Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, 21 April 2014

Dr Mama Cabut Gigi

Menjadi Dr Gigi lagi... kali ni kat kedai makan.. orang sedap2 menjamu selera.. 
dia kalut suh mama cabut gigi dia... Alkisah gigi dia tu longgar sikit2 ja... 
sekali terkena troli kat pasaraya.. masatu tengah beratur nak bayar barang... sekali berdarah lah gusi tu dan gigi dia longgar banyak... nak cabut masatu dia masih terkejut dan sakit... so biar dulu... sekali Masa nak makan  dia cakap tak boleh makan  sebab gigi tu kacau... apa lagi mama pun cabut lah... 
dengan keberanian dina juga... so lerailah gigi  Dina ni... Yang ke 5. 
Lepas tu boleh makan laju ja...
Baru 2 hari lepas gigi keempat gigi bawah  Dr mama cabut jugak... 
Cuma yg ke 3 Dr kat spital yang cabut masatu dia terkejut menangis sikit...
 dr mama cabut ok ja.. tak sakit dan tak menanangis... 


Gigi dah tak ada... kena ejek oleh abah 'Senyuman Menawan'
Hehehe emm gigi tak ada dah macam toknek lah...
Kata fdna malu sebab kawan2 ejek.. emm kawan pun tak dak gigi juga... seloroh mama... hehehe... 
Tak pe kejap ja.. lepas gigi dah tumbuh nanti mesti anak mama makin cantik..

Si Adik Pulak sampuk Gigi Dania Tak goyang cantik Je...

Tuesday, 2 July 2013

Mama Jadi Doktor Gigi Dina

Kisah semalam... tentang gigi anak sulung saya... Dina... dah lama goyang tunggu masa nak cabut ja... semalam apa lagi mama bagitau dia nanti mama cabut dengan tisu... macam Kak Diana sepupu Dina...masuk rumah terus dia mintak cabutkan... mula2 mama suruh dia baca bismillah 3 kali... lepas tu mama ambil tisu terus cabut.. mula cabut pastu stop kejap... pastu cabut lagi sekali terus tercahut gigi dia tu...Alhmdulillah senang dan Dina pun sikit tak lari... lepas tu dia seronok sebab tak sakit... dia pun cakap Dina lagi berani dari Diana... kakak Diana haritu kejap2 lari... dah lama baru boleh cabut.....mama pun apa kagi pujilah anak mama bagus.. berani.. tak nangis...hatap lepas ni atau gigi seterusnya dia berani lagi macam semalam....rasanya dia jadi berani sebab dah tengok Diana cabut gigi haritu... semangat dia menjadi lebih sedikit... syabas anak mama Dina...
p/s : kalau gigi tak ada Dina malu nak senyumlah mama... alahai kesitu pulak...

Lepas ni satu2 gigi akan longgarlah yer...
nak sambung cerita Kuching belum habis lagi... tunggu...

Tuesday, 23 October 2012

2 Batang Gigi Dina dah Buruk

Salam Selasa ... diam tak diam dah Selasa pantasnya masa berlalu... tak terkejar rasanya...

Ni kisah anak dara zie..si Dina Emm sebenarnya gigi Dina dah buruk 2 batang.. buruk pun tapi masih kuat...emm tulah selalu lupa ja nak gosok gigi.. inilah punca kerosakannya. Tapi oklah kan umur 5 tahun gigi masih elok. Kuat lagi... cuba cuba jugak goyangkan giginya yang buruk tu... manalah tahu tiba2 longgar.. tapi tak longgar pun..

Selalu jugak pesan kalau sakit atau longgaq bagitau mama.... satu lagi takut jugak gigi kekal tumbuh sebelum gigi susu dicabut... emm kang jadi macam gigi mama tak sama... huhu...






P/s : Tahniah Ina (Ibu Alisha) yang telah melahirkan baby baru 4.40 petang Isnin 22 Oktober 2012 berat baby2.65 kg.. jantina Rahsia pulak... ada sesiapa yang dah tahu? hehehe


posted from Bloggeroid

Thursday, 11 October 2012

Gelagat Dania bila Nak Makan Ubat

Aduh siksa betul bila anak-anak demam, macam -macam gelagat.. si Dania dengan dunia ja.. amik ubatberbakul bakul makan nya tidak... kalau demam saja tak pa ubatnya sikit ja.. emm kalau dah ada batuk selsema, 4 jenis ubatlah... jenuh paksa makan, tapi dia tetap luahkan jugak ubat yang diberi... hai naik geram dibuatnya.....(sib baik ubat free) heheh kalau tak rugi ja beli ubat mahai2... itulah Dania, dari dulu memang bab makan ubat ni payahlah.. kita kesankan dia coz nak bagi lega demam, batuk, kahak dan selsema.. ni dia senang senang je luahkan semula ubat tu.. huhu sedih tau...
Tengoklah gelagat dia tu bila kena makan ubat.. menangis meraung serah kat dia...

Rayyan pun semalam mama bawak dia amik ubat jugak, coz batuk dan selsema makin menjadi jadi... hari ni elok petang tu suara dah tak terkeluaq.. bila dia merenget tak dengar suara.. kesian sungguh hidung pun berair, tidur malam tersumbatlah, nak menyusu pun emm bebai lah sianlah mama tengok, tak tahu nak buat apa dah... sebelum tidur dah letak viks kat dada belakang dan ubun2 harap2 baiklah yer...
Mama pun ada bagi ubat kat Rayyan .. dia pun dah makan mudahan harini bertambah baik...

Sakit ni tak kira usia kan... bila dah kena tu berusahalah untuk mengubatinya... mudahan cepat sembuh dan tak melarat... Kalau ikutkan Dania barunja baik demam 3 minggu lepas masa tu jatuh hari cuti, memang dah bersyukurlah coz tak payah amik cuti... seronok dahlah mama ni, coz hari isnin tu dia dah baik...

Tiba-tiba semalam dia demam lagi, mau tak mau kena cuti jugak,...
kerja kat ofis berlambak so mama takleh amik cuti lama2... kalau anak2 tak lega jugak giliran abah pulaklah yer, baby Rayyan hantar pengasuhlah..(sihat atau tak coz kat situ tak ada budak2 lain).. jangan merenget atau merap sudahlah yer....

Sebelum makan gelak yer...








Alhamdulillah pagi ni Rayyan ok ja, Cuma Dania ja semalam panas.. moga2 dia kat Taska baik- baik saja...

Friday, 8 June 2012

Sakit Batu Meriyan

Assalamuallaikum...
Salam hari Jumaat penghulu segala hari...
Mudahan hari2 yang kita lalui bertambah ceria dan ketabahan hati jugak di perlukan dalam menjalani kehidupan didunia ini...

Mukhadimah untuk menenangkan hati cheq yang diselubungi keresahan dan kesedihan... emmm..
Namun kata2 semangat dari suami kaum keluarga dan sahabat2 alam maya ni memberi beribu erti sebagai pendorong Zie untuk menempuh sedikit ujian dari Allah.. Zie tahu ramai lagi insan dan sahabat di luar sana yang lebih mencabar dugaan dan ujian yang ditempuhi... Allah hu Akbar......

Berbalik pada tajuk... Sakit Batu Meriyan...
emmm pernah rasa? emmm mestilah kan... ada ker orang lepas bersalin tak pernah sakit batu meriyan ni? Tak pastilah pulak.. bagi Zie memang melaluinya...

Apa itu sakit batu meriyan?
Sakit batu meriyan ni akan dirasai sejurus selepas melahirkan... kata mak Zie kita akan berasa sakit mengikut bilangan anak yang dilahirkan, maksudnya kalau dua orang anak kita maka dua harilah kita akan merasa sakit itu... macam Zie, anak yang ke tiga maksudnya 3 harilah sakit haritu...

Macam mana rasa sakit?
emm sakit tu macam sakit baby mengeras tu.. masa nak beranak... sakit yang 3 minit atau 5 minit sekali tu... emm lebih kuranglah...  masa kita sakit tu perut akan mengeras maksudnya batu tu tengah timbul nak cari kedudukan dia semula... perhhh memang sakit... 3 hari nak habis jenuh jugak... sakit ni tak lah berlanjutan selalu maksudnya dalam tempoh sejam tu mungkin 5 kali jer dia rasa.. pastu dua jam pulak baru rasa balik... ..sampailah berapa jumlah anak yang kita pernah lahirkan...kalau tak salah sakit ni akan dirasai kerap pada waktu malam

Apa ubatnya? 
Ubatnya emm masa sakit tu malam mak ambil daun serai dilumat dan diambil airnya disapu pada perut.. waktu sapu air serai tu memang rasa aman perut ni... tapi sakit tu tetap ada... kemudian dia datang lagi...
satu lagi mak akan letakkan air limau nipis dicampur kapur sirih kemudian disapu pada perut..
Insyallah sakit akan kurang..

p/s : waktu ni ujian mendatang mana sakit tempat jahit lagi, pastu sakit batu meriyan pastu sakit puting susu pulak... waktu nilah puting susu pecah lah. waktu baby hisap susu dan waktu tu lah sakit batu meriyam emmm memang tak tertahan...

Sekadar coretan untuk diri sendiri. pengalaman melaui rasa sakit batu meriyan...bukan apa lepas lega ni mulalah lupa habis camna rasa sakitnya... emm tak patut...
sebab tu kita boleh beranak ramai.. sebab kes lupa camna rasa sakit bersalin... tul tak? hehehe

Nak tengok Gambar baby rayyan KLIK SINI

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers