Wednesday, 7 May 2014
Friday, 20 December 2013
Apa Perbezaan Pembiayaan Dan Pinjaman?
Maksudnya; ”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah al-Baqarah : 278-279)
![]() |
| Perumahan di Taman Lagenda Padang Serai |
Thursday, 6 June 2013
Gempar Jambatan Kedua Pulau Pinang Rutuh
Dia kata ada yang meninggal... dan beberapa kenderaan terperanggkap dibawah runtuhan itu... scaffolding tak cukup.. emmm tah lah... mudahan kerja2 menyelamat di permudahkan...aamiinn.
Alhamdulillah syukur orang orang dikenali selamat...
Istifar panjang husna dah lah kawan baru lepas pantang...
Sempat buat lawak lagi... malam ni ramai peminat suami dia telefon... berdering2 tak berhenti.... zie balas.. emm tak lena lah hampa malam ni melayan peminat... hehehe
Saturday, 2 March 2013
Al Fatihah buat 2 Komando PDRM yang Terkorban
AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, tengahari semalam (Jumaat). Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Kedua-dua jenazah dijangka tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 11.30 malam tadi. Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.
Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.
Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.
Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.
Ketegangan di Lahad Datu berakhir dengan 14 kematian dan 3 cedera.
MAKLUMAT TERKINI: Adalah dimaklumkan bahawa penerbangan membawa pulang jenazah kedua-dua pegawai polis yang terkorban telah ditunda atas sebab masalah teknikal. Masa ketibaan dijangka seperti berikut:
Tarikh: 02 Mac 2013
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.
Innalillahiwainnailahirajiunnn
copied !
Wednesday, 11 April 2012
Gempa Bumi di Acheh Terasa sampai Penang
Thursday, 29 March 2012
Dividen Bank Rakyat 20%
p/s : adalah buat plaburan tahun lepas yang RM 500 tu... emm agaknya bila boleh nak tambah yer?..
yg untung my hubby lah RM ++++ leh tumpang... tumpang tengok... hehehehe
Thursday, 8 March 2012
SBPA BATAL SSM KEKAL...
Thursday, 1 March 2012
Bayi Tahun Lompat 2012

BAYI TAHUN LOMPAT...Seorang jururawat bersama sebahagian bayi yang dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya semalam, tarikh yang disifatkan istimewa kerana 29 Februari cuma hadir setiap empat tahun atau lebih dikenali sebagai tahun lompat. - Foto Nik Hariff Hassan
INFO BH
Sunday, 26 February 2012
Proton Tuah Ganti Proton Persona



Thursday, 22 December 2011
SBPA ditangguhkan

Wednesday, 21 December 2011
Wang Kertas Malaysia yang Baru

-
- Motif untuk setiap denominasi adalah seperti yang berikut:
Denominasi Ikon RM100 Gunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api RM50 Kelapa Sawit dan Bioteknologi RM20 Penyu Karah dan Penyu Belimbing RM10 Rafflesia RM5 Burung Enggang Badak RM1 Wau Bulan
Spesifikasi Wang Kertas Baharu Siri Keempat
Denominasi Bahan Asas Dimensi Warna RM100 Kertas 150mm X 69mm Ungu RM50 Kertas 145mm X 69mm Hijau-biru RM20 Kertas 145mm X 65mm Jingga RM10 Kertas 140mm X 65mm Merah RM5 Polimer 135mm X 65mm Hijau RM1 Polimer 120mm X 65mm Biru 
Wang kertas RM100
Keajaiban Alam Semula JadiDua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.
Wang kertas RM50
Pertanian dan Teknologi
Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikonekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanamanpertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakansalah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokongtransformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektorpertanian, perkilangan dan perkhidmatan.Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaansecara Islam.
Wang kertas RM20
Hidupan LautDua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.
Wang kertas RM10FloraHutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
Wang polimer RM5Hidupan LiarBurung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.
Wang polimer RM1
Sukan TradisionalPermainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.
p/S Suka tegok duit RM 20 cantik kaler oren tu..Info bank negara malaysia
Friday, 9 December 2011
Perkeliling Gaji SBPA 2012
Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.
Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.
Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :
Premier
Jusa
Pengurusan Tinggi
Pengurusan dan Profesional
Pelaksana
Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.
Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.
3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam
Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :
Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75 % – tiada kenaikan
Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan
4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru
Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :
Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
Premier – RM40,000
Jusa C – RM12,000
Pengurusan & Profesional – RM6,000
Pelaksana – RM3,000
Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
1. Pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;
2. Pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.
3. Pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;
4. Pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional,serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;
5. Peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;
6. Peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;
7. Pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);
8. Penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);
9. Penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert
dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;
10. Pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;
11. Pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;
12. Perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;
13. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;
14. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;
15. Pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;
16. Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
17. Penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;
18. Peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan;
19. Pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)
Thursday, 8 December 2011
Penyusunan Semula Tangga Gaji 2012
Penyusunan semula tangga gaji minimum dan maksimum serta skim perkhidmatan yang lebih fleksibel.
Itu antara penambah-baikan skim saraan baru perkhidmatan awam, yang berkuatkuasa 1 Januari 2012.
Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Ketua Pengarah JPA: "Sekiranya mereka memilih SBPA, mereka akan berpeluang memperoleh faedah peratusan kenaikan gaji, ini bukan penyelarasan gaji ye, ini penyusunan semula gaji. Kerana itu mereka akan dapat faedah kenaikan 7-13 peratus seperti yang diumumkan PM."
Kenaikan gaji itu merangkumi penjawat awam dari pegawai kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana.
Tertera, perbezaan tangga gaji kakitangan awam gred 48 dibawah skim SBPA berbanding Skim Saraan Malaysia, SSM.
Kakitangan awam paling rendah iaitu pengawas hutan turut menikmati peningkatan ketara gaji maksimum.
SBPA juga membolehkan penjawat awam menikmati wang pencen lebih baik.
Serta skim perkhidmatan yang lebih fleksibel.
Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Ketua Pengarah JPA: "Dia boleh tinggalkan perkhidmatan untuk dia bekerja kat luar dapatkan pengalamn, kat GLC ke, katakan 5 tahun atau mana-mana sektor, kewangan ke. Dia balik bila dah ready to compete in sektor kewangan contohnya bukan gred sama, malah lebih tinggi. Dan perkhidmatan dia 5 tahun tu dianggap bersambung, bukan hangus! Dia akan dianggap kerja. Ini penting untuk pencen dia akan datang. Ini fleksibiliti!!"
Cuti belajar bergaji penuh turut diberikan kepada pegawai kumpulan pelaksana yang mengikuti latihan kemahiran Malaysia.
Umur persaraan wajib SBPA pula ditetapkan pada usia 60 tahun.
Monday, 5 December 2011
Jadual Pembayaran Gaji tahun 2012

Thursday, 20 October 2011
Laut Bergelora Menjadi Tenang "Menerima" Abu Al-Quran

Lumut: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.
Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.
Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.
Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.
Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.
Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.
Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.
Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.
Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan.
“Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu. -hm
Wednesday, 5 October 2011
Warning !! Buah diperam dengan carbide tidak selamat dimakan
Dalam keadaan biasa, buah-buahan akan masak hasil tindak balas hormon ethylene yang dihasilkan secara semula jadi dalam buah. Tetapi penggunaan calcium carbide mengeluarkan gas acetylene yang mudah meruap dan meletup walaupun pada kepekatan yang rendah berbanding ethylene.
Tuesday, 27 September 2011
KWSP sokong tambah umur persaraan
Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Azlan Zainol, berkata perlanjutan umur persaraan itu diharap diumumkan pada pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober depan.Saya berharap (umur persaraan) pada 58 tahun, jika tidak 60 tahun, katanya selepas menyampaikan ucaptama Persidangan Penjagaan Kesihatan dan Pencen Swasta Malaysia 2011, di sini semalam dan menambah gaji minimum juga diharap dimasukkan dalam bajet itu nanti.Terdahulu dalam ucaptamanya, Azlan berkata dua isu perlu ditangani Malaysia dalam melaksanakan sistem pencen yang efisien adalah jumlah rakyat berusia meningkat pantas dan jumlah simpanan persaraan yang rendah menjadikan pesara terdedah menjadi miskin.
Azlan berkata, Perancis dan Amerika Syarikat masing-masing mengambil masa 115 tahun dan 69 tahun untuk berubah menjadi negara meningkat tua kepada berusia, manakala Malaysia dijangka mengambil masa hanya 27 tahun.
Mengenai ketidakcukupan simpanan persaraan, beliau berkata kebimbangannya dua kali ganda, iaitu jumlah bulanan lebih kecil berbanding pendapatan garis kemiskinan 2009, sebanyak RM800 sebulan dan anggota bukan aktif yang pada 2010 berumur 54 tahun mengatasi anggota aktif sebanyak tiga kali.
Beliau berkata melihat kepada pengagihan sebenar simpanan kumpulan berkenaan, sebanyak 73 peratus daripadanya mempunyai kurang daripada RM50,000 simpanan, manakala hanya 17 peratus mempunyai lebih RM100,000 pada masa persaraan mereka.
Lebih buruk lagi, banyak ahli membelanjakan wang persaraan mereka terlalu cepat, katanya. BERNAMA
Saturday, 24 September 2011
Kakitangan awam diramal naik gaji lagi
KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.
Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.
Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.
Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.
Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.
Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.
Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.
Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.
Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.
Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.
Friday, 23 September 2011
BAJET 2012: NAJIB KAJI BONUS LUMAYAN ATAU NAIK GAJI SEKTOR AWAM
KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.
Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.
Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.
“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.
Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.
Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.
Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.
“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.
Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.
P/s Alhamdulillah mudahan ada rezeki disini....tunggu
Batu Sempadan Kat Kampung Terat Batu Padang Serai

PADANG SERAI 22 Sept. – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diminta mewartakan monumen sejarah batu sempadan di Kampung Terat Batu, Mukim Sidam Kanan di sini, sebagai tapak warisan negara.
Ahli Dewan Negara, Senator Boon Som Inong berkata, saranan itu dibuat sebagai usaha memulihara khazanah berkenaan di samping menjadikannya produk baharu pelancongan berunsur sejarah pada masa akan datang.
“Berdasarkan semakan sejarah, batu sempadan ini dipercayai dibina oleh Kerajaan British dan Siam sekitar 1831 iaitu pada zaman penaklukan Kompeni Hindia Timur Inggeris di sini.
“Pembinaan monumen ini juga bertujuan membahagikan kawasan antara negeri Kedah atau Saiburi yang ketika itu di bawah Siam dengan Pulau Pinang yang ditakluki oleh British.
“Selepas beratus tahun berlalu, batu sempadan ini dibiarkan tanpa terurus dan ada di antaranya musnah atau terjatuh ke dalam Sungai Muda,” katanya kepada pemberita ketika melawat monumen tersebut bersama Konsul Jeneral Diraja Thailand ke Pulau Pinang, Voradet Viravakin di sini, hari ini.
Hadir sama ialah Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Kedah, Datuk Mohd. Hadzir Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Terat Batu, Marzuki Abd. Rahman.
Boon Som berkata, selain itu, penemuan batu sempadan berkenaan merupakan salah satu bukti penting mengenai kewujudan masyarakat Siam di negara ini sejak beratus-ratus tahun lalu.
“Ini juga bermakna bahawa masyarakat Siam berada di kawasan ini sejak turun-temurun dan mereka adalah bumiputera dan bukannya kaum pendatang atau imigran yang dibawa masuk oleh British sebelum merdeka,” jelasnya.
Voradet pula berkata, pihaknya bersedia menawarkan bantuan daripada segi kepakaran dan khidmat nasihat kepada Kerajaan Malaysia untuk membantu memulihara monumen berkenaan bagi tatapan generasi akan datang.
“Jika diwartakan, saya percaya ia boleh dijadikan produk pelancongan menarik di samping mengukuhkan lagi fakta sejarah bagi kedua-dua negara,” ujarnya.
Sementara itu, Mohd. Hadzir yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas berkata, berdasarkan makluman penduduk setempat, sebelum ini, terdapat lebih lima batu seumpamanya di kawasan terbabit.
Bagaimanapun, batu berkenaan musnah atau rosak ekoran kegiatan pertanian dan mengorek pasir di pinggir Sungai Muda.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, tulisan yang terpahat pada bahagian tengah batu tanda sempadan itu tertulis ayat berhuruf besar British Siamese Boundary diikuti tulisan Thai bermaksud Garis Sempadan Kompeni Bersambung Dengan Siam.
Selain itu, terdapat juga tulisan Jawi yang terpahat pada bahagian bawah batu tersebut, tetapi tidak dapat dibaca dengan jelas kerana mengalami kerosakan.
Sumber Utusan 23 September 2011
















