Wednesday, 6 June 2012

Dugaan Dalam Pantang

Ya Allah ... Istifar panjang Zie, hari ke tujuh Zie berpantang Dania disahkan demam campak... ya Allah sedihnya saat itu hanya Tuhan yg tahu...

Pagi tu abah terus bawak Dania kerumah tok ( makngah) tinggal kat sana... dan dijaga oleh tok....
Ya Allah Dugaan apa yg kau berikan ini...
Bukan tidak redho dengan ujian ini.. tapi saat dan ketika ini mama tak mampu nak jaga Dania dan baby sekaligus.. maafkan mama... sepatutnya mamalah yang menjaga Dania... bukan Tok ( makngah)...

Maafkan mama sayang... mama hanya mampu melihat dan berdoa semoga anak mama cepat sembuh...
2 hari Dania kat rumah makngah tanpa melihat situasi Dania... mama ok lagi hanya sedikit kesedihan..dan tanya perkabaran Dania melalui abah yg beulang pergi jengah Dania..

Hari ketiga mama gagahi pergi rumah tok nak tengok Dania...

sampai je kat sana belum pun sempat jejak kaki masuk mama tengok Dania Ya Allah banyaknya bintik campak tu... hampir seluruh badan Dania, muka tangan dan kaki... semuanya berbintik... sedih luluh hati mama....
Air mata ni bagaikan air sungai selepas hujan laju menyusuri muara....

Kasihan lihat anak kecil itu yang tidak bermaya... kulihat Dania kesedihan bila Zie melangkah masuk.. ingin aku peluk anakku itu, namun melihatkan bintik yang begitu banyak.. menyebabkan mama rasa takut, takut Dania kesakitan...tangan ku di pengangnya erat tanda tak mahu dilepaskan.. ( kata makngah dania jauh hati sebab ada adik baru)
Makan minum langsung tak disentunya hanya sedikit air.. susu pun tak mahu.... memang nampak Dania sedikit susut.

kepada tok tempat dia menumpang manja... kasihan aku lihat... (sambil menagis teresak-esak)
Masuk si abah.. tengok mama menagis terus dia marah dan cakap mama tu dalam pantang janganlah dok sedih macam ni..berkali2 dia suruh mama berhenti menangis, manalah boleh berhenti bila tengok anak yang dalam kesakitan itu.....

memang tak sampai hati nak tinggalkan Dania... nak je dia dibawah penjagaanku sepenuhnya.. tapi takut dijangkiti baby Khalish.. Hasrat itu berkubur ja...

Rasa bersalah sangat2.. tapi apakan daya mama... mama berharap esok akan ada berita gembira, mudahan Dania semakin pulih...Ya Allah kau pulihkanlah Dania seperti sediakala... Ingin saja melihat mulutnya yang bercakap banyak itu. dan gelak tawanya..

p/s : setiap kali berpantang ada saja dugaan yang melanda.... pasti ada ja yang membuatkan hati ini tersentuh dan menagis...mudahan tidak ada perkara yang tak didingini berlaku...semoga hati ini kembali tabah dalam menghadapinya...


Agak blurr gambar ni kalau real lagilah rasa kesian dengan biji yg berair tu..
Dania dipangkuan tok

29 comments:

mama irfan said...

siannya tengok... moga dania cepat sembuh...amin...

Lynn said...

Ya Allah sian dania..sedihnya wei..tak sanggup nak fikir pasal dania..sian..kalau aku tak keja..aku nak jaga dania..hang jgn sedih sgt..tak elok..aku doa yg baik2 untuk hang..amin

eB said...

alahai... nk nanges eb tgk.... musti sgt2 pedih... tp yg tmbh sayu biler bc dania jauh hati dpt adik baru....
dania syg... mama syg dania samer mcm adik tau... smoga cepat sembuh yer....

zie jgn byk nanges yer... x elok... tc :)

lynn kamarul said...

ala kesiannya..... sedih tgk

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

sian Dania...Zie, Dania demam campak biasa kan.. kalau nak cepat keluar panas tu kasi minum and mandi air kelapa...insyallah sume panas and bintik-bintik tu sume cepat keluar dan sembuh...

Zie bawak banyak-banyak bersabar ye..jangan selalu bersedih..Zie masih dalam pantang... ini hanya ujian dari ALLAH... kalau kita tak boleh hadapi sume ni, takkan ALLAH turunkan ujian ni...sabar ye..

and last nieza nak tanye..kalau yang ni demam campak biasa.. ade tak amik vaccine chicken pox kat Dania?kalau takde, lepas ni better amik..kasi kat rayyan skali tapi rayyan kena tunggu setahun dulu baru leh jab...

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

siannya dia, moga cepat sembuh ya...

Afasz said...

semoga dania cpt sembuh...sedih plak bc entry awk ni....

moga awak tabah hadapi ujian ni.

Kakzakie said...

Kakak pun sedih juga Zie. Dgn Zie sedang berpantang, Dania pula diserang campak. Cubalah ubat tradisi juga seperti minum air kepala dan baringkan kat daun semambu Zie... selain ubat doktor yg sapu tu boleh cuba juga cara ini.

Kakak doakan segalanya cepat berlalu. Zie kena jaga kesihatan macam kata suami tu...

::NureeN:: said...

tabahkan hati kuat semangat ya zie, moga dania cepat sembuh...
bkn saja zie, nureen pon berkaca ja mata ni bila baca n3 zie.. kita ni ibu cepat kan nk menangis bila apa2 jd kat anak..
insyaALLAH zie, utk permulaan mmg anak g2, blum dpt terima kehadiran org baru.. mcm mana dina dlu masa dpt dania??

Falsya said...

ya ALLAH..ksian nye dania..sedih baca.cpt sembuh okayh..

Myra Jay said...

Aduhhhh siannya tengok..

Moga cepat sembuh ye sayang..

Kita yang besaq bila kena pun dah rasa seksa apatah lagi si kecil kan..

Zie said...

@✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ tq byk nieza... insyallah Dina Baby nnti akn zie amik vaccine tu... sebelum ni tk pernh dgr...

*azni* said...

mcm anak kite la tp dia chicken pox..lbh kurang camni la naik bintit2..kesian asik duk tergaru2 gatal..semoga cepat sembuh ye..

Zie said...

Terima kasih semua atas nasihat kalian... mudahan hari ini zie semkin tbh... Kalau boleh tu memng tak mau nanges... tapi apalh daya ku... hati dan naluri ini terlalu nipis....

dgar khabar dania mkin pulih... tak sabar nk jumpa dania lgi... Mudhn bintik merah tu dah kering...

ainnoraini said...

semoga cepat sembuh..
mesti rasa gatal2kan..

Shida Ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
Shida Ibrahim said...

sedeh aku bc.. tingat aku dulu pun mcm tu gak.. adam kena dulu.. pastu jangkit kat adik.. adik baru nk masuk 2 bln tym tu.. mmg adam pun ada jauh hati gak.. tp aku try utk buat mcm biasa kat dia.. still suapkan dia mkn nasi.. n tido ngan dia..

p/s : aku buat entry sama cam hg.. sbb tingat td.. huhu.. hope dina cpt sembuh.. amik vaksin utk rayyan.. mcm aku amik utk ammar..

Nazayiena said...

Sedihnya bila Dania sakit Zie x dpt nak jaga,harap dania cepat sembuh....

Jaa said...

sedihnyer tgk dania..tambah sedih kita xleh nk jaga dia masa nih..huhu.. hopefully cepat sembuh yer...

Zie said...

Tq ain. naza.. shida dan jaa mudhn cpt sembut

Che Rosliza Che mat said...

Kesiannya Dania...ruam ke apa tue zie...

Ummi Iman said...

Menangis baca entri ni... Kesian Dania. Moga dia cepat sembuh. Dia merajuk agaknya sebab dia fikir lain. Sebab adik mama dia tak jaga dia.

IntaNBerliaN said...

ni bkn bergenang lg dah.. terus mengalir air mata saya.. sedihnya kak zie.. bkn pe, bc entry kak zie ni, tibe2 tbayang mcm kalu ank sy yg jauh hati sampai camni... mesti sgt2 sedih kan..

moga dania cpt smbuh

Zie said...

@Che Rosliza Che mat demam campk...

Zie said...

@Ummi Iman bukn tk nk jaga.. tapi keadaan tk mengizinkn...

Zie said...

@IntaNBerliaNmudahan ank ina tk mcm ni.....

Dah 5 hari dania kat rumh tok... sungguh kk zie rindu sgt kt dania

nanakimie said...

ya Allah...siannya dania..moga cepat sembuh sayang......

Ibu Lala said...

nasib baik ada tok yang boleh tolong jagakan. rumah pun dekat dekat. senang la sikit. nak jaga sendiri takut jangkit kat baby pulak. tapi kesian kat dania sebab kena tinggal dengan tok kan. sabor je lah. dugaan..

Zie said...

@Ibu Lalaemm betul tu fugaan tuk dania dan nama dia jgak.. hukhuk

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (32) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (25) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Minatku.. (11) Segmen (11) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) PJJ UMCced (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Penang (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Rayyan Taska Sekolah (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Aktiviti Keluarga (1) Astro (1) Autoshow (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Berkelah (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Fesyen (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Guru separuh masa (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers