Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Tuesday, 17 June 2014
Friday, 21 February 2014
Selisih Faham Asam Garam Rumah Tangga
Bagaimanapun dalam melayari kehidupan berumah tangga sudah tentu tidak dapat dielakkan perselisihan faham antara suami isteri sama ada berpunca daripada suami ataupun dari pihak isteri.
Pasangan seharusnya menyedari bahawa perkahwinan merupakan satu perkongsian hidup dua insan berlainan jantina dan mempunyai latar belakang yang berbeza.
Akibat perbezaan itu, ia mempengaruhi cara berfikir, sikap, nilai dan cita rasa individu dan seterusnya menimbulkan perselisihan faham dan pertelingkahan.
Menurut Kaunselor Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading, Batu Pahat, Nor Shadira Jamaluddin perselisihan faham boleh dielakkan sekiranya kedua-dua belah pihak saling menghormati.
"Dalam kehidupan normal, mana mungkin tidak berlaku pertelingkahan bak kata P. Ramlee sedangkan lidah boleh tergigit inikan pula suami isteri,'' ujarnya tegas.
Katanya lagi, dunia rumah tangga boleh diibaratkan seperti air lautan ada pasang surutnya. Ada masa air laut bergelora dan ombak akan mengganas menghempas pantai.
"Begitulah juga dalam kehidupan berumah tangga ada masa kita gembira serta bahagia dan kadangkala pula dirasakan rumah tangga begitu membosankan sehingga berlaku pergaduhan,'' ujarnya lagi.
Walau bagaimana rapatnya hubungan suami isteri, pasti akan berlaku pertelingkahan kecil atau terbitnya rasa tidak puas hati kerana perkara seperti ini mudah berlaku ibarat lidah dan gigi pasti akan tergigit juga.
Namun, yang membimbangkan ialah sekiranya perkara seperti ini tidak dibendung akan mengakibatkan hubungan suami isteri retak dan seterusnya hancur.
Seharusnya dalam pergaduhan antara pasangan, jangan ungkit perkara-perkara yang telah berlaku.
"Hal sedemikian hanya akan menimbulkan lagi kemarahan antara pasangan, sebaliknya salah seorang perlu bertindak mendiamkan bagi mengelak keadaan terus panas,'' katanya lagi.
Katanya, dalam pergaduhan, kadang kala ia boleh mematangkan perhubungan suami isteri.
Namun harus diingatkan supaya elakkan perselisihan di hadapan orang lain termasuk anak-anak kerana ia akan membuatkan mereka mengikuti perangai yang tidak baik itu.
Dalam perkahwinan kita terpaksa berkongsi segalanya dan melalui perbalahan, kita akan tahu kelemahan dan kelebihan suami atau isteri namun harus diingatkan supaya tidak menggunakan bahasa yang kesat.
"Walaupun pedih disakiti pasangan namun jangan sesekali mengeluarkan kata-kata yang kotor,
lucah, mencarut kepada pasangan sebaliknya berfikirlah
secara bijaksana," katanya.
Perkara negatifnya apabila perbalahan tidak dikawal dan masing-masing mahu menunjukkan ego sendiri, pertengkaran yang berkisar perkara kecil atau remeh-temeh boleh berlarutan kepada 'perang dingin' atau krisis lebih besar.
Perkara negatifnya apabila perbalahan tidak dikawal dan masing-masing mahu menunjukkan ego sendiri, pertengkaran yang berkisar perkara kecil atau remeh-temeh boleh berlarutan kepada 'perang dingin' atau krisis lebih besar.
apabila kita
berselisih faham jangan tunggu pasangan kita memohon maaf. Isteri jangan tunggu
suami minta maaf, begitu juga tak semestinya isteri yang kena minta maaf
dulu.
Cara paling baik ialah, tak kira siapa pun yang bersalah
dalam hal tersebut, katakan saja pada
pasangan anda dengan lembut bahawa anda ingin minta maaf jika anda yang melakukan kesalahan tersebut.
Dengan cara begini, pasangan anda juga akan cepat tersentuh dan
lembut hati. Malah dalam keadaan begini, beliau juga selalunya akan
tersedar jika bahawa dia yang bersalah sebenarnya hatinya tidak lagi sekeras
masa berbalah tadi.
