Showing posts with label Iftar. Show all posts
Showing posts with label Iftar. Show all posts

Thursday, 15 August 2013

Layan Nasi Arab di Al Kanz Hadrawmawt Kulim

Cerita puasa tak habis lagi... hehehe ...
Kami kesini semasa bulan puasa lepas... hari sabtu 3 Ogos... beriftar bersama kawan2 ex RD.... Razak Dibok punya Firma Arkitek.. wah wah kelas kau jah pernah kerja dengan Firma Arkitek rupanya.. hehehe... 
apapun aku je yang lari dari bidang tu... depa dua Halim dan Shida masih lagi... Tambah2 Halim dah berlambak bangunan dia reka... memang terbaik... 
so geng RD memang ramai yang tinggai kami bertiga keluarga sahaja.. emmm oklah tak kisah janji setiap tahun ada... jom layan kami beriftar kat Nasi Arab di Kulim Hi Tech... Emmm yummie... lehlah makan2 
bagus juga ada nasi arab ni.. tak lah kempunan nak makan... tapi jauh... huhu best best sangat..
hope perniagaan ni berjaya dan suksess


Mama buatkan kek sepena birthday Girl mama Irdina...






Tahun depan berjumpa lagi yer... tahun lepas kita kata berjumpa kat SP Nasi Arab Mandy kat Lagenda Heigt di SINI
tahun sebelum tu kat Seberang Jaya Hotel Apa lupa lak... tapi yang tu sangkut jem.. sampai jam 8.30 malam.. huhu sedih sangat.



Thursday, 16 August 2012

IFTAR bersama anak2

Tesco
Mulatu cuma ajak hubby makan KFC jer, coz lama dah tak mamam, alih2 dia ajak terus berbuka kat luar, coz mama nak cari kasut raya...
Jadi lepas Asar kami bertolak ke Seberang Jaya, ingat nak cari tudung sama so amik keputusan gi Tesco jew... perjalanan agak slow coz jem kat hway Juru, sampai2 terus mulut nak makan bihun tomyam kat kedai Thai tu, duduk situ booking tempat, abah tapau KFC buat Dina dan Dania, mama oder bihun tomyam 2 milo ais dua.. emm sedapnya bihun tomyam lama t ak makan kat sini.

Sebelum berbuka tu singgah kedai kasut nak jari kasut mama, coz dah lama tak berganti, dah ada yang berkenan alih2 tak ada saiz pulak..huhu, tudung pun tak jumpa kaler yang dicari..

Jusco
Lepas berbuka terus ke Masjid solat, singgah ke Jusco pulak, niat nak beli kasut lagi.. cari2 kat Jusco, CR dah berkenan saiz tak ada jugak.. huhu itulah padahnya shopping last minit.. huhu so amik keputusan pi Vincci lagilah tak berkenan, huhu alih jumpa kedai Esarli ni singgah dah berkenan (tangkap muat dah malas nak bersesak) terus amik.. buat pertama kalinya, beli kasut kaler merah ni... belum pernah lagi mencuba kaler pelik selain hitam, hitam dan hitan.. haha semuanya hitam, merah ni masuk ke kalau pakai dengan baju kaler lain nanti? ke sesuai dengan kaler merah saja? heheh hentam sajalah labu...

Singgah UpTown
Lepas tu ke Elianto, beli alat mekap tambahan maskara dan lips linear, pastu teringin nak p kai BB kream, beli garnier. Kami keluar dari Jusco 10.30 malam, balik singgah Uptown coz nak cari tudung, aduh orang raminya sesak nafas, baby Rayyan menangis bagai dirasuk, emm sementara nak cari jalan keluar balik pada betul dengan kesesakan orang ramai, sampai satu kedai dia tidur, pastu ok sikit. Main dengan anak ramai dan kecil ni tempat macam tu memang tak sesuai, saja lalu kat situ, tetiba ada parking dekat tu yang turun jugak. Sempat pusing cari songkok abah je. tudung mama tak jumpa jugak, alih pakai jelah apa yang dah dibeli haritu.

Jom lah layan gambar kami posing2, makan2.






p/s: mood nak kemas barang balik kg, kemas rumah,nak buat kek cokelat
mana hubby ni tak balik2 lagi huhu..
ucapan raya kat sini



Tuesday, 7 August 2012

Iftar @ Restoran Arabian Mendy Sungai Petani

Alhamdulillah semalam berlangsung sudah Iftar dengan kawan2 kat Nasi Arab Mendy kat Lagenda Heigh Sungai Petani, walaupun sekejap namun berpuas hati dapat bersembang2 dengan kawan2 yang jumpanya setahun sekali.. termasuk yang ni dah tahun tiga kami berkumpul begini, harap ditahun2 akan datang diteruskanlah... lebih ramai lebih meriah.. mereka ni semua kawan2 sewaktu bekerja di SP dulu. emm lama dah lebih sepuluh tahun mengenali mereka dari zaman remaja hingga sekarang.
Apapun terima kasih kat Shida kerana berusaha menemukan kita kembali... 
walaupun masing2 jauh dan ada kerja masing2 tapi dapat bersua begini dah memadai...

Jom tengok menu kami malam tu, simple dan mengenyangkan...
 Nasi Arab Kambing setalam Rm 45,
Nasi Arab Ayam setalam RM35 emmm air satu jag RM 8, 
Dia hidang guna talam, tapi kami ceduk masuk pinggan masing2.. taklah makan dalam talam, kang tak habis membazir pulak...

Esok Iftar kat ofis pulak... harap meriah jugak mcam tahun2 sebelum ni...
meriah dengan makanan dan ahli keluarga masing2.





Zie kali ni datang awal.. tak mau jadi macam tahun lepas huhu.. menagis...
 kul 8.30 baru sampai... tahun lepas kat Safira Hotel, kali ni kat sini senang murah tak membazir

Jom posing dulu..











Friday, 26 August 2011

Berbuka kat Highway Juru

Berbuka kat Highway? biar betul kemanalah Zie nak balik yer, jauh sangat ker kampung dia... emmm sebenarnya, hari ni berjanji dengan kawan-kawan nak berbuka kat Luar, @ Safira Country Club Bandar Sunway, Seberang Jaya. So Jam 6.30 bertolaklah dari rumah..ingatkan jalan clear elok, rupanya kat tol juru, perhhh jammed gilerrrr... kenderaan merangkak-rangkak... elok lepas exit nak masuk penang barulah lengang sikit jalan, dah hujan ... waktu tu dah jam 8 malam,... belum sampai-sampai lagi... nak cari Safira pulak tang mana, merangkak lagi... akhirnya jam 8.15 baru sampai... fuh penat... sib baik kawan-kawan blum angkat punggung kalau tak... berbukalah kami bertiga jer... so mals citer panjang layan jerlah....

Suamiku ratah ayam goreng sampai beberapa ke
wah lapar yer bang? hehehe jagan marah yer..

Elok sampai jer situ Dina terus mintak nak makan nasi... belum sempat mama hilang penat...

Shida... walaupun dekat jer rumah nya jumpa tetap setahun 2 kali jer...

tu kalau sempat kalau tak setahun sekali... hehehe di bersalin haritu pun akau tak sempat nak ziarah, skunk anak dia dah besar pun 6 bulan dah 8 kg.. emmm semangat

Comelkan baby Amar ni geram,,, nak baby boy jugakk..

Dania Dina pun nak bergambar sama dengan Amar

Shida anak dua badan slim gilerrr.

Shah Suami si Shida.

Aku bawak Cek Na sama... kesian kat Hubby dia tunggu kami yang sangkut kat jalan ... suami dia gi dulu coz balik kerja dari Penang terus gi sana, aku yang bawak dia ke Safira.

Nak makan pun dah tak lalu coz dah habis limit dia..

Uncle Shah nak booking Dina tuk Adam boleh?
Haha semua nak booking sana sini...

Dasri.. Depa semua ni geng lama aku masa kerja kat SP dulu Kat Razak Reka.
Halim...datang dengan Isteri


My Hubby dengan kawan si Dasri



Dani terus nak pakai hat ni sebab dah tengok baby tadi pakai. dia pun nak jadi baby jugak

Kawan sehati sejiwa

Anak- anak Husna. Neena dan Aleesya

Ha ni lah Adam anak sulung Shida..

P/S ; OTW balik kat tol tu sikit pun tak Jammed... sabar jerlah.....

Monday, 15 August 2011

Sudah 15 hari




Alhamdulillah... hari ni cukup sudah 15 hari kita berpuasa,
tingal lagi 15 hari tuk melengkapkan puasa kita dibulan yang mulia ini...
Tadarus yang dianjurkan pun alhamdulillah sudah hampir habis inysallah 18 haribulan ni kami kat ofis akan mengadakan majlis khatam Al-Quran dan sebelah malam akan diadakan majlis berbuka puasa di ILKM Jawi..
Wah tak sabar rasanya... tentu meriah dengan kehadiran semua wargakerja ILKM dan suami/isteri bersama anak-anak... macam majlis tahun lepas memang meriah sangat-sangat..



Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers