Wednesday, 28 May 2014

Happy Birthday Khalish Rayyan


Happy Birthday Khalish Rayyan.. nama pun mama silap eja... huhu... moga menjadi anak yang soleh... gembira selalu... menjadi insan yg berguna suatu hari nanti kepada agama dan negara... kehadiranmu penuh makna dalam hidup mama dan abah... love you Khalish Rayyan.. dah 2 tahun 










Tuesday, 27 May 2014

Alhamdulillah Rezeki Homemade Cake

Alhamdulillah tak sia-sia semangat nak tahu dalam bidang ni.. mula-mula hadir kelas buat kek masa mengandungkan Rayyan.. teringin sangat nak buat kek sanggup walaupun dah memboyot 7 bulan... hehehe niat tu bukan apa nanti anak2 sambut hari lahir boleh buat kek.. 
lepas episod tu mulalah buat sikit2... biasalah memula kan.. sangat2 tak berapa yakin, dan tak tau pasaran macam mana.. dan sekarang Alhamdulillah, sikit2 rezeki masuk.. 
tabik spring pada kawan2 sealiran yang masih bekerja dan dapat buat parktime baker, dengan tempahan yang emm walla... dan hujung minggu siap buat kelas lagi.. emm memang lumayan...
semoga mereka sukses.. 












Antara kek-kek bulan Mei ni


semoga Allah berkati apa yang aku lakukan sekarang moga rezeki aku ada walaupun tak semeriah..
semoga dengan rezeki ini dapat aku belanjakan kejalan Mu yang diredhoi..
semoga rezeki anak2 ku juga ada dan rezeki suami ku jua..
In Sya Allah aku akan terus menerima tempahan selagi kudratku mampu..

ps : masih kekok nak design sesuatu... huhu alih2 nampak sama jew,..

Monday, 26 May 2014

Siakap Stim Halia

Mimpi apa tah en Suami tetiba suruh isteri kesayangannya ni masak ikan stim... saya cakap mana reti.. ekekek dia kata ala buat jew... sekali dia keluar nak pi beli ikan..ai  kata kat dia ha ikan tu suruh siang siap2.. hehehe bila dia balik
sekali tak bersiang lah menyiang jugak aku haritu ikan siakap yang besar ni... heheh senang je nak siang tapi oleh sebab M .. tu yang suruh siang siap2.. hehehe boleh gitu...



Siakap Stim Halia

resepi : DayangJack@DapurKu SaYang


bahan-bahan :


1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan)6 ulas bawang putih (dihiris halus)2 inci halia (dihiris halus)2-3 biji limau nipis (ambil jusnya)1 sudu makan sos ikansedikit airgaramhirisan daun sup3-4 biji cili api (dihiris/diketuk)Daun Limau purut ( zie tambah) Cara-cara :Sediakan pengukus. Jerangkan airnya.Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan panas.Kemudian taburkan bawang dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya. Kukus sehingga 1/2 masak.Setelah itu, masukkan sos ikan, sedikit air, cili padi dan jus limau nipis. Kukus lagi hingga masak.Setelah masak, taburkan daun sup dan biarkan ia merenih sebentar. Hidangkan bersama nasi putih.



Cara Saya :

Senang dan mudah, malas nak kelurkan periuk pengukus...
ku rebus atas belanga terus... masukkan air, lepas tu masukkan semua bahan termasuk ikan biarkan mendidih dah masak akang hiaslah dengan daun sup... dah siap memang cukup rasa masam masam pedas.
wah macam best jew macam senang... leh buat selalu...




Tuesday, 20 May 2014

Jom Mewarna @ SK Jawi

Hari wesak lepas ada Karnival Keluarga kat SK Jawi iaitu sekolah Dina,
so Dina amik bahagian dalam peraduan mewarna... dan ada banyak lagi program kat sekolah tu, pertandingan memasak, gubahan, futsal dan lain2.
Anak mama Dina ni ajak mama masuk pertandingan memasak, mama kata ala mam malu lah nak masak depan orang.. hehehe
Dia siap cakap lagi ala mama masak ayam goreng dah lah... jom lah mama..
huhu akhirnya pujukan dia tak berjaya... mama tetap tak mau masuk..
hehehe sorry dear..
So hanya Dina yang masuk pertandingan mewarna kategori tahun satu


Masa kami sampai dalam 8.30 tengok Murid2 sedang senaman ringan ala-ala erobik
sampai je Dina terus cari tempat dengan kawan dia hehehe seronok tengok anak2 buat erobik... cute je.. 

Rayyan pun nak ikut kakak, tapi cari kakak tak jumpa.. hehehe

Lepas je erobik terus ke dewan untuk mewarna.. 

Dina amik pot dia... duduk dengan kawan dia... 





Pastu mewarnalah anak aku ni... dan yang pasti Dina kalau lama2 dia akan jemuih so elok dah sejam terawal tu dia dah kalut2 mengaler... dah berpeluh2.. penat lapar semua ada...
Lepas hantar lukisan tu terus makan bekal nuget yang mama bawa.. habis 5 ketul emmm awal2 tadi tak mau makan, mungkin sebab gementar kot... dan akhirnya lapar melanda.

Cik Dania pun nak berposing jugak kat sekolah kakak. 

ok dah habis jom kita balik..
habis mewarna dalam jam 10.30 kami keluar dulu pi makan kat parit buntar, pastu balik mai singgah balik kat sekolah ni.. tengok peserta amik hadiah... anak mama tak bertuah hari tu.. tak palah usaha lagi.. yang penting tahu teknik mengaler.. bukan kaler kira siap je... tak pa takp ajangan putus asa ini adalah pengalaman pertama untuk anak mama ni..



Monday, 19 May 2014

Bufday Boy dan Motor Merah

Minggu depan jew birthday budak encem mama ni..28 Mei  kejap je dah dua tahun.... mama pulak tak plan apa2 pun.. emm masih dok dingdong dingdong nak buat ke tidak... tak bincang apa2 lagi dengan abah dia... kalau buat pun seronok jugak ni... so mulai saat ni kena pk lah camne cerita seterusnya...
nak buat kek,, nak masak apa2.. yg penting simple dan meriah...






Tengok budak encem dan anak soleh ni bukan dia mau main pun moto merah dia tu tapi yang dia nak main Remote control moto tu.. adohai... kalau mama tahu mama tak yah beli moto tu.. mama beli je remote control tu tau.. huhu
macam tahun lepas.. simple dan seronok dengan kehadiran tetamu..






ps;; apa-apapun kena pkirkan sesuatu... yelah tak lama lagi nak sambut puasa lebih baik buat sedikit jamuan doa selamat panggil tetamu kan.. In Sya Allah.. mudahan Allah permudahkan urusan saya nak uruskannya.
mestilah dengan bantuan abah.. 



Friday, 16 May 2014

First Time dia Datang Bertandang Lama

Saja nak tempek jugak orang lain dah berzaman dapat me baru nak merasa... dan bertapa ciwinya.. haha haruslah... akhirnya baru kini dapat kulihat camna rupa bentuk iklan BE ni.. so kali ni dia datang dengan lamanya dah hampir seminggu... sebelum ni dia mai tapi sekejap tanpa sedar tengok2 dah credite dah, adalah sen sen je...
hehehe apa2 je lah kan...
Dia datang setelah aku kurang nak berblog... eh terbalik kan? emm apalah kan..  tanpa kusedar satu entry aku yang meletops tu dah membuatkan blog aku naik dengan mendadak... apa lagi satu resipi ni.. iaitu resipi Biskut Lidah Kucing...
hehehe boleh dikatakan hampir setiap hari orang search pasal resipi ni... 
sebab itulah makcik nuff ni mai dok tenggek kat sini..
apapun tq yer.. sudi2 lah datang lagi...





Bru kali pertama juga cashout duit nuff ni.. tu pun tahun bila tah...
haha sedih kan...


Wednesday, 14 May 2014

Gulai Temenung Kuala Kedah

 Tak Pasti apa nama gerai ni.. tapi dekat simpang Depan tu ada PASTI apa ye nama gerai ni.. huhu memang best gulai temenung kat sini... rasa macam tak cukup je...bila amik 2 ekor mesti 5 keatas.. hehe... 
kami kalau balik Ayaq Itam sanggup bertolak awai pagi sebab nak sampai kat sini pagi dan dapatlah sarapan disini... nama pun orang kedah sarapan mesti berat, nasi putih dan gulai serta sambal belacan memang perh punya...
 tengok tu anak2 semua enak menjamu selera.. 
dengar khabar kat Kuala Kedah ni da lebih 5 gerai Gulai Ikan temenung ni.. emm memang mendapat sambutan.. dan walla..
dah orang Kedah kan mesti lah suka makan ikan ni walaupun dari kecik diajar makan hingga tak jemu2..
ada orang tak makan ikan ni... ... yelah tak kisah... bagi kami ikan nilah yang paling sedap kalau kena gaya maksakannya. betul tak kawan-kawan..


pss : nak snap gambar lebih2 segan... ni je yang dapat gambar...kelabu asap plak tu.. huhu

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) Trip Medan (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers