Pinjam stokin baby Rayyan heheh
Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.
Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.
Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.
Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.
Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.
Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.
Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.
Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.
Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.
Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.
Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.
sumber







12 comments:
Tq for the info walaupun akk dah anak 3. No more baby kut lps ni. Wallahualam.
Cara berpantang Zie sama dgn keluarga kakak. Jamu, pilis, sapu itu ini semua dah jadi tradisi keluarga kakak... kena ikut sebab takut terjadi yg tak diingini.
nureen pas mandi mmg wajib pakai myk herbanika tue, campur skali ngan cream barut & terus pakai bengkung... mmg jln terkepit2 la..
stokin mmg melekat je kat kaki tp smpi hari ke 39 tak silap dh jarang pakai waktu siang juz pakai mlm ja hahhaa
hadehhh..pilis tu saya alergik la..abis gatal2 1 badan..memang tak pakai ler..tapi yang lain2 tu ikut macam biasa..
best eh minyak herbanika tu? nak try la..sebelum ni nieza pakai yang loseyen mustajab je
Teringat masa pantang mak aku bising stokin tak mau pakai..last abang aku bagi stokin bola yg tutup sampai lutut..hehehehe..diam mak aku...
kak thanks semua info tu...:))
tq yer zie, byk yg eB xtau :)
semua ni sy tahu ms berpantangkn alisha.... mcm2 nsht org2 tua gtau ;-)
perkongsian yg baik bagi bakal2 ibu ni..
TQ untuk info ni, lg 1 pakai stokin ni sbb org takut kaki tersepak apa2 objek & luka-jadi akan luka balik tempat beranak tu, sebab tu orang suruh pakai stokin..
Bagus ikut betul2 cara berpantang. Org tua2 kata kalau tak pantang dgn betul, nanti dah tua barulah terasa sakit macam2.
Post a Comment