Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Wednesday, 3 September 2014

Tempahan Kek

Tempahan yang diterima sebelum ni... syukur atas Rezeki sampingan ini... semoga lebih sukses untuk diri sendiri...dan untuk semua kawan2 tak kira apa jua perniagaan... Alhamdulillah.




Segala kekurangan harap dimaafi... saya masih lagi dalam proses belajar lagi macamana.. dan cara nak design itu ini... hahaha tak kreatif tu yg jadi lagu ni....
Design suka hati.. huhu
Jom ke blog kek saya
Dan page saya 

Monday, 30 June 2014

Kursus Pastry dan Kek

Alhamdulillah minggu lepas berlangsung sudah kursus 3 hari membuat pastri dan kek... ha nampak nampak... macam pro je kan? Inilah untungnya bila hadir kursus macam ni... macam-macam ilmu dapat... alhamdulillah moga diberkati...
Kursus berlangsung kat tempat kerja saya.. huhu memang senang tak payah nak berjauhan dgn famili.... datang ofis terus masuk kelas... pastu timba ilmu... habis kelas jam 5 leh balik... so inilah hasilnya semasa kami berkursus tu...
Yang bestnya dapat siapkan kek kahwin 3 tingkat yang serba mewah...
Kursus yang di ajar oleh chef Azizul sangat2 berguna dan bermanfaat.. semoga ilmu yg dicurahkan digunakan sepenuhnya...
Kursus ini lebih kepada macammana nak buat gumpate.. Royal icing.. dan fo dant... dan mengikut kreativiti setiap kumpulan maka inilah hasilnya.... bunga2 tu semua adalah hasil tangan kami...
Ada juga chef selitkan cara2 nak buat kek 3D.. iaitu kek lady birt,kek barbie, kek kereta, kek bola dan kek pooh... nampak rumit.. bila dah siap... la macamtu je?.. hahaha kan.. kom join kursus leh dapat pengalaman baru bersama chef dan kongsi ilmu dgn kawan3












Tuesday, 27 May 2014

Alhamdulillah Rezeki Homemade Cake

Alhamdulillah tak sia-sia semangat nak tahu dalam bidang ni.. mula-mula hadir kelas buat kek masa mengandungkan Rayyan.. teringin sangat nak buat kek sanggup walaupun dah memboyot 7 bulan... hehehe niat tu bukan apa nanti anak2 sambut hari lahir boleh buat kek.. 
lepas episod tu mulalah buat sikit2... biasalah memula kan.. sangat2 tak berapa yakin, dan tak tau pasaran macam mana.. dan sekarang Alhamdulillah, sikit2 rezeki masuk.. 
tabik spring pada kawan2 sealiran yang masih bekerja dan dapat buat parktime baker, dengan tempahan yang emm walla... dan hujung minggu siap buat kelas lagi.. emm memang lumayan...
semoga mereka sukses.. 












Antara kek-kek bulan Mei ni


semoga Allah berkati apa yang aku lakukan sekarang moga rezeki aku ada walaupun tak semeriah..
semoga dengan rezeki ini dapat aku belanjakan kejalan Mu yang diredhoi..
semoga rezeki anak2 ku juga ada dan rezeki suami ku jua..
In Sya Allah aku akan terus menerima tempahan selagi kudratku mampu..

ps : masih kekok nak design sesuatu... huhu alih2 nampak sama jew,..

Saturday, 3 May 2014

Resipi Rainbow Kek





RAINBOW CAKE

sumber :  K.Nor Secubit Garam

Bahan2:
3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
11/4 cawan gula
5 biji putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau


Cara:
1. Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.
2. Pukul butter & gula sampai kembang & gebu2 .
3. Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati & gebu . (masukkan sedikit demi sedikit)
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati.
6. Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.
7. Pastu bakar satu per satu guna loyang 8 inci setiap kaler lebih kurang 141gm  bakar pada suhu 150C 20 minit/ 170 C dlm 15 minit. Bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai.. (jgn buang lg kertas alas utk mudahkan kerja melayer)
8. Boleh guna topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream @ what ever you want..hee



Resepi Krim Cheese : 

Bahan :
500 grm whipping cream
250 grm cream Cheese
50 grm gula icing
100 grm butter
2 titik lemon paste

Cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.

Resepi Ittalian Buttercream :

250 gm gula
60gm air
140 gm putih telur ( 4 biji )
300 gm butter
300 gm shortening

Caranya:
1) 'Whisk' putih telur sampai medium fluffy ( agak berbuih )
2) Sambil tu masak gula dengan air hingga jadi suhu 118'C. (jika tak ada termometer: masak air gula hingga mendidih , lepas tuu biarkan selama 20 minit atas api paling kecil ( air gula akan memekat )
3) Tuang air gula panas tadi terus ke dalam mixer yang masih bergerak tu. (step ni teruskan aje, 
jangan takut ya )

4) Mix hingge jadi meringue *terbalikkan mangkuk adunan, adunan tak jatuh kira dah jadi meringue*
5) Last sekali masukkan butter dan shortening dan putar hingga krim menjadi kembang dan soft.
6)Boleh letak esen vanilla @ ape2 paste yang di sukai.
7) Hiaskan atas kek anda. 




Tuesday, 25 March 2014

Selamat Pengantin Baru Wani dan Pasangan

Alhamdulillah sebenarnya banyak cerita nak cerita kat sini memula kisah si penganti baru iaitu anak sulung Kawan ofis Kak Zarimah.. Wani dah bertemu jodoh dengan pasangan... alhamdulillah sama cantik sama padan... comey anak kak Zarimah ni...
Dari rumah kami keTaiping ambil masa 45 minit je... tapi kami keluar awal sebabnya nak menghantar sesuatu... haha nak tau apa dia...
ha scrool kebawah...

 



Kek Kahwin 2 tingkat

Ha inilah yang sebetulnya... projek menghantar kek pengantin yang ditempah oleh kak Zarimah...
first time ai buat kek dua tingkat ni... amacam ok tak...tq kak sorry kalau ada kekurangan...

inilah kek nya sebelom di tingkatkan.. hahaha
Sampai je rumah kak zack terus setting kek ni... lepas setting kami makan... lepas tu tunggu pengantin sampai... mulatu anak2 dah meragam nak balik... yang mama nak tunggu pengantin dulu...
last sekali bawa nak2 masuk kereta pastu tunggu juga pengantin sampai...
Pasangan Pengantin yang cantik dan sepadan
Alhamdulillah sempat juga tengok pengantin potong kek.. yang tu yang penting... sib baik sabar sat.. kalau tak melepas saat ni... sebabnya masa pengantin sampai dicadangkan agar potong kek dulu... takut meja kek tu dirempuh orang... maklumlah kek tu tinggi sangat sekali tempuh memang terbaliklah... seriau pun ada.. so cadangan diterima... lepas dapat gambar ni terus berangkat balik... elok2 nak balik kawan2 yang lain baru sampai... tata nak balik dah... tapi nak ronda Taman Tasek Taiping jap.. hehhehe
Tasek taiping airnya kering... tengok tu kan? 

Apalagi medel yang sorang ni pun beraksilah dengan comelnya...
ekekeke adik dah lentok dalam kereta...


tengok bergaya habislah anak daraku ni..
mama tumpang sekaki yer...hehe dah jom balik...

Friday, 3 May 2013

Tempahan-tempahan dari SayangkuCakes

Terima Kasih Semua
ILKM
Dillah

Kak Ima

Ejay

Dillah

Unic

Kak Su

Kak Wan

Diana

Alhamdulillah 
p/s: Masih banyak yang perlu di perbaiki
Jom Singgah

Saturday, 9 March 2013

SayangkuCakes Chilled Corner

Assalamualaikum, 
Korang tahukan, Zie ada buat tempahan biskut kek dan DC secara sambilan.. 
best jugak berniaga macam ni. kecil-kecilan.. mungkin suatu hari nanti sederhana... pastu tak tau lagi.. hahaha..In Syaa Allah...
Blog tempahan Kek saya telah beroperasi dengan jayanya Mulai Feb lepas... dan blog ni hanya memaparkan kek2 tempahan dari pelanggan yang tersayang... ceritanya sebelum melangkah lebih jauh.. buat permulaan .......
Akhirnya ada jugak rezeki disini, rezeki apa yer...SayangkuCakes Chilled Corner, 
ni ha buat macam 5C's kak Yus tu.. tapi keknya tak semeriah dialah..
 harap dapatlah sambutan yer... emm ada ker pembeli? emmm agaknya? 
harap tu adalah yer... belum fikir lagi nak taruk apa kat dalam ni dan bentuk macam mana... 
kena balik study betul2.. wah kena study ker? 
hehehe mestilah nak kira bajet macam mana nak buat bentuk apa, saiz apa, dan macam-macam lagi... 
nak bagi nampak menarik nak buat macam mana.. ha memang macam-macam nak kena fikir...
peluang dah ada harapnya akan berjalan dan sukses lah yer... 
walaupun masih baru dalam dunia ni.. bersyukur sangat diberi peluang dan kepercayaan untuk lebih terus sukses...
Terima kasih semua...Terima Kasih Ya Allah..terima kasih AJK kelab yang baru... 
moga lebih bersemangat semuanya...
dalam membentuk Hotel kita yang semakin canggih tu...
 terbaik.. emmm Hotel? yup Hotel hotel kami sekarang dah bertaraf 3++..
nanti kita buat review sikit pasal hotel ni... hahah tungguu

tak sabar nak tunggu hari itu...tapi apa yer nak buat... kawan-kawan tolong....
tolong bagi cadangan dan khidmat nasihat.. boleh?..

Ha ni antara kek kak Yus kat CCC


kalau buat macam Kak Yus ni ok tak? emm menarikkan?
 tapi dia tak pa lah tokeh besar 3C dan sekarang 5C"s dah... 
huhu leh ke nak lawan tok guru ni.. hehehe..
apapun Yakin Boleh jer.. hehehe

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers