Emm nampak macam sama tapi ada kelainan didalam 2 konsep ini... semoga menjadi panduan untuk kita berhutang cara yang betul....
Ramai
juga keliru dan ada juga tak tahu apa beza pinjaman dan pembiayaan. Ayat yang
paling mudah bagi membezakan 2 kata di atas ialah pinjaman merujuk kepada
sistem perbankan kovensional dan pembiayaan merujuk kepada sistem perbankan
islam. Oleh kerana sudah ramai di luar sana yang sudah terbiasa dengan
penggunaan kata seperti pinjaman atau loan, maka kata “pinjaman” juga digunakan
bagi produk perbankan Islam.
Bagi
orang Islam, sebenarnya mereka tidak ada pilihan untuk menggunakan produk
perbankan Islam walaupun ada beberapa perbezaan yang nampak di mata kasar
perbankan kovensional lebih menguntungkan. Apa pun selain untung di dunia,
untung di akhirat juga perlu diambilkira.
Apabila
sebut berkenaan pinjaman atau produk kovensional, ianya tidak akan lari
daripada riba. Riba ni adalah haram di sisi Islam. Dosa amalan riba ini amat
besar dan umpama berperang dengan Allah SWT dan Rasul SAW. Antaranya ayat Al
Quran berkenaan riba seperti di bawah :
Allah
berfirman :
Maksudnya; ”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan
tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.
Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah,
bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari
pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak
(pula) dianiaya.” (Surah al-Baqarah : 278-279)
 |
| Perumahan di Taman Lagenda Padang Serai |
Definisi
Pinjaman
ialah suatu kontrak yang mana kita memberi wang kita kepada yang memerlukan
dengan syarat, kembalikannya dalam tempoh yang ditetapkan. Pinjaman boleh jadi
islamik (tanpa lebihan / riba) dan boleh jadi pinjaman berasaskan riba.
Pembiayaan
pula ditakrifkan dengan KEMUDAHAN BERHUTANG. Di sini, ada banyak cara untuk
memberi kemudahan tersebut. Antaranya ialah kaedah membeli dan menjualkannya
dengan harga tinggi (Murabahah / Musawamah), kombinasi pinjaman serta sewa
(Musharakah Mutanaqisah), Ijarah (Pembayaran perkhidmatan) dan juga pinjaman
itu sendiri. Dengan inovasi tersebut (selain dar pinjaman), secara tidak
langsung, si pemberi pinjam mempunyai hak untuk mendapat perolehan tersebut.
Dalam
kaedah Murabahah, si pembiaya (bukan pemberi pinjam) biasanya (dan sepatutnya)
merupakan usahawan. Jadi, dia sepatutnya bertanggung jawab terhadap kerosakan
barang yang dijualnya. Itulah risiko yang dia hadapi. Justeru, dia mempunyai
hak untuk menaikkan harga barang tersebut.
Dalam
kaedah Musyarakah Mutanaqisah, Si pembiaya mempunyai share ke atas barang yang
dibeli bersama-sama pembeli. Jadi since pembeli menggunakan share pembiaya itu
untuk kepentingan dia (seperti duduk dalam rumah yang dibeli bersama), maka di
samping membayar balik hutang pinjaman barang itu tanpa riba, si pembeli
seharusnya dikenakan caj sewa berdasarkan peratusan share oleh pembiaya
tersebut.
Untuk
Ijarah, PTPTN selalu pakai konsep tersebut. Dia ada rental rate (bukan riba
w/pun pengiraan macam interest) macam Musharakah jugak, juga bayaran balik
pembiayaan tersebut tanpa riba.
Jadi,
kita kena betul2 define perbezaan antara Pinjaman dan Pembiyaan secara
menyeluruh!
Saya baru lulus Pembiayaan Perumahan ini... moga info ni menjadi panduan untuk kita semua... saya pun keliru kawan2 terdahulu pinjam duit beli rumah di sebut Pinjaman... sekarang di panggil Pembiayaan. so inilah yg membezakan Pembiayaan dan Pinjaman.. sama-sama kita belajar dan memahami 2 konsep ini.