Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Friday, 16 May 2014

First Time dia Datang Bertandang Lama

Saja nak tempek jugak orang lain dah berzaman dapat me baru nak merasa... dan bertapa ciwinya.. haha haruslah... akhirnya baru kini dapat kulihat camna rupa bentuk iklan BE ni.. so kali ni dia datang dengan lamanya dah hampir seminggu... sebelum ni dia mai tapi sekejap tanpa sedar tengok2 dah credite dah, adalah sen sen je...
hehehe apa2 je lah kan...
Dia datang setelah aku kurang nak berblog... eh terbalik kan? emm apalah kan..  tanpa kusedar satu entry aku yang meletops tu dah membuatkan blog aku naik dengan mendadak... apa lagi satu resipi ni.. iaitu resipi Biskut Lidah Kucing...
hehehe boleh dikatakan hampir setiap hari orang search pasal resipi ni... 
sebab itulah makcik nuff ni mai dok tenggek kat sini..
apapun tq yer.. sudi2 lah datang lagi...





Bru kali pertama juga cashout duit nuff ni.. tu pun tahun bila tah...
haha sedih kan...


Friday, 12 July 2013

Keyword Donut Big Apple

Hehehe dulukan ai pernah buat entry Donut Ala-ala big apple rupanya ramai yang cari... 
so meletop2 lah blog ni dengan carian resipi donut tu... nak usyar cara buat donut tu KLIK SINI 
haha bebulan posa ni macam teringin nak buat lagi... kang buat boleh banyak ketoi nak bedak kat sapa lah pulak yer... nak makan sorang dengan anak2 mana nak larat habis.. lainlah kalau keluarga besar leh buat banyak... kan.. apapun jom layan...




Tuesday, 2 October 2012

Cashout Nuffnang Untuk Kali Pertama

Kalau sebut pasal Nuffnang memang Zie lah orang yang paling naif, memang tak amik pot pun pasal Nuffnang nih, apatah lagi nak meningkatkan Traffic.. huhu mula dulu memang semangat  bagai, tapi memandangkan jadual seharian amat2 padat memang dah buat tak peduli, memang kalau orang tanya  pasal Nuffnang ni memang zero...
Ni pun dah lama jugak dok tunggu bilalah nak boleh cashout... dari bila tah angka masih RM 40.00 dari semingu ke seminggu cuma bertambah tak sampai 1 ringgit pun... memang susahlah nak dapat beringgit2 tunggu punya tunggu tadi cuba bukak tengok2 dah mencecah 
RM 50.20 untuk CPU Campaign tiba2 dekat CPC Campaign pun ada RM ***.** kemudian Total Earning pun bertambahlahkan, memang pelik dan hairan.. macam tak betul jer...

Macam2 pulak soklan timbul... memang tak tahu, apapun tunggu jelah rasanya Nuffnang tengah update dia punya setting kot... hahaha sabar jelah...
mudahan dia tahulah mana yang betul mana yang silap...




p/S makan tahun nih nak boleh cashout.. hehehehe hujan ribut petirlah.. hehehe

Monday, 27 June 2011

Baru Dapat Tips untuk Nuffnang

Setelah sekian lama berblog baru semalam dapat tips dari Cik Azizah kita macam mana nak dapatkan BE nuffnang.. Sebelum ni tak tergerak pun nak baca entry berkaitan nuffnang kali ni tah macam mana leh klik n baca. So Barulah Zie faham.. Apa lagi Hari ni 27 Jun 2011 terus Zie cuba Tips yang diberikan Cik Azizah. Nampaknya tak sampai sehari En. Nuffnang kita dah bagi kat Zie BE baru... So terima kasih Cik Azizah yang bagi tips dan En Nuffnang yang dah bagi BE...

ni antara apa yang en Nuffnang balas selepas Zie hantar Teket baru untuk Nuffnang

Here is the response made to your ticket. Please do not reply to this email directly, use the link above
to reply.

Hi Roziah,

Sebenarnya, apa yang anda cuba maksudkan ialah kempen CPM, bukan "Buffered Earnings". Buffered Earnings, Metered Earnings, etc sebenarnya hanyalah istilah yang digunakan untuk kempen CPM.

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh A!
dvertisers kami.

Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

So nasihat En nuffnang sama saja macam dalam Tips Cik Azizah kita... klik entry Azizah kat bawah ni..


Terima kasih banyak-banyak...sekarang Iklan en Nuffnang sedang menari-nari kat blog Zie... hehehe sukanya.

Selamat Berbelog yer..

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers