Showing posts with label Kejayaan anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Kejayaan anak-anak. Show all posts

Friday, 8 November 2013

Alhamdulillah Rezeki Anak-anak

Salam Jumaat, dah November kan harini ... syukur Alhamdulillah...

korang pernah sebut ayat diatas tu kan... rezeki yang bagaimana dimaksudkan? 
Tak kisahlah bagaimana datangnya rezeki itu, tapi bila dapat dikongsikan bersama anak2 pasti lebih kenikmatan, lebih rasa bersyukur, betul tak? Yang pasti rezeki ini datangnya dari Allah, kalau dia tak izinkan maka tak dapatlah kita nikmatinya.
Tak kisahlah anak kita ramai manapun kalau Dia dah bagi rezeki tu memang cukup dan dapat diberi sama rata. Tapi kalau orang tu kaya pun kalau tidak dapat dikongsi bersama anak-anak pasti kekayaan juga tidak dapat dinikmati dengan sempurna.
Tak kisahlah kita jaga anak kita ka atau anak sesiapa sahaja... setiap insan yang bernyawa di Bumi Allah ni ada punca rezeki masing-masing yang penting kesungguhan kita yang nak atau tidak.
Bukan apa, gembira bila pengasuh Rayyan bagitau sebab jaga Rayyan rezeki depa ada... maksudnya depa mendapat lebih dari sekarang... tuk pengetahuan suami kak ida Aka mak Rayyan sakit buah pinggang yang menyebab kan dia tidak dapat bekerja dan yang pastinya dia menerima duit sokso, bila dah dapat jumlahnya yang memang tak logik dan masuk akal, apabila dibuat rayuan permohonan mereka diterima dan bakal mendapat lebih dan sekali dengan tunggakkan.. 
Kegembiraan itu dikongsi bersama keluarganya dan termasuklah si kecilku Rayyan ni... Ucapan kak Ida rezeki Rayyan sambil mencium anakku... sungguh terharu dan gembira atas kurniaanNya.. 
Balik rumah bagitau abah, dia kata dulu Dania sekarang Rayyan pulak...
Dulu Dania tok dan tokwan dapat duit pencen askar, sekali dengan tunggakan juga...
Mama tumpang gembira sebab orang mendoakan anak2 kita punca rezeki mereka... 
Memanglah orang akan kata kalau tak jaga anak2 ni pun depa tetap dapat jugak kan ... tapi walaupun dapat dan kegembiaraan tu tak dapat dikongsi bersama-sama anak ini dan nikmat dapat tu tak sampailah kan. Jadi dengan adanya anak2 kecil ni dapatlah berkongsi kegembiraan bersama..Bukan kongsi duitnya yer.. hehehe kongsi gembira ja lebih dari segalanya.. bila depa gembira kita pun senang...betul tak? 
anak-anak kita pun dijaga dengan penuh kasih sayang. lagi betul betul kan?
Anak-anak punca rezeki yang datang melaluinya dari Allah.

Dan yang terbaru Alhamdulillah kami boleh lagi memiliki sebuah rumah walaupun dengan kehadiran anak yang sorang ni,, dahulu terpikir jugak lepas dapat baby ni mesti rezeki kita cukup2 ja, tapi kuasa Allah siapa tahu Alhamdulillah syukur dengn kurniaan yang ada... saya dengan bizz kecil2an. pun merupakan rezeki.

Muhasabah untuk diri sendiri yang dahulu takut mempuanyai anak yg lebih dari 2 tetapi rupanya Allah beri lebih apa yang saya harapkan.. Alhamdulillah aamiin.

########################################################
Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-­penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di ta­ngan makhluk.
Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.

Friday, 22 February 2013

Irdina dan Dania Berikan Mama Hadiah Bermakna

Alhamdulillah, nampak gayanya azam mama tahun ni tercapai, emm nak tahu apa? mestilah kejayaan anak-anak mama, apa dia? meh sini nak cerita...

Yang pertama kejayan Nur Irdina Zahra dah boleh tidur di bilik sendiri. 
kali ni pujukan mama dah berjaya dan yang pastinya Dina macam selesa tidur sendiri, bila jaga malam dia tak lah lari pergi kat bilik mama. (walaupun mama tahu anak mama ni selalu juga terjaga malam)..
Kiranya perasaan dia dulu tu dah tak ada, dulu kalau dia cuba nak tidur sorang kejap je dia masuk bilik mama katanya bila dia pejam macam tak boleh nak lena... hehehe alasan banyak betul kan..
Tahun ni masuk Pra sekolah haritu dia dah mula tidur bilik sendiri...Tahniah dari mama.

Yang Kedua tentulah nak free kan Dania dari diapers, Alhamdulillah berjaya jugak itupun berkat usaha cikgu kat Taska dia, (mama cuma bantu pada sebelah petang dan hari cuti ja) yang memang nak ajar anak-anak Permata tanpa pakai pampers.. dalam 2 minggu sahaja asuhan akhirnya Dania dah boleh bagitau mama nak ke toilet, walaupun mama kureng faham. hehehe. Kalau nak buang air besar pun dah pandai bagitau. 

Ayat Dania Mama nak cing ke let (kencing kat toilet). (cikgu kata Dania berat mulut nak cakap kencing.. dan beberapa kali jugak banjir kat Taska dia..) hehe terima kasih cikgu kerana membantu...sangat-sangat menghargai. (Dina dulu pun Cikgu kat Taska ni jugak yang ajar)heheh mama jugak yang releks. 

Lagi satu Dania ni kalau kat rumah bila kita ajak ke toilet dia mesti lari sana -sini jenuh nak pujuk pi toilet dia mesti mengelak. Alih-alih banjirlah dalam rumah... lepas diajar oleh cikgu barulah dia ringan mulut dan senang nak ke toilet.. Alhamdulillah.

Walaupun agak lambat dari Kakak tapi mama tak kisah yang penting anak-anak mama boleh buat, bukan nak katalah setiap anak memang ada kelebihan dan kekurangan masing2.. so sebagai ibu kenalah akui, tapi ada kelebihan kat lain. Jangan risau jika kekurangan ini tapi carilah kelebihan dia. pasti anda tersenyum bangga.

Macam Anak-anak ku jugak, 

Kelebihan Irdina pada usia 2-3 tahun

  • Petah berkata-kata  ( bercakap macam org 4 tahun)
  • Free diapers 2 1/2 tahun
  • Uruskan diri mandi, pakai baju dan bersiap sendiri , sikat berbedak.(Dania mama yang mandikan lagi)
  • Kenal warna
  • Boleh menyanyi
  • Boleh kayuh basikal beroda  (dania tak boleh lagi)


Kelebihan Dania pada usia 2-3 Tahun

  • Walaupun jerman stail tapi perkataan dia di usia 2++ ni dah boleh membanggakan( boleh buat ayat 3-5 pp) Cth Pagi tadi tanya mama (mama nak pakai baju mana ni?)
  • Kenal Huruf dan Angka ....terbaru Kenal alif ba ta
    • (kakak dulu kenal huruf O ja)
  • Kenal Warna
  • Free Diapers usia 3 tahun
  • Boleh pakai selipar atau kasut tapi tak terbalik. (tak pernah terbalik)
  • boleh beza kasut/ selipar kiri kanan. (kakak dulu sampai 4 tahun kadang2 pakai kasut / selipar terbalik lagi huhu)

Banyak lagi tapi tak tertulis kat sini...

Dalam seminar Parenting Skills ( untuk jadi ibu yang baik mestilah memberi ganjaran untuk setiap kejayaan anak-anak)

p/s : Jadi kat sini tak salahlah kalau mama nak belikan apa-apa kat anak-anak..sebab mereka sangat2 membanggakan hati mama ni..:)

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers