Showing posts with label Kisah Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Kisah Keluarga. Show all posts

Monday, 7 March 2016

Cicit kedua Keluarga Tok Pisah

Cuti Raya Cina lepas kami sekeluarga ke Simpang Pulai.. cadangnya nak tengok cucu menakan baru.. yaitu cucu kakak aku... hahha kakak aku dah ada cucu.. cayalah... hehehe so maka dengan ini aku pun jadi tokchu lah jugak... kami pi ajak mak sekali... mak sbenarnya tak berapa sihat asyik sakit kaki.. tapi dia nak pi jugak so kami bawaklah... yang syoknya setelah kereta aku total lost keta viva je lah yg aku duk kuda la ni... so berhimpitlah sikit  huhu tak pa lahkan yg penting kami dah selamat pi dan balik...
Dan yang pastinya lega bila dapat jumpa cucu aku dan cicit tentulah mak aku.. ni cicit kedua mak aku...






28 Feb kami kembali kesini kakak aku nak buat kenduri akikah pulak.. so dapat jumpa lagi dengan si Aisyah.. tengok tu dia pose senyum kat toksu ni.. hehehe comey haih...




ha kan dah botak... alolo.. cepat tumbuh rambut ye... 







Kepala dah ringan tidur lagi nyenyak lah...



Wednesday, 27 November 2013

2 minggu selepas kehilangan Batrisya kakak iparku diuji lagi

Allah hu akhbar... ujian lagi buat kakak ipar aku... 2 minggu selepas kehilangan anak tercinta Batrisya 6y akibat kemalangan ... dia dikejutkan lagi dengan pemergian Ibu tersayang ... dugaan buatmu Maizura.... semoga kau tabah menghadapinya.... kau insan yg terpilih untuk menerima ujian ini... pastinya kau lebih hebat dari kami...

DariNya kita datang kepadaNya kita kembali....

Peraturan Allah adalah yang terbaik.... 

Monday, 11 November 2013

Suratan atau Kebetulan

Mengenang kembali kisah tragis yg melanda anak buah aku... Batrisya kau lah yang satu si cerdik,pandai, bijak ,pandai amik hati ibu dan abah... namu  dia juga yg Allah sayang dan dipinjamkan kepada kita sekejap sahaja... sampai hari ini wajahmu masing terbayang2 difikiran...

Perangai Pelik

Kata orang ada beberapa perkara yg berlaku tanpa kita sedar... perubahan itu akan dikenang kembali selepas kita tiada... kerana kenangan itu akan sentiasa bermain difikiran insan tersayang sebagai kenangan terakhir kita sebelum berpisah lama.

Begitu juga perubahan anak kecil ini... kata Ibunya malam sebelum kejadian dia menangis semahu mahunya nak ikut abah dia keluar... sib baik si abah ikut sahaja si anak yg meronta ni... malam tu jugak dia mintak abah dia belikan kek cheese 2 jurai satu dimakan habis dan satu lagi katanya untuk abang dia...

Kebiasaan kalau makan  burger dia makan roti sampai habis tetapi satu haritu dia makan dagingnya habis... itu antara kelakuan pelik si Batrisya...

Dan yang paling menyentuh hati ibu dan abahnya entah malam bila dia melukis gambar satu family dia suruh ibu... ibu sibuk menyiapkan makan malam...
si  abahlah yang melayan... katanya nak lukis gambar ibu tapi tak reti... gambar dia dia dah buat....si abah pun lukislah... tetiba bila dah siap... dia berkata emmm gambar ibu tak cantik gambar adik lagi cantik...lukisan terakhir anak itu adalah kenangan terindah untuk dikenang.

Suatu hari si abah menghantar Batrisya ke sekolah abah dia pun hulurkan duit seringgit untuk dia ( sek. Pra RM1 pun dah memadai) tetiba sianak berkata emm abah bagi seringgit ja... nanti adik bagi duit kat abah banyakkkk - banyak... bila dah berlalu baru teringat semula kata2 terakhir sianak.

Terkedu si abah bila sebut bab duit selepas pemergian anak... apa maksud anak kecil ni...? Kalau nak harapkan duit insuran apalah sangat jika nak dibandingkan dgn harga nyawa si anak..
Si abah jadi fobia untuk mengira duit...


Tiada Gambar Raya 2013

Dan kenangan untuk zie sendiri tahun ni masa raya haritu kami tak sempat bergambar Beramai2... sebab keluarga depa balik agak lambat... so tak sempat nak merakam gambar dia dan anak2 zie... puas dibelek kamera kot2 terselit gambar dia... sikit pun tak ada....

Raya haji haritu pun tak dak jugak... yg ada gambar siabang dia yg tidur di kg... gambar dia masa datang dan masa bermain dgn anak2 tak ada pulak... emmm

Kuhimpun semua gambar2 dia semasa membesar bersama anak2 ku...
kenangan bersamammu takkan di lupakan..


Sedikit terkilan dan kecewa kerana ini... rasa bersalah menyelubungi...

Tapi semua ini sudah tertulis... apa yg berlaku sudah dirancang sebaik mungkin...
Redho dengan ketentuaan... itulah yg sebaiknya.

Batrisya Kiri

Batrisya Kanan


pssttt : Kata orang dulu dilarang bergambar bertiga sebab inilah akibatnya....
Benarkah? percayakah anda?...... me kurang percaya tapi.... sebab hidup mati kita ditangan Allah.



Tuesday, 5 November 2013

Kisah Kemalangan Batrisya dan Driver Van Yg Kejam

Kejam aku gelarkannya kerana memutarbelit cerita sebenar tentang kejadian kemalangan yg meragut nyawa anak buah aku pada 31 Oktober yg lalu. Kejam kerana menipu kakak aku yg memangku anak yg berlumuran darah.. dimana perikemanusiaan manusia ini.. dah lah lalai.. pastu siap boleh mereka cerita pulak. Sampai kami semua tertanya2 kenapa dan bagaimana... cara dan rekaan ceritanya yg tak masuk akal dan tak boleh diterima akal.. sehinggalah sampai jam 2 pagi barulah kami menerima berita yg benar keluar sendiri dari mulut kawan Batrisya iaitu saksi utama kejadian pada tgahri tu. Tapi  yang paling geram lagi si driver van ni bawa satu famili dia mai dok buat cerita lagi masa kat spital... yg bestnya si abang driver ni yg dok mereka2 cerita si pelaku diam seribu bahasa. Bila ahli keluarga kami soal macam2 dia putar cerita lain dalam dia dok cerita tu... keluar 3 cerita yg berlainan... sabar je lah...

**Driver van yg terlibat adalah van yg dinaiki Batrisya pergi dan pulang sekolah.. dia juga didakwa penduduk setempat selalu membawa van secara merbahaya... ** kejadian berlaku semasa pulang dari sekolah dimana Batrisya dan kawan dia hendak turun dari van.. bila dah trun tali beg mungkin tersangkut di pintu mengakibatkan dia berlari terikut van yg laju dan mengakibatkan dia jatuh dan terkena tayar van yg bergerak tadi.** kenapa dia tak bagitau hal sebenar dan kenapa perlu berdalih semasa ibu sikecil itu bertanya...??..

Rentetan Kisah Kemalangan yg Meragut Nyawa Batrisya.

31Oktober Khamis Jam 2 petang
Aku terima panggilan dari Kak Manis bagitau yg Batrisya Kemalangan. . Kebetulan suami aku ada di pejabat aku... terus kami hubungi Kak Zura tanya sendiri keadaan anaknya... suara kurang jelas sebab teresak2 menangis... terus hubungi abang aku pulak juga tidak jelas suaranya.. dapat agak keadaan amat kritikal..
Aku segera buat keputusan nak pi tengok sendiri di Hospital kulim.. jam 3 ptg aku dan suami pun begegas kesana. Hanya bawa Dania.. Dina dan Raayyan kami tinggal.

Sampai hospital aku tengok abang aku mata dia sangat2 merah dgn wajah yg sugul... air mata aku apa lagi deras ja mengalir... aku tak berani cakap dengan dia.. terus aku tanya kak manis.. kak manis bagitau yg keadaan Batrisya..memang agak teruk... Aku masuk kedalam ruang menuggu tgk kak Zura menanti dgn linangan air mata... tetiba Nurse  panggil  kak zura masuk... lebih 15 minit dia keluar bagitau Batrisya dah tak ada harapan lagi... Ya Allah luluh rasa hati semua yg ada disitu... kami semua dibenarkan masuk melawat... aku masuk dengan mak dan kak manis... semua yg masuk tak dapat menahan perasaan bila memandang tubuh sikecil yu dgn bantuan penafasan...termasuklah mak aku... kaki dipegang memang sejuk...terus mak kata Ya Allah kau dah tetapkan dah dia pergi dgn cara ni... sambil menahan sebak...

Kulihat sedikit badannya bergerak mungkin menahan sakit... dan yg pasti dia memang dah tak sedarkan diri dari saat dia dilanggar. Saat itu sabagai ibu mesti nak dgar walau sedikit suara anak dia.... tapi apakan daya....

Tak dapat aku bayangkan perasaan kak waktu itu sangat2 kecewa dan pasrah bahawa mereka akan kehilangan anak.

Tetapi kami masih berharap agar hospital lain dapat menerima Batrisya.. apabila anak kak manis dan isterinya sampai mereka juga merupakan Dr Hospital Sp dan Baling. Berharap juga dengan bantuan mereka berdua Batrisya dapat diterima ke hospital lain... Namun harapan tinggal harapan.. ternyata hayat dia sampai disini sahaja. Keadaan dia yg keretakan kepala sangat parah.. separuh otak dia dah mati... tangan kiri yg patah dibahu.. Ya Allah kasihan anak itu... dia hanya bernafas menggunakan oksigen sahaja...

Jam 10 Keputusan dibuat Dr menasihati agar Batrisya dilepaskan agar dia boleh pergi dengan tenang... dia dibawa balik menaiki ambulans dan ditemani Nurse dan kedua2 anak saudara ku yakni sepupu Batrisya sendiri. Aku dan suami menyusur ke rumah mak kakak ipar aku... disana aku lihat Batrisya cuma bernafas nyawa2 ikan sahaja. Selepas oksigen bantuan dilepaskan dalam 5 minit sahaja nadinya terhenti.. Suasana agak pilu dengan kehadiran ramai tetamu diringi bacaan Yassin... ku sabarkan kakak ipar yg meratapi kepergiaan anakanda tercinta. Keaadaan yg sangat pilu...

Ahli Syurga itu telah kembali meninggalkan kami semua...

Sekejap sangat kau pinjamkan dia Ya Allah... sangat2 hiba sedih sayu pilu.. peraasan kehilangan yg amat menyentuh hati...

Hampir jam 12 malam kami disana.. elok ja nak balik abang aku sampai bersama polis...

Disinilah bermulanya kisah sebenar dari penipuan driver van itu...

Dan lepas itu juga Mayat Batrisya dihantar semula ke Hospital untuk dibuat postmortem kerana polis meragui keterangan abang aku.. sebab pada mulanya kami diberi cetita palsu yg tak masuk akal. Kononya anak kecil itu berlari kejar van itu sebab kawan2 panggil dia.. tak pasti pulak jam berapa jenazah dibawa pulang sebab malam tu kami dah balik sg duri.. sebabnya esoknya kebetulan anak buah aku yg lain kena lapor diri di tempat aku kerja... so kami terpaksa ke tempat kerja dulu sebelum kembali ke kampung.
Aku tak pasti pulak kakak dan abang serta jenazah anak dia dibawa pulang jam berapa.. dan yg pasti malam yu memang semua org berjaga... termasuk mak yg turut bermalam dirumah mak kakak ipar aku.

Keesokkannya Batrisya telah selamat disemadikan di Tanah perkuburan berhampiran kediaman mak kakak ipar aku di Kuala Sedim.

Kak Zura hampir pengsan abang aku telah lagilah masing2 terasa hiba atas kehilngan anak yg disayangi yang baru berusia 6 tahun.

Lagi sayu apabila teringat semula sedikit perubahan2 atau tingkah laku sebelum dia meninggal... Ya Allah tabahkanlah hati kedua ibu bapanya... termasuklah kami saudara terdekat yang sangat terasa akan kehilangan  ini.


Anak buah aku mengeluarkan wayar oksigen dari dalam mulut Batrisya.. Kakaku pula membisikkan Shahadah untuk Batrisya dan menghalalkan makan minum dan segalanya... Allah hu Rabbi

Batrisya tenanglah kau di alam sana. Moga suatu hari nanti ada keadilan untuk mu..dan keluarga mu. In Syaa Allah. AAMMINNN

Ps :Saat dan tika ini kami masih lagi teringatkan dia... celik ja mata wajah dia yg terbayang dulu.. 


Friday, 1 November 2013

Al Fatihah kepada Nur Afrina Batrisya

Poteret kenangan anakanda tercinta bersama Ibu Abah dan abang... 
Nur Afrina Batrisya 6 tahun anak buah zie yakni anak abang telah kembali kepada penciptanya pada 10.00 malam semalam 31 Oktober 2013 akibat kemalangan .. dengan van sekolah yg dinaikinya... kejadian berlaku semasa beliau pulang dari pra sekolah... berhampiran rumah mereka.

Semoga abang, kakak san Haikal tabah menghadapi ujian ini... kami semua turut terasa kehilangan.

Al Fatehah


Monday, 23 September 2013

Majlis Pertunangan Anak Saudara.. Amirul dan Pasangan Yusra

Alhamdulillah. . Minggu lepas... berlansung sudah majlis pertunangan anak buah... atau anak abang zie Azmi Khalid.. anak kedua abang zie iaitu Amirul Hafizi dah bertemu pasangan.. dan telah memilih Yusra sebagai teman .. In Syaa Allah semoga mereka berdua berbahagia selalu.. 
Majlis kecil ni berlangsung pada 15 September 2013... 
Lepas zohor rombongan kami berangkat kerumah bakal tunang dia... sebanyak 6 buah kereta .. 
penuh rumah lah kan... hehehe 
Alhamdulillah majlis selesai dengan jayanya... kedua2 pihak bersetuju dengan janji yg ditetapkan... 
majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat... aamiin.

7 Dulang hantaran


Siap sedia nak bertolak dari Taman Mahsuri Padang Serai ke Taman Guar Perahu... 
emm dekat ja... senang keja...hehehe
Dah sampai...




Bedebar menanti... 




Alhamdulillah dah sarung cincin... 

Kakak ipar zie dengan bakal menantu dan bakal besan

Dan akhirnya dapat berjumpa Kak Nor lagi... kali ni dapat bergambar 


Tuesday, 20 August 2013

Adik Beradikku Beraya di pagi 1 Syawal

Hari ni layan gambar kami beramai-ramai pulak...
Bergambar dihari raya tu penting kan, inilah kenangan kita dari setahun ke setahun... kali ni kami bergambar 5 Family ja, lagi dua family belum balik lagi iaitu abang zie, isteri dia dan 2 orang anak dan satu family lagi anak buah yang sudah berkahwin bersama isteri dan seorang anak... dan dua orang lagi cucu mak (anak arwah kakak) beraya di rumah opah dia, bersama abahnya.. so anak2 tu beraya lambat sedikit.. mungkin 31 hb ogos ni kami akan ambil depa bawa balik kampung.. lehlah jumpa sanak saudara yang lain..
apapun inilah gambar kami beraya bersama tahun ni...












Inilah barisan anak cucu mak zie... 5 orang lagi tiada dalam gambar..

Keluarga abang yang sulong bersama anaknya Hanif
 (kalini akan beraya bersama dah sebab dah balik dari german)
lagi satu anak dia belum balik lagi masa ni..

Family abang yang Kedua... bersama 4 anak dan seorang menantu
keluarga paling ramai dan happening.. coz anak2 dah besar.. 
nak dapat menantu yang kedua dah ni...

Family kakak anak dia 3 orang... 

Family Abang no. 4 bersama 3 orang anak.

Family Zie bersama 3 orang anak.. emm comey tak? hehehe.
perasan tak anak2 ai je masih kecik2.. huhu maklomlah anak bongsu... hehehe
entry gambar kami berlima KLIK SINI

Monday, 12 August 2013

Masih Mood Cuti dan Raya

Salam 5 Syawal... masih lagi mood raya... kawan2 semua ada yang dah kerja ka... zie masih lalgi bercuti... mood cuti dan raya tak habis lagi.... nampaknya tahun ni keceriaan kembali... dengan kepulangan kakak yang berada di Ipoh... dan mak. (sebelum ni 5 tahun lepas mak beraya di rumah ayah... selepas ayah (tiri) meninggal tahun lepas mak dah dapat beraya dengan kami semua... kalau tidak selepas solat raya baru kami akan berangkat ke rumah ayah beraya disana jumpa mak dan ayah. Kali ni mak ada sepanjang masa beraya bersama kami... suasana agak berbeza.
So berada di kampung agak lama berbanding tahun2 lepas... kalau dulu zie akan bermalam semalam dirumah arwah ayah.. masih lagi teringatkan arwah sebab dia sangat2 baik pada kami semua..sangat2 menyukai kanak2 terutama anak2ku.. semoga arwah ayah tenang disana..aamiin
Malam sebelum raya dapat berbuka ramai2 dengan kak Jah, mak tapi yang lain2 tak datang sebab rumah depa dekat ja... huhu
So hari ni dah nak balik kerumah sendiri... lusa dah kerja.. sangat2 sedih nak tinggalkan kg.. huhu...
Sedikit pic raya dan  sebelum raya.
P/s : tetiba rasa nak beli rumah area kampung halamanku... senang bila nak balik kg leh check inn rumah sendiri...

Monday, 29 October 2012

Cerita Seminggu Lepas

Salam Selasa, memang agak menyepi seketika, walapun ada entry tapi hanyalah sebagai penghidup blog sahaja, hati masih mati nak update dan bw.. namun malam ni agak tenang sedikit, itupun setelah anak2 sudah melelapkan mata,,, aduh sekarangni bukan main sibuklah sibuk dengan si kecilku itu siapa lagi si Khalis Rayyan.. emm makin membesar, makin ada sahaja peel baru, namun masih terkawal, anak sekecil Rayyan memang lebih kepada Ibu, kalau dia meragam janganlah suruh abah tolong jagakan, makin meraun sakanlah... bila mama ambil terus senyap... emm sabarjelah....

Khamis 25 Oktober 2012

Hari ni mama cuti, abah pulak masih bekerja, abah kata di pergi kerja mungkin separuh hari sahaja, emm mama ok ja, masih boleh menunggu, pagi tu mama siapkan rendang ayam tuk dibawa balik, haha rendang ja, ketupat makan yang mak buat, em sedap....
Selepas abah bawa balik ayam sepantas kilat tangan ni memasak, agak2 Rayyan pun dah bangun Rendang ayam mama pun dah siap, emmm memang pantas kan...


ha siap sudah rendangku berasap lagi
nak resipi Klik SINI

Lepas siap masak, bawa Khalish Rayyan untuk check up seterusnya iaitu 5 bulan, kena cucuk lagi kali ni, emm macam biasa Rayyan memang anak boy lah coz tak menangis hehehe suka2..
Rekod Imunisasi Rayyan... bulan depan cucuk lagi yer..


lepas habis check up Rayyan balik kemas baju2 dan tunggu abah, balik pastu balik rumnah mak, kat parit Panjang, mak masih disitu, ditemani anak2 arwah ayah, so minggu raya tu Zie dan suami pulak temankan mak. (tuk pengetahuan ayah telah meninggal dunia seminggu sebelum raya haji tahun ni pada 18 Oktober lalu) entry ni

Raya Pertama 26 Okt 2012 kami beraya dengan mak, 
Raya kedua kami kerumah tok sebelah suami balik semula rumah mak. 
Raya ketiga masih dirumah mak, dan mak nak berpantang atau menghabiskan eddahnya 4 bulan 10 hari di pondok, kerana mereka lebih lama berada disitu, dan untuk kebaikan juga kerana rumah yang ayah duduk dengan mak sebelum ni memang agak kedalam dan tiada jiran dekat, agak sukar untuk mak tinggal disitu tanpa ditemani seseorang, kalau dipondok ramai sedikit jiran tertangga. tidaklah terasa terlalu sunyi. 
Dalam kul sepuluh kami pun hantarlah mak untuk kesana, mudahan mak berasa selesa sedikit disana,
Tika dan saat ini masih terasa kehilangan ayah.



Saturday, 29 September 2012

3H2M @......

Bercuti konon tapi kemana kami minggu nih.... tak kemana cuma kerumah kakak di Ipoh... kebetulan malam ni dia ada buat kenduri sikit, so abah dengan tiba-tiba nak pergi... so lepas solat magrib semalam kami terus bertolak kesana... so hari ni bersiaran dari rumah dia... penat2 maklumlah nak wat kenduri mestilah bertungkus lumus, sebab lauk pauknya bukan disediakan oleh katering... semuanya pakat masak... memang kena kerah tenagalah.... Insyallah majlisnya adalah malam.. so siang ni masa untuk memasak... sib baik zie anak kecil, lehlah cilok2 sikit.... haga tu yang penting....

p/s: rancangnya nak naik Cameron Highland... agak2 hujan tak....

Wednesday, 15 August 2012

Selamat Pulang dari Jerman

Alhamdulillah dah selamat tiba , iaitu anak abang balik beraya di Malaysia tahun ni, dia study kat Jerman kalau ikutkan tahun ni tak balik tah macam mana boleh balik pulak, katanya nak sambung lagi, tahun depan baru habis. so raya tahun ni meriah lah sikit yer. leh bakar lemang banyak2.

layan jelah, gambar dia yang berada di Jerman, copy dari FB dia.
Mohd Hanif Osman

Leh jumpa menteri...

Dah tak balik wajib masuk TV untuk Ucapan Raya 
Hanif Baju Maroon

Ni tahun pertama Raya kat sana...



Aidiladha bersama kawan2 disana

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers