Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, 20 December 2013

Apa Perbezaan Pembiayaan Dan Pinjaman?

Emm nampak macam sama tapi ada kelainan didalam 2 konsep ini... semoga menjadi panduan untuk kita berhutang cara yang betul....


Ramai juga keliru dan ada juga tak tahu apa beza pinjaman dan pembiayaan. Ayat yang paling mudah bagi membezakan 2 kata di atas ialah pinjaman merujuk kepada sistem perbankan kovensional dan pembiayaan merujuk kepada sistem perbankan islam. Oleh kerana sudah ramai di luar sana yang sudah terbiasa dengan penggunaan kata seperti pinjaman atau loan, maka kata “pinjaman” juga digunakan bagi produk perbankan Islam.

Bagi orang Islam, sebenarnya mereka tidak ada pilihan untuk menggunakan produk perbankan Islam walaupun ada beberapa perbezaan yang nampak di mata kasar perbankan kovensional lebih menguntungkan. Apa pun selain untung di dunia, untung di akhirat juga perlu diambilkira.
Apabila sebut berkenaan pinjaman atau produk kovensional, ianya tidak akan lari daripada riba. Riba ni adalah haram di sisi Islam. Dosa amalan riba ini amat besar dan umpama berperang dengan Allah SWT dan Rasul SAW. Antaranya ayat Al Quran berkenaan riba seperti di bawah :

Allah berfirman :
Maksudnya; ”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah al-Baqarah : 278-279)

Perumahan di Taman Lagenda Padang Serai



Definisi

Pinjaman ialah suatu kontrak yang mana kita memberi wang kita kepada yang memerlukan dengan syarat, kembalikannya dalam tempoh yang ditetapkan. Pinjaman boleh jadi islamik (tanpa lebihan / riba) dan boleh jadi pinjaman berasaskan riba.

Pembiayaan pula ditakrifkan dengan KEMUDAHAN BERHUTANG. Di sini, ada banyak cara untuk memberi kemudahan tersebut. Antaranya ialah kaedah membeli dan menjualkannya dengan harga tinggi (Murabahah / Musawamah), kombinasi pinjaman serta sewa (Musharakah Mutanaqisah), Ijarah (Pembayaran perkhidmatan) dan juga pinjaman itu sendiri. Dengan inovasi tersebut (selain dar pinjaman), secara tidak langsung, si pemberi pinjam mempunyai hak untuk mendapat perolehan tersebut.

Dalam kaedah Murabahah, si pembiaya (bukan pemberi pinjam) biasanya (dan sepatutnya) merupakan usahawan. Jadi, dia sepatutnya bertanggung jawab terhadap kerosakan barang yang dijualnya. Itulah risiko yang dia hadapi. Justeru, dia mempunyai hak untuk menaikkan harga barang tersebut.

Dalam kaedah Musyarakah Mutanaqisah, Si pembiaya mempunyai share ke atas barang yang dibeli bersama-sama pembeli. Jadi since pembeli menggunakan share pembiaya itu untuk kepentingan dia (seperti duduk dalam rumah yang dibeli bersama), maka di samping membayar balik hutang pinjaman barang itu tanpa riba, si pembeli seharusnya dikenakan caj sewa berdasarkan peratusan share oleh pembiaya tersebut.

Untuk Ijarah, PTPTN selalu pakai konsep tersebut. Dia ada rental rate (bukan riba w/pun pengiraan macam interest) macam Musharakah jugak, juga bayaran balik pembiayaan tersebut tanpa riba.

Jadi, kita kena betul2 define perbezaan antara Pinjaman dan Pembiyaan secara menyeluruh!



Saya baru lulus Pembiayaan Perumahan ini... moga info ni menjadi panduan untuk kita semua... saya pun keliru kawan2 terdahulu pinjam duit beli rumah di sebut Pinjaman... sekarang di panggil Pembiayaan. so inilah yg membezakan Pembiayaan dan Pinjaman.. sama-sama kita belajar dan memahami 2 konsep ini.



Friday, 16 March 2012

Bentuk2 Hati di Alam Ini

Jom tengok bentuk2 hati yang ada kat alam ni... 

1. Brazil


2. Jerman

3. Jerman


4. Jerman


5. Jerman


6. New Caledonia


7. Polynesia


8. Pulau di Zadarski Kanal, Croatia

9. Australia


10. Florida AS
SUMBER

Thursday, 1 March 2012

Kaki Kejang Apa Penyebabnya?

Bila dah masuk Trimister ke tiga ni... macam2 jugak yg boleh berlaku... bila baca tips dan penyebab sesuatu ada betulnya... macam semalam Kaki kejang... masyaalllah sakitnya... emmm try cuba rileks... pastu baru dia pulih balik... tapi kesannya sampai pagi ni terasa sakit... emmm memang berhati2 dulu masa mengandung... dalam berhati pun kadang terkejang jugak.... emm sabar je lah...kala nak jadi jadi jugak... tapi kalau boleh nak mengelaklah. tak pun sebab semalam sejuk sangat coz hujan semalam? 
kalau tips kat bawah ni katanya jangan makan makanan bergaram tinggi , emmm ye ke? tak pastilah
Ada ke tips lain yang boleh mengelak kejang kaki ni?


TIPS KEHAMILAN TRIMESTER KETIGA


* Jangan terlalu banyak makan makanan berkadar garam tinggi kerana dapat menyebabkan kejang-kejang di kaki akibat penumpukan garam yang menyumbat aliran darah di kawasan kaki.
* Jika tidur, sebaiknya ambilah posisi mengiring, terutama mengiring ke sebelah kiri. Hal ini membantu dalam melancarkan peredaran darah ibu hamil
* Lakukan senaman seperti berjoging atau berenang untuk menghindari kram-kram.
* Hindari ibu hamil mengalami perubahan suhu tubuh yang terlalu drastis. Pada masa ini pembuluh darah ibu hamil berada pada titik kepekaan yang berlebihan sehingga menjadi sensitif. Kondisi ini dapat membuat ibu hamil menjadi cepat lelah.
* Jika terasa ingin selalu buang air kecil, jangan pernah menahannya, kerana hal ini dapat menyebabkan infeksi pada saluran pundi kencing.
* Ibu hamil lebih baik melakukan aromaterapi atau relaksasi agar jiwa dan perasaan ibu hamil tenang menghadapi persalinan
* Perbanyaklah istirahat untuk menyimpan energi menjelang persalinan.
* Lakukanlah urutan-urutan ringan dan lembut di seputar kaki. Urut menggunakan ibu jari setiap malam.


Tips Menjelang Persalinan

* Mulailah melakukan persiapan fizikal dan mental untuk menghadapi proses persalinan. Persiapan ini sangat penting, terutama bagi calon ibu yang akan melahirkan untuk pertama kalinya dan ingin melahirkan secara normal. Dengan pesiapan mental, calon ibu dipastikan agar melewati persalinan dengan rileks dan penuh pemahaman akan apa dan mengapa hal tersebut harus terjadi.
* Bersiaplah mengalami kontraksi pada hari-hari menjelang persalinan.
* jangan panik bila ibu hamil mengalami kontraksi yang berlangsung beberapa minit lalu mereda atau menghilang. Namun jika kontraksi ini disertai dengan keluarnya cairan, baik cairan bening maupun darah, segeralah menghubungi doktor atau bidan atau segera pergi ke hospital.
* Jangan panik jika tiba-tiba air ketuban pecah saat ibu hamil sedang berdiri, kerana jalan lahir akan otomatik tertutup oleh berat badan bayi. Segeralah hubungi doktor atau bidan atau pergi ke hospital.




Thursday, 16 February 2012

10 Fakta Menarik Tentang Bayi






Cer teka mana satu Dina N Dania?

* Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam 
rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir.

* Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, 

lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari 
tercekik.
* Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah 
kemudian selepas beberapa minit lahir.
* Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati 
bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.

*Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.
* Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.
* Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum 
kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.
* Bayi dilahirkan tanpa lutut.
* Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini 

akan hilang sepanjang tumbesarannya.
* Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi 
yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke 
payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu.


p/s : memang menabjubkan... yg last tu macam nak try kat new baby nanti

Sumber

Friday, 18 November 2011

Gambar menarik, Apa kelainan kucing ini?


Cuba peraikan betul betul apa yang lainnya si kucing yang comel ni..... memang menarik...

Siapa dapat , angkat tangan..

Tuesday, 25 October 2011

Guna CCTV pantau anak dalam kelas


SEORANG ibu memantau pergerakan anaknya di dalam kelas tadika Pishtaz, Teheran pada 19 Oktober lalu.


TEHERAN, Iran - Sejumlah ibu bapa di sini memantau gelagat anak mereka di dalam kelas sebuah tadika menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Tadika itu yang dikenali sebagai Pishtaz dilengkapi komputer untuk kanak-kanak pintar.

Ibu bapa boleh melihat aktiviti anak-anak mereka dari rumah menerusi CCTV yang dipasang di beberapa kawasan di tadika itu seperti di dalam kelas dan taman permainan.

Tadika itu mendakwa menjadi perintis teknik pengajaran dengan menggunakan teknologi maklumat. - Reuters


Kalau disini ada kemudahan camtu.... emmm leh pantau anak-anak dari rumah...


Thursday, 20 October 2011

Jom Tengok Siapa yang Pernah Tandatangan kat Wang Kertas Malaysia


Ini baru betul namanya digelar “cop duit”. Semenjak Bank Negara Malaysia (BNM) ditubuhkan pada tahun 1959 sehingga kini iaitu tahun 2011, BNM telah ditadbir oleh 7 orang Gabenor tetapi hanya 6 gabenor sahaja yang menurunkan tandatangan iaitu;

Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 - Julai 1962)

Pada masa itu, beliau bukanlah individu yang menurunkan cop tandatangan beliau pada duit Malaysia tetapi ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik. Siapakah beliau ini? Boleh semak maklumat lanjut di bahagian bawah artikel ini.

 Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980)  
Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 - Jun 1985)

Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (Jun 1985 - Mei 1994)




Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998)

Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000)


Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Aktar Aziz (Mei 2000 - Kini)


Gambar di atas ini merupakan duit kertas $1 pertama keluaran Malaysia selepas merdeka ialah tahun 1959. Pada masa itu negara kita masih lagi menggunakan nama Malaya. Duit kertas keluaran tahun 1959 hanya bernilai $1 sahaja. Pada masa ini Negara Brunei dan Singapura menggunakan wang yang sama.


Keluaran pada tahun ini dicetak oleh Thomas De La Rue dan ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik atau lebih dikenali ramai dengan nama Tun HS Lee.



Friday, 29 July 2011

Kelebihan Solat Terawih

FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH
(Senghaja aku sembahyang sunnat tarawih dua rakaat [aku ma’amum] kerana Allah Taala)

Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda
ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan.
Baginda bersabda bahawa:

Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang
beriman sebagaimana keadaannya
baru dilahirkan.

Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang
beiiman yang mengerjakan solat
Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu
bapanya.

Malam ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasy
menyeru kepada manusia yang
mengerjakan solat Tarawih itu agar
meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan
mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat
Tarawih akan memperolehi pahala
sebagaimana pahala yang diperolehi
oleh orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AlQuran.

Malam ke 5
Allah S.W.T akan mengurniakan
pahala seumpama pahala orangorang yang mengerjakan
sembahyang di Masjidil Haram,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke 6
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya pahala seumpama pahala
malaikat-malaikat yang bertawaf di
Baitul Makmur serta setiap batu dan
tanah berdoa untuk keampunan
orang-orang yang mengerjakan
tarawih malam itu.

Malam ke 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu
dengan Nabi Musa a.s serta
menolong Nabi itu menentang
musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam ke 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala
orang yang bersolat tarawih
sebagaimana pahala yang
dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke 9
Allah S.W.T akan mengumiakan
pahala dan dinaikkan mutu ibadat
hamba-Nya seperti Nabi Muhammad
s.a.w.

Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada
kebaikan dunia dan akhirat.

Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan
bersih dari dosa seperti baru
dilahirkan.

Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada hari
kiamat dengan muka yang
bercahaya-cahaya.
Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat di
dalam keadaan aman sentosa dari
sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang
menyaksikan mereka bersolat
Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan
menyesatkan mereka.

Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy
dan Kursi akan berselawat dan
mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.

Malam ke 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari
kalangan mereka yang terlepas dari
api neraka dan dimasukkan ke dalam
syurga.

Malam ke 17
Allah S.W.T menuliskan baginya
pahala pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.

Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahai
hamba Allah sesungguhnya Allah
telah redha denganmu dan dengan
kedua ibu bapamu (yang masih hidup
atau yang sudah mati).

Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan
darjatnya di dalam syurga firdaus.

Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya
pahala sekelian orang yang mati
syahid dan orang-orang soleh.

Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya
sebuah mahligai di dalam syurga
yang diperbuat dari cahaya.

Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat di
dalam keadaan aman dari sebarang
huru-hara pada hari tersebut.

Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya
sebuah bandar di dalam syurga
daripada cahaya.

Malam ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluang
untuk dua puluh tahun ibadat bagi
orang-orang yang mengerjakan solat
Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa
kubur darinya.

Malam ke 26
Allah S.W.T akan mengurniakan
pahala empat puluh tahun ibadat
bagi orang-orang yang mengerjakan
solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 27
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya kemudahan untuk
melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam ke 28
Allah S.W.T akan menaikkan
kedudukannya seribu darjat di
akhirat.

Malam ke 29
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya pahala seribu haji yang
mabrur.

Malam ke 30
Allah S.W.T akan memberi
penghormatan kepada orang yang
bertarawih pada malam terakhir
dengan firman-Nya (yang
bermaksud): Wahai hambaku!,
makanlah segala jenis buah-buahan
yang Engkau ingini untuk dimakan di
dalam syurga dan mandilah kamu di
dalam sungai yang bernama salsabil
serta minumiah air dari telaga yang
dikurniakan kepada Nabi Muhammad
s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Selain daripada fadhilat-fadlulat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat
Tarawih atau , Qiam. Ramadhan ini bagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIH

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers