Wednesday, 30 April 2014

Majlis Perpisahan Siti Noor Hazwani di Kuala Gula Sactuary Resort

Majlis Perpisahan lagi kali ni kat Kuala Gula, majlis perpisahan Siti Noorhazwani Mohd Khashim ... staf Sambilan ni baru je lapor diri Nov lepas bulan April 2014 dah nak berenti... aku frust tul dengan budak ni... geram pun ada kenapalah dia nak berenti.. hehehe emm dia dapat kerja tetap dengan Goment sebagai Pembatu Makmal. dapat penetapan kat Ipoh dekat dengan rumah dia... emm sangat sukalahkan dok balik dengan mak dan ayah adik2 lain.. tinggai aku kat sini... huhu...
apapun moga seronok kat tempat baru, tapi mesti kawan2 tak sehavoc kat sini, mesti ada sikit rindu kat sini jugak kan?
dia ni anak buah aku.. tu yang aku marah sangat tu hehehe..
tak dak geng nak buat kek dah lah.. tak dak geng nak sembang. huhu
dan tak dak dah ikan pekasam kak jah yang sedap.. dan bizz tudung segala bagai.. huhu tak de rezeki lah kan? tak pe kita buat online bizz hehehe




Yang best kat Kuala Gula ni tentulah keenakkan Ketam Lembut ni... aduh mak Jatuh Cinta dengan ketam lembut goreng tepung ni... sangat2 sedap... dapat sorang dua ekor tak cukup.. sekali tapau lagi ekekek.. emm hajat nak pi lagi bawak anak2.  Mula-mula dihidang kuingatkan ayam goreng rupanya Ketam lembut.. aduh sedap ooo.



Para-para Modeling 30 an dan 40 an.. ekekeke (kak Tie Terselit kat belakang tu).





4 Pic ni dari Tasya amik kat FB yer..


Apapun berpisah tetap kena berpisah selamat sudah majlisnya.. jumpa lagi yer.. opokoslah kan... kemana lagi u nak balik kalau tak kekampung halaman bila raya raya kan? ..
Eh sebenarnya Majlis ni sekali dengan Kak Ti sebab last minit dia pun dapat surat tukar... Tahniah kak Tie dapat tukar dekat dengan suami..
Masa dok bergambar kat meja dia tak dak.. so tak de lah gambar dia sangat... moga kak ti pun seronok ditempat baru..


Tuesday, 29 April 2014

Majlis Perpisahan Mohd Hasruzairin (BoB) Jiran Meja Sebelah

Cerita lama, tapi masih dalam Draf... so inilah majlis perpisahan kami Warga ILKM dengan orang kuat dan orang yang paling b... ekekek jangan mare... orang dah naik pangkat so kena pindah lah... kalau dok kat sini kena buli dengan kami lagi lah... naik pangkat tinggi sangat kena lah tunjuk taring sket kat tempat baru kan?
Tempat baru jadi Sir lah kan.. anak murid ramai...
So kepada Bob selamat bertugas kat tempat baru...semoga enjoy yer..
korang masih ingat entry berkaitan Rayyan ada ayah angkat? ha inilah dia orangnya... saja sebab masa kecil2 Rayyan chubby macam muka Bob.. (sebab dulu bob tu syik gaduh ngan aku jew) hahaha pastu skunk dah lain maka dah lucut hak anak angkat.. hehehe
Majlis perpisahan kami buat kat De Pauh Garden lagi kali kedua kami buat Majlis kat sini.. Haritu Majlis Perpisahan En Shariman, Skunk majlis untuk Bob pulak. diikuti majlis Birthday bulan sebelas.. Mie sorang je.. so Bob teman potong lah.

So Selamat dah lah bertugas kat tempat baru... 








Monday, 28 April 2014

Sambut Birthday Abah

Sambut birthday abah ala kadar je.. potong kek, tentulah kek dari hasil air tangan mama.. amacam ok tak?.
Sebenarnya nak buat dah lama tapi semalam baru menyempat nak buat tu pun ingat sesaja je buat nak makan-makan pastu terlebih rajin mendeko plak... huhu so inilah hasilnya kek yang dibuat sendiri... yang tak seberapa ini untuk suami tercinta... oklah kan dari nak membeli berhabis tapi tak makan pun.. 


Tengok anak2 teruja lebih...
Hehe ye lah dalam setahun tu abah yang sambut birthday dulu.. diikuti Rayyan, mama, Dina dan Dania last... emmm so anak2 ni dok mintak kek birthday dulu.. merancang bagai walhal biryhday nya lambat lagi... tu yg depa excited lebih... huhu


So tak pe lah kan tumpang kek birthday abah dulu... pasni kita buat lagi... Rayyan pulak... lagi sebulan jew...
Happy birthday abang.


Makan makan sambut birthday kat luar.. jom jom 


Pekena ikan masak steam emmm yummy
Alhamdulillah moga tahun depan kita beoleh lebih kebahagian dan di murahkan rezeki, di limpahi dengan anak2 yang soleh dan solehah aamiin.




Wednesday, 23 April 2014

Gigitan Keramat Rayyan Suka Buli Kakak Dania

Inilah habuan Dania setiap hari, lepas mama pickup dari Rumah Tok dan rumah Mak.. emmm budah berdua ni mula2 akan main sama2 lepas main sekali tak kena apa2,, mulalah si Adik ni akan naik berang dan ngam si Kakak ni... pastu apa lagi meraung bagai lah... sekejap main pulak sekejap gaduh emmm boleh pengsan orang sebelah dengan keriuhan anak2 ku.. apapun kalau tak dak dua orang hero dan heroin ni mau sunyi bagai .. huhu 

Semalam tengah main2 gelak2 dengan depa bertiga... sekali mama geram cubit telinga Dania suruh angkat botol susu.. dan berlalu terus ke dapur nak minum air.. 
sekali Dania bersungut apa ni mama sakit lah dengan nada manja sambil gelak2, pastu terus dia kata Mama buat Ania yer? 
sekali mama dengar dengan gaya dia sebegitu terus mama tersedak air yang nak di minum... sampai muntah2.. kat sinki 
Dania datang kat mama siap tanya mama kenapa ni mama? mama muntah ke? mama Ok ker?
adoi banyak pulak soal dia... ayat gaya bahasa tak menahan...ala2 upin ipin... sekarang ni kalau tak da dia lam rumah sunyilah... 
menyanyi pun serah kat dia... menjerit apatah lagi... jerit bila disakat kakak, mejerit apabila main kejar2 dengan Rayyan.



Tuesday, 22 April 2014

GAMBAR KENANGAN PTM DI ILKM

Sedikit coretan bersama gambar penuh keceriaan selama berlangsung 5 sesi PTm di Ilkm  emm 5 sesi sejak Nov 2013b berlanjutan Januari , Feb, Mac dan April.. sangat2 penat menerima 140 peserta selama 5 hari berkampung di ILKM setiap sesi  tetapi puas hati sebab semuanya telah selesai dan berjaya... Program Transformasi Minda merupakan salah satu syarat untuk pengesahan jawatan dalam perkhidmatan.. lebih kurang pengganti Induksi lah ni..
Yang ni PTM sesi 4/2014 

PTM 4/2014
Masak2 makan2 acara wajib bagi aku.. kawan2 lain tak taulah pulak... me mesti nak masak makan2 dengan kawan2.. enjoy... suka sangat saat ini.

PTM 4/2014
Aktiviti Peserta

PTM 3/2014 merah gitew

PTM 3/2014
Para Fasi siap menunjuk bakat menjahit lagi..
PTM 3 /2014

PTM 3/2014


Yang ni PTM sesi 1/2014 masak2 makan2.. dengan bos lagi..

malam penutup ptm sesi 1/2013 yakni Nov. malam Dinner.
dan baju hijau atas Dinner Malam PTM 1/2014.