Jadi jangan tunggu lama-lama dan ikuti saranan ni ya setiap kali kita ni naik angin..
Cute pulak Karikator ni... i Like
Kebetulan 2 Girl dan 1 boy dan abah pakai cermin mata.. comey comey..
Doa keluarga bahagia Semoga keluarga Kita terhindar dari perkara yang tidak diingini Aammiin
Friday, 8 November 2013
Alhamdulillah Rezeki Anak-anak
Salam Jumaat, dah November kan harini ... syukur Alhamdulillah...
korang pernah sebut ayat diatas tu kan... rezeki yang bagaimana dimaksudkan?
korang pernah sebut ayat diatas tu kan... rezeki yang bagaimana dimaksudkan?
Tak kisahlah bagaimana datangnya rezeki itu, tapi bila dapat dikongsikan bersama anak2 pasti lebih kenikmatan, lebih rasa bersyukur, betul tak? Yang pasti rezeki ini datangnya dari Allah, kalau dia tak izinkan maka tak dapatlah kita nikmatinya.
Tak kisahlah anak kita ramai manapun kalau Dia dah bagi rezeki tu memang cukup dan dapat diberi sama rata. Tapi kalau orang tu kaya pun kalau tidak dapat dikongsi bersama anak-anak pasti kekayaan juga tidak dapat dinikmati dengan sempurna.
Tak kisahlah kita jaga anak kita ka atau anak sesiapa sahaja... setiap insan yang bernyawa di Bumi Allah ni ada punca rezeki masing-masing yang penting kesungguhan kita yang nak atau tidak.
Bukan apa, gembira bila pengasuh Rayyan bagitau sebab jaga Rayyan rezeki depa ada... maksudnya depa mendapat lebih dari sekarang... tuk pengetahuan suami kak ida Aka mak Rayyan sakit buah pinggang yang menyebab kan dia tidak dapat bekerja dan yang pastinya dia menerima duit sokso, bila dah dapat jumlahnya yang memang tak logik dan masuk akal, apabila dibuat rayuan permohonan mereka diterima dan bakal mendapat lebih dan sekali dengan tunggakkan..
Kegembiraan itu dikongsi bersama keluarganya dan termasuklah si kecilku Rayyan ni... Ucapan kak Ida rezeki Rayyan sambil mencium anakku... sungguh terharu dan gembira atas kurniaanNya..
Balik rumah bagitau abah, dia kata dulu Dania sekarang Rayyan pulak...
Dulu Dania tok dan tokwan dapat duit pencen askar, sekali dengan tunggakan juga...
Mama tumpang gembira sebab orang mendoakan anak2 kita punca rezeki mereka...
Memanglah orang akan kata kalau tak jaga anak2 ni pun depa tetap dapat jugak kan ... tapi walaupun dapat dan kegembiaraan tu tak dapat dikongsi bersama-sama anak ini dan nikmat dapat tu tak sampailah kan. Jadi dengan adanya anak2 kecil ni dapatlah berkongsi kegembiraan bersama..Bukan kongsi duitnya yer.. hehehe kongsi gembira ja lebih dari segalanya.. bila depa gembira kita pun senang...betul tak?
anak-anak kita pun dijaga dengan penuh kasih sayang. lagi betul betul kan?
Anak-anak punca rezeki yang datang melaluinya dari Allah.
Dan yang terbaru Alhamdulillah kami boleh lagi memiliki sebuah rumah walaupun dengan kehadiran anak yang sorang ni,, dahulu terpikir jugak lepas dapat baby ni mesti rezeki kita cukup2 ja, tapi kuasa Allah siapa tahu Alhamdulillah syukur dengn kurniaan yang ada... saya dengan bizz kecil2an. pun merupakan rezeki.
Muhasabah untuk diri sendiri yang dahulu takut mempuanyai anak yg lebih dari 2 tetapi rupanya Allah beri lebih apa yang saya harapkan.. Alhamdulillah aamiin.
Dan yang terbaru Alhamdulillah kami boleh lagi memiliki sebuah rumah walaupun dengan kehadiran anak yang sorang ni,, dahulu terpikir jugak lepas dapat baby ni mesti rezeki kita cukup2 ja, tapi kuasa Allah siapa tahu Alhamdulillah syukur dengn kurniaan yang ada... saya dengan bizz kecil2an. pun merupakan rezeki.
Muhasabah untuk diri sendiri yang dahulu takut mempuanyai anak yg lebih dari 2 tetapi rupanya Allah beri lebih apa yang saya harapkan.. Alhamdulillah aamiin.
########################################################
Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di tangan makhluk.
Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.
Friday, 12 July 2013
Friday, 29 March 2013
Hebat Sangatkah Si Pelaku Fitnah
TAZKIRAH - FITNAH
Islam mempunyai kaedah lebih
ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan
berita berunsur fitnah. Wajib bagi
Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah
berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya.
Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan
tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai
orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan
kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu
lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak pihak yang turut terbabit
menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya.
Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang
turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah
biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa
sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih
layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia.
Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah
itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan
menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan
seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah
menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk
syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak
dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala
terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di
akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya
menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan.
Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat
yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.
Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang
berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan
berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin
menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan
kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang
lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar
dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang
berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui
apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih
mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara
kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat:
Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’
Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang
benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang
tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat
Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan
rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya
bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan
keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap
Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan
kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi
perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu,
yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa
berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian
khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca
daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi
penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman
pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan
kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu
Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan
memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
Copy dari email rakan sekerja, tq kak..di sharekan kat sini untuk kebaikan bersama.
P/s : Moga ini menjadi peringatan buat semua, berfikir sebelum bertindak jangan diikutkan hasutan syaitan dalam diri, banyakkan mendekatkan diri kepadaNya supaya diri dihindari dari segala penyakit hati ini..
P/s : Moga ini menjadi peringatan buat semua, berfikir sebelum bertindak jangan diikutkan hasutan syaitan dalam diri, banyakkan mendekatkan diri kepadaNya supaya diri dihindari dari segala penyakit hati ini..
Friday, 15 March 2013
Friday, 1 February 2013
Jom Belajar Bahasa Arab
Assalamualaikum, salam hari Jumaat.. indah sungguh pagi ni.. semoga kita mendapat rahmat di hari ini..
Siapa kat sini pandai bahasa arab? kalau tahu aduh bahagiannya.... sungguh bahasa arab sangat membantu kita mendapat sedikit ilmu dalam pembacaan al-quraan kan.. tapi tulah dulu dah belajar tapi sedikit sahaja yang ingat.. so sekarang bila anak dah masuk sekolah, ada pulak bahasa arab kan, secara tak langsung kita kena ingat balik apa yang pernah kita belajar dulu.. bukan setakat abc, 123 alif ba ta... sahaja... semua bendalah.. mudahan sedikit ilmu yang saya ada akan di curahkan kepada anak2 .. In syaa Allah berkat dunia akhirat.
Friday, 7 September 2012
Pesan UAI Untuk Para Suami
Terjumpa ni kat FB
apapun marah biar bertempat, kang tak pasal2 suami pulak merajuk, ha kan susah nak pujuk...
Friday, 4 May 2012
Kelebihan Al-Qur'an
Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ia juga menjelaskan persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke surga atau ke neraka.
Terlampau banyak faedah membaca al Quraan untuk keselamatan, kebahagiaan, perlindungan dunia dan akhirat sebagaimana yang dijanjikan Allah swt. Jika hendak dihuraikan di ruang yang terhad ini agaklah sukar kerana teramat banyaknya. Di sini saya ringkaskan dari beberapa petikan quraan dan hadis tentang faedah2 membaca al quraan. Di antaranya:
1. Satu huruf yang dibaca diberi satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh,
2. Mendapat tempat istimewa diakhirat dengan lebih baik bacaan/tartil lebih tinggi kedudukannya.
3. Ibadat yang paling mulia di antara ibadat.
4. Dapat menghidar dari hati menjadi berkarat
5. Rumahnya dikunjungi malaikat dan banyak kebaikannya. Syaitan menjauhi rumah tersebut
6. Pembaca al quraan disayangi Allah swt dan Rasul saw
7. Allah memuji pembaca alquraan di hadapan malaikat
8. Allah swt menghujani rahmat ke atas pembaca al quraan
9. Mententeram jiwa yang resah
10. Al quraan menemani pembacanya di dalam kubur dari siksaan Mungkar dan Nangkir serta mengatur untuk simati dpd malaikat dari syurga tempat tidur dari syurga yg dipenuhi bauan kesturi
11. Rasulullah swt bersabda: "dihari pengadilan, di hadapan Allah swt , tiada syafaat yg lebih baik darjatnya dari al Quraan, mahupun dari nabi atau malaikat".
12. Dapat membina akhlak yang baik
12. Dapat membina akhlak yang baik
13. Rasulullah saw bersabda: "Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya." (Hadis riwayat Muslim)
14. Rugi bagi orang yang kurang gemar membaca al-Quran kerana Rasulullah banyak menyebut dalam hadis faedah dan fadilat membaca al-Quran.
15. Pembaca al-Quran dinaungi dengan payung rahmat. Dikelilingi malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan.
16. Pembaca al-Quran dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah dan dipelihara-Nya daripada kegelapan.
17. Pembaca al-Quran, hatinya tidak gundah dan terlepas daripada kesusahan pada hari kiamat. Hal ini kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah.
18. Rahmat membaca turut diberi kepada ibubapanya pada hari kiamat dengan mahkota yang bercahaya.
19. Mendapat kedudukan yang tinggi disyurga mengikut tartil.
Friday, 13 April 2012
Urusan Rumah Tangga Tanggungjawab Suami
Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-
- Menjaga anak
- Menyediakan makan-minum isteri
- Mengurus segala keperluan rumahtangga
- Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
- Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya
Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU. Dalam kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tututan kerja di pejabat.
Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.
Hal ini sejajar dengan salah-satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa: ‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’
Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.
Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.
Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.
Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat. Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit kepala ketika dia pening serta bagi la dia makan ubat ketika dia sedang sakit.
Friday, 23 March 2012
Kata2 Hikmah
‘Waspadalah dengan iman yang bisa menukar
dirinya menjadi harta, yang kemudian menjauhkanmu dari fakir, yang kemudian
menjauhkanmu dari syurga, dan yang kemudian menjauhkanmu dari tuhanmu..’
Thursday, 15 March 2012
AMANAH YANG PERLU DIPELIHARA
Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan dipastikan keselamatannya di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.
Sejak kebelakangan ini kita seringkali didedahkan dengan berita kehilangan kanak-kanak. Ada di antara mereka yang berjaya dijumpai semula dalam keadaan normal dan ada pula tidak ditemui langsung atau dijumpai semula dalam keadaan yang menyedihkan.
Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggung jawab kita semua khususnya ibu bapa/penjaga sentiasa memastikan keselamatan anak-anak, tidak kira di mana kita berada; samada ketika bersiar-siar, membeli belah atau bekerja. Amanah ini perlu dipelihara dengan sempurna dunia dan akhirat.
Jangan diabaikan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada anda .
SUMBER BSM
Insyallah akanku berusaha menjaga Amanah yg diberikan ini...
P/S : kadang kita manusia biasa terleka juga.... mudahan tiada perkara yg tidak diingini terjadi...
Friday, 9 March 2012
JANGAN dalam Islam
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
Friday, 2 March 2012
Solat Dan Rahsianya.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan diserap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulangkali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulangkali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi system reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens
(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagaipencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya..."
P/s : sebelum pernah dengar Puan Zarina bagitahu pasal ni dalam Tazkirah Jumaat olehnya kat ofis ni.
Friday, 24 February 2012
Doa Amalan Ketika Mengandung
Salam Jumaat semoga hari2 kita dipenuhi dengan bunga2 cinta bersulam keimanan...
terlanjur sedang berbadan dua ni saja nak sharekan amalan doa ketika mengandung, mudahan bermanfaat untuk kita semua...
Mudahan dapat dikongsikan bersama
- Surah Yusuf: Untuk mendapatkan anak yang cantik.
- Surah Luqman: Untuk mendapatkan anak yang bijak.
- Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh.
- Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT).

Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
- Surah al-Fatihah
- Surah Yaasin
- Surah Kursi

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
- Surah Al-Araaf ayat 189

Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.
- Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.

Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
- Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
- Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
- Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.

Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;
Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
- Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Semoga bermanfaat, salam…
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Ceritaku
(70)
Kisah Khalish
(70)
Gelagat Dina
(57)
Gelagat Dania
(53)
Aktiviti Pejabat
(47)
makan-makan
(42)
Berita
(34)
ResipiKu Zie
(34)
WW
(34)
Birthday
(30)
Kisah Puasa Raya
(30)
Dina Taska Sekolah
(29)
Jalan jalan
(26)
Aku dan kawan-kawan
(23)
Hadiah
(23)
Kisah Dania
(21)
Tazkirah
(21)
Kisah Keluarga
(19)
My Pregnancy
(19)
kursus
(19)
Kek
(18)
Menang Contest
(17)
Ucapan
(17)
Kisah anak-anak
(16)
Rumahku Syurgaku
(14)
Dania Taska Sekolah
(13)
Family Day
(13)
Kisah Dina
(13)
Rumah Baru
(13)
Cuti-cuti
(12)
Majlis
(12)
Pengantin Popular
(12)
Segmen
(12)
perkembangan Rayyan
(11)
Baju Raya
(10)
Gambar Raya
(10)
Hiburan
(10)
Minatku..
(10)
Perkahwinan Artis Malaysia
(10)
Taman Lagenda
(10)
Shopping
(9)
ILKM
(8)
Info
(8)
Sarawak
(8)
top
(8)
Cameron Highland
(7)
Kawan Blogger
(7)
Kelantan
(7)
Kisah Anakku
(7)
Perak
(7)
Video
(7)
Dina N Sepupu
(6)
Doa
(5)
Gelagat Rayyan
(5)
Iftar
(5)
Kesihatan
(5)
PJJ UMCced
(5)
Penang
(5)
Penghayatan Bersama
(5)
Perkembangan Bayi
(5)
Aniversary
(4)
Berpantang
(4)
Cara Latih Anak
(4)
Demam
(4)
LAROME
(4)
Model Mama
(4)
Nuffnang
(4)
Renovate Rumah
(4)
Terengganu
(4)
biskut
(4)
petua
(4)
rumah di kampung
(4)
Awana Genting Highland
(3)
Berenang
(3)
Camera
(3)
Dinner
(3)
Hotel
(3)
Iklan
(3)
Kedah
(3)
Kenduri
(3)
Laksa
(3)
Malaysia Ria
(3)
Melaka
(3)
Rambut
(3)
Rayyan Taska Sekolah
(3)
Smartphone
(3)
Taman Sungai Duri Indah
(3)
Trip Medan
(3)
anak buah
(3)
barang baby
(3)
koleksi peribadi
(3)
Air Asia
(2)
Batik
(2)
Breastfeeding
(2)
HP
(2)
Happy Time
(2)
Juadah
(2)
Kejayaan anak-anak
(2)
Kerja
(2)
Khasiat Tumbuhan
(2)
Kisah Dunia
(2)
Konvo Anak
(2)
LANGKAWI
(2)
Lawatan Taska Sekolah
(2)
MAS
(2)
Mengundi
(2)
PANTANG
(2)
PTM
(2)
Padang Serai
(2)
Paintball
(2)
Pelamin
(2)
Pendidikan Kanak2
(2)
Sukan
(2)
Temuduga
(2)
produk pilihan
(2)
Air Terjun
(1)
Akaun Simpanan
(1)
Anak Artis N selebriti
(1)
Astro
(1)
Duit Lama
(1)
Durian
(1)
GA
(1)
Hatyai
(1)
Hobi
(1)
Intagram
(1)
Keihatan
(1)
Kelas Kek
(1)
Kemalangan
(1)
Kereta
(1)
Kuala Lumpur
(1)
Langsir
(1)
Lawak hari ini
(1)
Like Like...
(1)
Mandi Laut
(1)
Menabung
(1)
Minatku
(1)
Mohon Doa
(1)
Movie
(1)
My Business
(1)
Online
(1)
Pasar Kemboja
(1)
Pengalaman Pertama
(1)
Penginapan
(1)
Penyampaian Hadiah
(1)
Perlis
(1)
Pertunangan
(1)
Pokok Kurma
(1)
Riadah
(1)
Sayangkucake
(1)
Sihat
(1)
Siti Nurhaliza
(1)
Sungai Siput
(1)
Syful Tamar
(1)
Teluk Batik
(1)
Tempahan
(1)
Tengok Wayang
(1)
Upin dan Ipin
(1)
Wang Kelian
(1)
Wangian
(1)
kempen
(1)
panduan berblog
(1)















