Khamis lepas mama dapat tips atau panduan untuk medidik anak2... dari situ dapatlah mama kumpulkan beberapa tips yang berguna untuk kita dalam memdidik anak2. so jom kita baca apa tipsnya.
Mudahan ia berguna dan bermanfaat untuk semua.
Kasih Sayang
a) Kanak-kanak
perlu merasai ibu bapanya kasih, sayang serta gembira berdampingan denganya.
b) Ada orang disampingnya yang
mengambil berat tentang dirinya.
Penerimaan
a) Kanak-kanak
perlu mempercayainya bahawa mereka disukai dan sentiasa diterima setiap masa.
Keselamatan
a)
Kanak-kanak perlu mengetahui bahawa rumah dan
persekitarannya ialah tempat yang selamat dan selesa baginya.
b)
Dan mereka perlu tahu bahawa ibubapanya sentiasa
bersedia membantu apabila mereka dalam kesusahan.
Perlindungan
a) Mereka
juga perlu merasa bahawa ibubapanya sentiasa memeliharanya dari keadaan bahaya
dan menakutkan.
Kebebasan
a) Kanak-kanak
perlu tahu bahawa ibubapanya sentiasa menggalakkannya mencuba sesuatu yang baru
dan mereka perlu mempunyai keyakinan diri.
Kepercayaan, Disiplin dan
Bimbingan
a) Percaya
nilai moral yang baik, mempunyai budi pekerti yang baik, jujur pemurah dan
adil.
b) Mereka
juga perlukan tunjuk ajar cara berlajar dan berinteraksi dengan orang lain dan
persekitarannya.
c) Panduan
mengenai apa yang boleh dan tidak juga perlu di ketahui oleh mereka.