Monday, 21 April 2014

Dr Mama Cabut Gigi

Menjadi Dr Gigi lagi... kali ni kat kedai makan.. orang sedap2 menjamu selera.. 
dia kalut suh mama cabut gigi dia... Alkisah gigi dia tu longgar sikit2 ja... 
sekali terkena troli kat pasaraya.. masatu tengah beratur nak bayar barang... sekali berdarah lah gusi tu dan gigi dia longgar banyak... nak cabut masatu dia masih terkejut dan sakit... so biar dulu... sekali Masa nak makan  dia cakap tak boleh makan  sebab gigi tu kacau... apa lagi mama pun cabut lah... 
dengan keberanian dina juga... so lerailah gigi  Dina ni... Yang ke 5. 
Lepas tu boleh makan laju ja...
Baru 2 hari lepas gigi keempat gigi bawah  Dr mama cabut jugak... 
Cuma yg ke 3 Dr kat spital yang cabut masatu dia terkejut menangis sikit...
 dr mama cabut ok ja.. tak sakit dan tak menanangis... 


Gigi dah tak ada... kena ejek oleh abah 'Senyuman Menawan'
Hehehe emm gigi tak ada dah macam toknek lah...
Kata fdna malu sebab kawan2 ejek.. emm kawan pun tak dak gigi juga... seloroh mama... hehehe... 
Tak pe kejap ja.. lepas gigi dah tumbuh nanti mesti anak mama makin cantik..

Si Adik Pulak sampuk Gigi Dania Tak goyang cantik Je...

Friday, 18 April 2014

Happy Birthday Abang

Hari ni Hari lahir suamiku yang tercinta...
Yang ke?.. hah muda lagi ni... 
Baru  36.... emmm makin bertambah usia ni... moga makin encem... makin sihat dan makin penyanyang untuk anak2 dan me...
Mestilah kan... kalau tak sayang tak merasalah bahagia nya berumah tangga... di hiasi dengan cahayamata 3 orang yang emm boleh tahan keriuhan,  


Thursday, 17 April 2014

Dah Ada Nombor Rumah

Hujung Minggu lepas balik kampung ziarah mak dan keluarga, apa lagi sempat lah menziarah rumah pertamaku ini... emmm nampak gaya makin nak siap... Tar dah ada no rumah dan juga cermin sliding door, 
cat pun macam dah cantik.. pokok2 sedang ditanam. payment dah 80%... pasni tunggu apa yer...
mungkin banyak lagi prosediur sebelum nak dapat kunci kan? apapun sabar menunggu..
agak2 Raya ni leh ke duduk... duduk lepak tanpa barang2 lah...
leh merasa tidur di rumah ni.. ajak kaum kerabat buat kenduri ke, makan2 ramai2.. berangan jew...
itu cerita kalau dah siap dan dapat kunci lah... huhu...
kalau belum lagi plan B lah jawabnya.




Mak pun buat lawatan pemantauan... hehehe
p/s : entry dah jarang-jarang... no idea.. no cerita hanya gambar tanpa bicara.
Lawatan 2 bulan lepas di SINI



Wednesday, 9 April 2014

WW : Jalan Orang Kaya

Entry lewat petang... 
Tengok tu anak abah aka :  pengasuh Rayyan... senang citer Rayyan ni memang manja dengan abah dia ni.. apa-apa abah.. pagi2 kalau mak ambik kat kereta puas mengelak atau lari2 manja.. kalau abah sua tangan nak ambik emmm cepat je terpa ke abah..
Pagi2 ajak abah pi pekena roti canai dulu... wah bijak Rayyan ni..
Memang anak abah.
Tengok tu ada gaya jalan orang kaya tak?




Tuesday, 8 April 2014

Sepetang Di Dataran Raudhah Kulim

Masa riadah bersama anak2... jom layan... depa ni main
Masa santai bersama anak-anak.
Jom bergambar dulu.. posing-posing tonggek-tonggek
Budak ni nages bila kakak dah kedepan... 

Wah ada gaya model tak? ekekeke

Orang tak ada so depalah yang empunya

Posing sini lak... siang tak berapa nak lip lap... malam sikit baru lip lap lip lap


sekali temucut naik kat seluar... tu lah main lari2 sangat

Last possing dari Dina

Dah jom balik... nanti datang lagi... datang hari ahad orang tak ramai... sebab orang Kedah kan dah Kerja... kekekeke kami kan orang Penang mai buat ramai kat Kedah... 
Tu yang bestnya bila dok dekat2 sempadan je ni... 
Hari sabtu mama pi perak Pasar kemboja parit buntar... ekeke sempadan jugak..

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) Trip Medan (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers