berair tu..
Dania dipangkuan tok

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers