Showing posts with label perkembangan Rayyan. Show all posts
Showing posts with label perkembangan Rayyan. Show all posts

Tuesday, 28 October 2014

Mama Ni ha Bashhs


Mama mama ni ha bashh....
Sedapnya ayat Rayyan... hahahah sekarang ni kalau naik kereta bawa gi jalan2 benda pertama yg di tunjuk Lori, kedua bashhs ketiga buldozer yg korek korek kaler kuning tu... dipanggil apa ye... betul tak buldozer ke backhoe... suka sangat dia .... bila dia nampak tu siap panggil kita ni mama... mama... mama.... kalau tak sahut selagi tu lah dia panggil sampai riuh... kalau mama tengah sembang ngan abah terpaksa stop dulu ... layan dia tunjuk sama bashh ka lori treller ka... atau buldozer tu baru dia diam.....   Adoi anak bertuah.




pot pet pot pet banyak mulut dah la ni... 
satu lagi... habis badan mama lebam dek si Rayyan... adoi baru kutahu penatnya ada anak lelaki... yang lasaknya boleh tahan... haha sebelum ni kan perempuan... mai anak jantan sorang ni... main tumbuk2 dushum2 pastu memanjat melompat tu kira A lah... pastu buat sikakak... bab gigit dah lepas... la ni kalau si kakak berdua ni sentuk atau usik dia... dia bagi tangan ja... tak pun tarik rambut... dia ni memang pantang kalau si kakak usik... cepat ja dia balas... kalau dia tak dapat buat kakak mau dia naik geram tu... mesti dapat jugak kat dia... kadang naik angin jugak... tengok gelagat anak2... kadang lawak jugak anak2 ku ni... tapi kalau tak ada 3 jantung mama ni kang sunyi pulak rumah ni... so biarlah... memang umur depa ... masa nilah nak usik2 main2 aci ligan... main mak2 
ha dah sudah... siap panggil kakak ni mak lagi bila kakak ajak main mak mak... amboi sakan... mama kat dapur ni sahut lah sebab dia panggil ma ma... rupanya main mak mak dengan si kakak... adoi hai. Lucu pulak tengok... 

Alhamdulillah.. anak2 yang aku lahirkan. Semoga dilindungi Allah.. diberi kesihatan yang baik... aamiin




Tuesday, 28 January 2014

Perkembangan Rayyan Hari Ini

Alhamdulillah anak mama yang sorang ni makin membesar bagai juara... 1 Tahun 8 bulan
makin tembam... tu yang best tu... leh gomoi kuat2... kalau kecik kuruih... 
seriau nak pelok kuat2... 
Lepas demam haritu dia kembali ceria dan makin lasak....
So inilah Dia hero mama ... anak soleh... encem boy
Terujanya nak post entry perkembangan Rayyan ni sebab semalam... 
Dia bangun dan tetiba... 
Mama nak nenen... ya Allah anak aku dah boleh bercakap... 
maksudnya dah boleh buat ayat gitu... hoho...

Sebelum ni dekat mak pengasuh je dia dok tunjuk bakat... 
dekat mama ni dia jarang tunjuk kebolehan dia... yang dia tau panggil 
mama ni.... mama... mama... selagi kita tak alih perhatian kat dia selagi tu dia tak henti panggil mama...
bila kita kata ya... dia pun ni ni tunjukkan apa yang dia maksudkan..
kadang tak paham buat buat paham je...

Kalau kita kata amboi pandainya dia... gelak lah dia sambil tepuk tangan...
 

Tengok tengok anak bambam mama dan abah ni...
dan anak kesayangan mak dan abah pengasuh...

Kalau gi Mall dia macam ni lah... tak boleh dah nak pegang -pegang kena lepaskan..kalau kita panggil emmm bertuahlah nak mai sini.. lagi kita kejar lagi dia lari... tak terkejar...
tu yang kadang dah malas nak gi mall.. tak terkejar dibuatnya nak shopping apapun tak leh asyik dok perhati dia ja..

Siap main aci ligan lagi dengan kakak Dania

Dina Dania dan Rayyan

Thursday, 28 November 2013

Checkup Rayyan di Usia 18 Bulan

Hari ni dan pagi tadi bawa Rayyan Checkup... emmm perkembangan yang baik berat pun makin naik... BMI pun ok.. Alhamdulillah membesar bagai juara...
kali ni kena cucuk emm cam biasa nengess lah kan? hehehe 

Checkup Rayyan 28/11/2013
Berat : 10kg
BMI :13.8
Ketinggian : 85cm

Emmm seronok dia dok main timbang tu...sekali misi happ... hehehe

Gambar sebelom cucuk... hehehe releks jer...

gambar semasa cucuk tak dak... huhu sebab mama pi sorang..

Gambar selepas cucuk emmm keriau.... tapi kejap je.. hehehe saja dia nak keriau..
kesian.... 




Wednesday, 23 October 2013

WW : Setahun 5 Bulan gigi dah 16 batang


Tengoklah budak tecik ni 1 tahun 5 bulan gigi dah penuh... bila senyum org akan kata dia dah besar walhal masih baby lagi... huhu gigi dah penuh baru hensem kan... anak2 saya semua gigi penuh sebelum usia 2 tahun... pastu lambat buruk.. Alhamdulillah. .

Monday, 8 July 2013

Gigi Rayyan dah 10 batang

Dah setahun sebulan si Rayyan ni... makin membesar anak mama sorang ni.... tengok tu makin hensem dengan gigi susu yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan.... kira punya kira dah 10 batang lah... 
Emm seronok ni kalau menggigit orang.... sakitnya 3 hari 3 malam... 
minat dia pegang straw dan gigit.... habis traw kat rumah dia ambil buat main... emmmm... jenuh nak beli...
ni gambar





Thursday, 30 May 2013

Check Up Rayyan Setahun

Jom tengok budak kena cucuk...tapi tak ada pulak gambar cucuk sebab mama tengah pegang Rayyan abah tak ikut, so tak adalah gambar budak nanges tu..

Misi tengah ukur tinggi Rayyan

Timbang Berat Rayyan.. setahun dah tak payah bukak seluar dan pampers..

Checkup Rayyan 28/05/2013
Berat : 9.15kg
BMI dia ok ketinggian pun ok.

Alhamdulillah usia Rayyan setahun akan kena cucuk lahkan.. Nages kejap ja masa jarum masuk kat peha tu, Bila misi dah cabut jarum tu dia dah ok... Misi kata kali ni depa dah tak bagi ubat demam, kalau lepas cucuk ni demam kena bawa pi hospital.. Alhamdulillah Rayyan sikit pun tak demam.. Syabas betey hehehe.


Kat bawan ni ada sedikit perkembangan Bayi di Usia setahun.. diambil kat baby centre.. cuma nak share ja..
tapi diedit dan tambah pada kebolehan Rayyan sendiri..
Yang tulisan senget tu kebolehan Rayyan...

Langkah-langkah pertama bayi Rayyan

Alhamdulillah dah cekap berjalan, walupun belum pandai nak imbang badan, maklumlah kaki kecik, bila kepala didongak dan tangan diangkat keatas, badan tak seimbang dia akan jatuh terduduk.. emm dah pandai nak melompat pulak, nak menari, pusing badan di suatu tempat. Berlari (berjalan laju). Semua kat sini adalah kebolehan anak mama si Rayan.

Permainan baru bayi

Padai bermain dengan kawan atau kakak/abang.. seronok tengok dia gelak mengekek bila bermain dengan kakak Dania, seperti berlari, kakak ligan dia, atau bermain mainan bersama.

Memang, bagi bayi anda, perbuatan menolak, membaling dan melanggar semua benda dan membuatnya jatuh merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Dia suka memberikan anda alat mainan tapi dia juga akan mengambil alat mainan daripada anda, dan dia juga suka meletakkan barang seperti bongkah ke dalam bekas dan mengeluarkan semuanya semula. Periuk dan kuali juga boleh digunakan untuk ini – dia pandai meletakkan periuk yang kecil ke dalam periuk yang lebih besar dan akan seronok mendengar bunyi bising yang terhasil apabila periuk dan kuali berlaga-laga.

Memudahkan waktu tidur
Salah satu perkara yang menyenangkan semasa membesarkan bayi ialah apabila sampai waktu untuk tidur - masa yang anda boleh gunakan untuk berehat dan mengembalikan tenaga anda. Tetapi, apabila bayi anda menghampiri hari jadi pertamanya dia akan semakin enggan untuk tidur di siang hari¸ dan kemahuan berdikari ini akan membuatkan bayi anda meragam semasa waktu tidur. 

(Yang ini Memang terjadi kat Rayyan memang susah nak tidur siang.. asyik nak main.. balik dari rumah mak petang tu baru tidur kejap bangun dan tidur semula sampai pagi... Masa ni barulah tidur malam akan nyenyak.)

Sukar berpisah
Anda boleh membantu bayi anda untuk lebih berdikari dengan tidak menunggu dekatnya setiap masa. Jika dia bertatih ke bilik yang lain, tunggulah beberapa minit sebelum mengikutinya. Jika anda pergi ke bahagian lain dalam rumah anda, panggil bayi anda datang kepada anda apabila anda sudah berada di bilik itu – dan jangan bekejar-kejar kepadanya setiap kali dia menjerit. Bukanlah perkara yang terbaik untuk bayi anda untuk mendapat kebebasan sepenuh daripada ayah dan ibu; anda tentu mahu dia memahami yang dia boleh bergantung kepada anda bila-bila masa, dan, walaupun dia menyedari kehadiran dan pemergian anda, ini tidak begitu mengganggukan dia. 

(Rayyan Ok sahaja bila mama tinggalkan dia dekat pengasuh, suka lagi.... dekat umah memang selalu biarkan dia bertatih kesana kemari... kalau kita kedapur dia pun ikut sama.. kalau kita kebilik dia pun ikut jugak...sampai mama susah nak kehulu hilir, sebab dia dah blok jalan mama.. huhu) mama nak masak lah sayang kang terlanggar pulak...

Lebih memahami bahasa
Walaupun pada tahap ini bayi hanya boleh bertutur beberapa perkataan selain "mama" dan "dada", didapati kebanyakan bayi yang berusia satu tahun boleh menyebut ayat pendek dengan menggunakan nada yang betul walaupun kedengaran seperti bahasa asing.

Pada masa ini, bayi anda sudah boleh memberi respon kepada soalan dan arahan yang mudah, terutamanya jika anda membantunya dengan menggunakan pelbagai isyarat tangan. Contohnya, tanyalah "Di mana mulut kamu?" dan tunjukkan ke arah mulutnya. Atau cuba, "Tolong ambilkan cawan" dan tunjukkan ke arah objek itu. Bayi anda mungkin menjawab dengan caranya tersendiri, dengan menggunakan isyarat juga, seperti menggelengkan kepala untuk menyatakan "tidak".

 (Rayyan dah boleh jugak geleng kepala laju sungguh) hehehe

Gunakan potensi penerimaan yang ada pada bayi anda sekarang untuk mula mengajarnya bersopan santun dan membina sikap suka membantu. Tekankan pentingnya kata-kata "sila" atau "boleh ke?" dan "terima kasih". Di samping itu, jadikan waktu mengemas alat mainan bayi anda satu masa yang menyeronokkan dengan menjadikannya satu aktiviti mainan. Walaupun bayi anda mungkin kurang faham akan maksud anda, bukanlah terlalu awal untuk membentuk tabiat ini.

Memberi nama kepada benda-benda

Anda memainkan peranan penting dalam membantu bayi anda menghubung kaitkan objek dan nama sesuatu objek itu - semakin kerap anda melakukannya, semakin cepat perbendaharaan kata bayi anda akan berkembang. Sentiasalah bercakap dengan bayi anda dan menamakan benda. Apabila menaiki tangga, kira bilangan tangga satu persatu dan jika berada di pasar raya tunjukkan nama dan warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada. Bacakan buku bergambar dan minta dia tunjukkan atau namakan objek yang dikenalinya. Pastikan anda memberikan dia pilihan sekali-sekala. Tanya bayi anda sama ada dia mahu memakai stoking berwarna merah atau biru; dia hendak bermain dengan bongkah atau gegelung bertingkatnya. Dia mungkin tidak akan menjawab, tetapi kemungkinan juga dia akan menggembirakan anda dengan menjawab apabila tidak dijangka. 

Friday, 26 April 2013

Rayyan Dah Boleh Panggil MAMA

Baru jer entry boleh berjalan keluar ni nak cerita pasal Rayyan lagi sekarang ni dah ringan mulut dah, Sabtu lepas mama ajar dia panggil Ma Ma dan suruh dia tengok muka kita sambil kata Ma Ma... 

banyak kali jugak ulang... tapi dia tak respon pun... hari Isnin hantar kat Mak pengasuh, masa nak ambil tu, mak dia cakap Rayyan dok asyik sebut ma ma ma banyak kali jugak lah.. pastu baru teringat ooo saya lah ajar dia panggil Mama... rupanya dia praktis panggil mama kat rumah pengasuh... 

balik rumah bagi dia tidur kejap, lepas tu dia bangun terus dia sebut MAMA.. heheh ya Allah Rayyan panggil mama.. 
emm ringan kaki, tangan semua cukuplah yer...
semalam pergi Kulim dalam kereta asyik nak main, mulut pun sama naik maaa mama amma semua ada.. heheh..sekarang kurang tidur dah syik nak main, cerdas dan cergas sahaja..
ingat lagi masa baby dan masih dalam pantang, baby ni dah pun panggil kita mama, mak, cuma kita jer perasan atau tidak.. (sebelum ni hanya ma..... jer.)

Tengok tu apa Rayyan sedang buat tuh.. kakak tak ada dialah Raja kan...
 bolehlah main mainan kakak..
hehehe
Jom kita menulis

ABC

MA MA
i Luve u
Mama dan Rayyan
Comel tak Anak Kak Ton? hehehe

Monday, 22 April 2013

Baby Rayyan dah Boleh Berjalan...

Rayyan 10 bulan 3 minggu dah ligat berjalan..

Emm Baru 10 Bulan Rayyan dah boleh berjalan, rasanya awal jugak lah kan sebab belum cecah setahun lagi... kalau nak diikutkan semua anak2 boleh berjalan dalam usia 10 ke 11 bulan... 
sebenarnya dah lama dia boleh berjalan, semasa dia boleh berdiri sendiri lagi oleh kerana dia baru nak berjinak2 dengan merangkak dan berdiri dia jadi konfius yang mana satu nak buat.. so dia pilih merangkak dan meniti sahaja.. dan bila usia 10 bulan ni baru dia berani berjalan tanpa kita ajak dia tatih didepan... dia akan pi sendiri walaupun boleh dua tiga tapak..


Walaupun dah lama boleh berjalan baru minggu ni dia dok galak nak berjalan, tak kira walaupun tertonggeng sana tertongeng sini, dia bangun dan jalan semula, bila dalam situasi ni memang nampak dia tak mengaku kalah, dan memang akan cuba berjalan jugak dan akhirnya dia dah boleh berjalan...
sebelum ni Rayyan dah boleh berjalan oleh kerana masa dia berjalan tu sama minggu dengan kebolehan dia merangkak so dia pilih merangkak dulu... bila dah mahir merangkak baru la dia tunjuk keberanian nak berjalan... kali ni jugak dia berjalan tak takut2 dah main belasah ja, kalau jatuh tu kira nasiblah.. kalau tak jatuh memang juara lah.. hehehe syok plak tengok dia jalan..
jom layan video ni...




Friday, 22 March 2013

Perkembangan Bayi Usia 10 Bulan



Sikit hari lagi Rayyan akan berusia 10 bulan, banyak perubahan pada dia sekarang ni... ragam dan akal makin banyak lah... so kena layan dengan terbaik dan kesabaran...
dibawah ni ada sedikit panduan bila usia bayi kita dah sampai 10 bulan ni apa yang dilakukannya...

Melakukan pergerakan yang lebih banyak
  • Boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini. ( Rayyan dah lulus)
  • Bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan atau meniti dan  juga boleh melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan. (Rayyan lah tu)
Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi. 
Memegang dengan jari-jemarinya
Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik. 
Personaliti yang berkembang
  • Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. (Rayyan sangat suka senyum pada orang)...
  • Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. 
  • Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya. 

Menangani ketakutan bayi anda
  • Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya. (Rayyan tak suka dengar bunyi vacuum dan drill) 
Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’
  • Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?" Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul. 
  • Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu. 
  • Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas. 
  • Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan). 
Adakah bayi saya membesar dengan normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut jadualnya tersendiri. Kemahiran-kemahiran yang telah menjadi piawai merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. 
Info baby centre

Tuesday, 4 December 2012

Perkembangan Bayi Di usia 6-7 Bulan (Khalish Rayyan lah tu)

Rayyan akan melangkawi usia 6- 7 bulan mudahan pekembangan dia akan sama seperti bayi seusia dia... waktu usia ke 7 bulan apa yg bayi boleh lakukan... jom tengok mudahan leh jadikan panduan kepada ibu2 diluar sana... Zie pun dah tak sabar rasanya nak melihat kebolehan Rayyan..

yang paling best bila ke Kedai makan @ restoran Rayyan dah boleh duduk dalam kerusi baby ni.. lega dah tak lenguh tangan mama asyik pegang Rayyan.. Suka dia bila dapat duduk.. tangan tu bertepuk je kat atas meja.... pastu mulut tu dirapatkan atas meja dan nak gigit meja... adohai... mana boleh macam tu kotor lah sayang meja tu.
Minggu lepas checkup Rayyan Alhamdulillah berat makin naik dah 7.8 kg... cucuk Kali ni tuk hepatitis b tuk bayi 6 bulan... kalini dia nanges... sebelum cucuk dia dah meragam, mungkin haritu Rayyan dah tak berapa nak sihat, dan buat pertama kali dia demam biji haritu... tapi duk esok tu dah baik demam biji (campak kecil). cuma biji2 kexil tu belum hilang sepenuhnya... apapun Good Boy lah anak mama sorang ni, 

Perkembangan Skil Bayi (6-7 Bulan)

Bulan Ketujuh

- Boleh duduk tanpa sokongan, mungkin menjangkau ke depan dengan sokongan kedua-dua tangan
- Menampung keseluruhan berat badan di atas kaki
- Melompat apabila dipegang ketika berdiri
- Menampung beratnya dengan sebelah tangan ketika meniarap
- Memindahkan objek dari satu tangan ke satu tangan
- Mengetuk objek pada permukaan
- Memberi respons ketika namanya dipanggil
- Mula dapat membezakan kedalaman dan ruang
- Mula memiliki kecenderungan rasa
- Bercakap ketika orang lain bercakap


Thursday, 28 June 2012

Checkup Rayyan Diusia Sebulan

Selamat tghari, keadaan masih sama selepas urut... aduh berbisa rasanya tangan ni rasa macam nak jer tarik kuat2.. ..
chekup rayyan tadi  waduh sudah besar anak boy mama sorang ni

Tarikh : 28.06.2012
umur : 32 hari
Berat : 5.2 kg
Panjang : 57.5 cm
Cucuk tadi neges kejap.. hukhuk sian ank mama

Jom layan Khalish Rayyan tidur...
emm nyenyak betul...










Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers