Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Friday, 17 May 2013

Dah Tukar ke Astro Pek Nilai

Jom tukar... haritu Dekoder lama rosak, so kenalah tukar baru bila nak tukar dah tak ada stok dekoder lama..  jadi kami kenalah ambil Astro Byond (kenalah tambahan caj) bila dah tukar Byond ni, kami tambah Movie.. dek kerana tak layan sangat Movie ni, hampir sebulan jugak kami stopkan so kembalilah ke Astro Family Pack jer.. 
sekarang bila ada Astro Pek Nilai ni... macam teringin nak mencuba... 
semalam bagitau Hubby terus dia call.. tak sampai 5 minit dah boleh tengok... 
ok jugak dengan Astro Pek Nilai ni...  so layan jerlah... ambil pakej nilai je lah..
 yang pakej mahai2 tak mampu den .. hehehe

Kalau dah tukar ke Astro Byond lebih baik kena ada TV LCD Atau LEd atau Smart TV (macam2 Tv skunk ni) kalau tak ada memang rugi.. sebab gambar HD dia memang superb... Promosi untuk Astro Pek Nilai Masih lagi ada....siapa yang nak tukar jom tukar kalau dah bosan dan rasa membazir boleh stop balik dan kembali kepada biasa... hahaha.






Rancangan yang ada dalam Pakej Pek Nilai ni seperti diatas
pimai-pimai RM80 jugak sebulan.. huhu..





ASTRO NJOI 

Antara Channel yang boleh kita tengok kat astro nJoi..


Ha satu lagi kalau nak tau (baru tau ja) Astro nJoi pun dah ada, lagi murah.. tak perlu komitmen bulanan...hanya bayar kos pemasangan sahaja RM 280.00 dan boleh tengok TV dengan jelas dan clear... tak payah dah nak pusing area... kawasan rumah kami ni memang kalau tak pakai ASTRO tv apapun mesti tak dapat... so bagi yang tak nak bayar bulan2 sesuai sangatlah.. sekurang-kurang dapat lah jugak menonton cerita kegemaran.. maklumat lanjut Klik ASTRO NJOI lah yer..


p/s ; hehehe zaman makin hari makin canggih tak tercapai tangan dan RM nak ligan (kejar)... 
apapun ni semua duniawi semata... kalau taknak boleh ditolak tepi-tepi...tepuk dada tanya selera dan RM
Tak wajib tapi perlu, tapi kalau trak guna tak tahu.... ahaks..






Tuesday, 23 April 2013

Gwiyomi Dance Guide

Jom menari Gwiyomi, senang je kan bukan keluar peluh pun.. hehehe tetiba tersuka akan lagi dan gerak geri Gwiyomi nih... cute kan.. emmm memang comel.. com buat gerak rentak gwiyomi nih.. sambil nyanyi....lalalala


video cute diorang







Kita tengok Gwiyomi Malaysia udahlah yer.. cute comel





Saturday, 17 November 2012

eMall Karangkraf kini dihujung jari

Majalah percuma? siapa nak? hehehe  ni nak story eMall Karangkraf telah memberikan majalah percuma, kat mana yer? kat mana lagi tentulah dihujung jari... wah dah maju nak baca majalah sekarang semua dihujung jari.... best jugak.. Yang pakai smartphone Iphone dan Tab bolehlah memuaturun applikasi di eMall, sebanyak 5 majalah akan diberi percuma... dan banyak tawaran harga diskaun untuk majalah dan buku termasuk novel. So jangan tunggu lagi jom dounload sekarang....

Sekarang Zie dah ada 3 buah buku dalam akaun eMall, best sangan dapat membaca walau dimana berada... hehehe
sejak dua menjak dah tak membeli majalah...
Dengan adanya eMall ok jugak....





Thursday, 23 February 2012

Heliza AF @ Jawi Penang

Emm bertuahlah badan tak payah nak bersesak2 nak bergambar dengan retis ni kan..
 emm lapang jer...
Ni semua kerana Konsultant Amin Idris yg telah menjemput Heliza Af ni khas untuk satu slot dalam ceramah Kursus Magnet Pentas yg diadakan di ILKM Jawi ni... 21-23 Feb 2012
Kursus ni utk Guru2...
Credit utk Kak Zarina... kerana buat kursus ni kat sini,, kalau buat kat hotel tak berpeluanglah kami2 ni bergambar dengan Heliza... 2 hari dia kat sini...so sweeat jer Heliza ni....

Suka kat mata dia, alamak sedondon lah plak...



Kecil molek betul Heliza ni... kami ni bahagi 2 dgn dia..hehehe


ni hari kedua waktu Lunch .. kami kat Paya Serai Banquet Hall...

Terselit sekeping gambar hari pertama dia tiba .. hehehe


Lepas makan ada satu slot yang di sampaikan oleh Heliza... kami2 yg kat opis ni walaupun tiada nama dalam list Kursus tu pun tu pun turut tumpang sekaki kat dalam Kursus tu..
jom tengok aksi Heliza menyampaikan slotny itu..






Tak kering gusi kami dibuatnya memang best... oklah... bijak menarik perhatian peserta kat dalam kelas ni..
last sekali dia menyampaikan sebuah lagu yg dipopularkan oleh Ella...
standing in the eyes of the world

nilah Amin Idris...

Jom ke Fan Page dia


Amin Idris

Promote sket... 

P/s : oo rupanya ramai lagi staf yg bergambar yer... emmm bukan main lagi... tu pun sorok2 yer...
 emm rahsia dah pecah... sukanya

Sian plak Dina nak tengok Heliza ( cikgu Shuhada) Filem Syurga Cinta...
Suka sangat dia tengok Filem ni berulang kali... Bila mama kata mama jumpa cikgu Shu terus dia tanya Awal dan Ikmal... emmm ingat betul dia...ingat ptg semalam nk wak Dina jumpalah.. rupanya Heliza balik jam 5 ptg tu jugak.. emm sianlah pulak...tak palah tengok gambar mama dan Heliza udah lah yer...

Thursday, 16 February 2012

Kuch Kuch Hota Hai Masih Mampu Tarik 3 Juta Penonton



KUALA LUMPUR – Siapa sangka filem komedi romantik gandingan lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol yang mendapat gelaran Golden Couple in Bollywood menerusi filem berjudul Kuch Kuch Hota Hai merupakan pilihan utama para penggemar filem Bollywood di negara ini.
Sambutan itu dapat dilihat apabila Kuch Kuch Hota Hai yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Panggung Sabtu pada 11 Februari lalu berjaya meraih jumlah penonton tertinggi iaitu hampir 3 juta menurut sumber daripada Nielsen Audience Measurement.
Menurut sumber rasmi daripada Media Prima Berhad yang menaungi TV3, slot Panggung Sabtu di TV3 itu terbukti berjaya memberi impak yang hebat bukan sahaja menerusi jalan ceita yang bagus, malah tiada siapa dapat menyangkal kehebatan dan keserasian di antara pelakon popular Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee.
“Filem Kuch Kuch Hota Hai merupakan filem Hindi box-office pada tahun 1998 yang berjaya menarik perhatian para penonton bukan sahaja melalui gandingan tiga pelakon popular terbabit tetapi juga jalan cerita serta lagu-lagunya yang menarik,” kata sumber rasmi TV3 tersebut. – mynewshub.my

P/s Zie pun layan.. sampai mengaliaq ayaq mata... huk huk huk

Wednesday, 24 August 2011

Alahai Zizan.. Bercinta ke Tidak ni?

Zizan Nafi Bercinta Dengan Juliana Evans

Macam sepadan jer Zizan dan Juliana Evans ni..

Menurut finalis pertandingan Maharaja Lawak itu, gosip hubungannya dengan Juliana itu timbul sejak mereka mula menjalani penggambaran filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri pada tahun lalu.

“Bagus juga apabila ada wartawan yang bertanyakan saya tentang gosip itu. Selama ini gosip itu ditulis tanpa mendapatkan pengesahan daripada saya. Di sini saya ingin menegaskan saya dan Juliana tiada apa-apa hubungan.

“Kami tidak pernah bercinta. Kami hanya berkawan baik sahaja. Mungkin sewaktu di lokasi penggambaran filem itu kami kelihatan mesra hingga timbulnya gosip itu,” katanya pada sidang akhbar sebelum pratonton Hantu Bonceng di pawagam Odeon di sini semalam.

Kata selebriti berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu ini, dia bukan sahaja tidak pernah bercinta dengan pelakon jelita kacukan Melayu dan Inggeris itu, malah mereka juga jarang berjumpa selepas tamatnya penggambaran Hantu Bonceng.

Bagaimanapun, tambah Zizan hubungan yang dijalin dengan Juliana sewaktu mereka berlakon bersama-sama dalam filem itu terus berkekalan sehingga ke hari ini.

“Selepas itu saya jarang berjumpa dengan Juliana di mana kami hanya berhubung melalui telefon. Kalau diberi pilihan untuk bercinta dan berkawan, saya pilih untuk berkawan dengan Juliana. Ini kerana, dia seorang yang berfikiran terbuka.


“Saya senang bekerja dengan orang seperti Juliana kerana dia lebih matang daripada usianya. Apatah lagi, Hantu Bonceng adalah filem pertama lakonan saya bersama Juliana,”
ujarnya yang melakonkan watak Amran dalam filem itu.

Sementara itu, Juliana sewaktu ditemui selepas itu turut tidak menafikan bahawa dia dan Zizan hanya berkawan baik sahaja di mana gosip hubungan cinta di lokasi atau lebih dikenali sebagai ‘cinlok’ (cinta lokasi) adalah perkara biasa.

“Saya dan Zizan cuma berkawan biasa sahaja. Kami berdua tiada masalah bergandingan sepanjang penggambaran filem ini. Kami gembira berlakon bersama dan kemesraan itu mungkin telah disalah anggap oleh pihak lain,”komennya.

Hantu Bonceng yang menelan kos produksi dan promosi berjumlah RM1.5 juta itu akan ditayangkan di 80 pawagam seluruh negara mulai 30 Ogos ini dengan membariskan ramai pelakon popular antaranya Jue Aziz dan Cat Farish.

P/s tak sabar nak tengok hantu Bonceng... mesti Best giler bila Zizan berlkon...


Sunday, 7 August 2011

Kisah Melodi Raya 2011

Melodi merupan sebuah program hiburan yang bertahan selama 23 tahun & paling tersohor diMalaysia, sering mendapat rating yang tertinggi hasil daripada paparan berita sensasi yang disediakan produksi Melodi. Jadi tak hairanlah kalau ada segelintir artis baru memasang impian untuk mana-mana acara yang dianjurkan Melodi.

Al-kisahnya, minggu depan produksi Melodi akan mengadakan program rakaman khas Melodi Raya, di PWTC. Namun, ada perkara yang dirunsingkan oleh mereka mengenai penganjuran Melodi Raya kali ini. Menurut sumber, seorang pelakon veteran merajuk kerana tidak mendapat tempat duduk ketika penganjuran Melodi Raya tahun lepas. Kalau boleh, produksi Melodi ingin mengelakkan kejadian seumpama itu berulang kembali.

Namun, ada segelintir artis baru ini dikatakan bersifat demanding. Sudah diberi 1 pas, dia minta pula 3 pas untuk bawa PA (personal assistant) & manager. Tak kurang juga nak bawa jiran, kawan & adik beradik.

Sebenarnya, produksi Melodi amat mengalu-alukan kedatangan artis baru. Cuma, mereka mengharapkan kerjasama daripada artis-artis baru ini kerana tempat duduk amat’lah terhad.

Bagi memperkemaskan penganjuran Melodi Raya 2011, mereka juga akan memperketatkan kemasukan para artis kepada 1 jemputan sahaja. “Mana-mana individu yang tidak membawa kad jemputan tidak akan menerima akses masuk.”

Susunan meja juga diperketatkan. Artis akan duduk bersama artis, manakala PA & manager akan duduk tempat lain. Mereka juga tidak menjamin PA atau PR (public relation) akan mendapat tempat duduk pada hari berkenaan.

Wednesday, 27 July 2011

Cantiknya bila mereka bertudung

BW tadi pastu jumpa ni.... so nak share ngan kawan-kawan..... emmm kan comel kalau semua artis bertudung...
1. Fazura

10artiscantikbertudung 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

2. Tiz Zaqyah
10artiscantikbertudung2 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

3. Fouziah Gous
10artiscantikbertudung3 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

4. Erra Fazira
10artiscantikbertudung4 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

5. Neelofa
10artiscantikbertudung5 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

6. Nora Danish
10artiscantikbertudung6 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

7. Lisa Surihani
10artiscantikbertudung7 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

8. Maya Karin
10artiscantikbertudung8 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

9. Fasha Sandha
10artiscantikbertudung9 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

10. Dato’ Siti Nurhaliza
10artiscantikbertudung10 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

Semoga satu hari nanti akan terbuka pintu hati mereka untuk terus bertudung, InsyaAllah.

Yang penting niat kena ikhlas, bukan bertudung kerana ikut trend ataupun sekadar

nak dapatkan perhatian media sahaja. Sama-sama kita doakan.

sumber

Saturday, 23 July 2011

Dian dapat Bayi Lelaki

pix_gal0
Shailendra 'sinari hidup kami'

KEBAHAGIAAN yang dinikmatinya saat ini sulit untuk diungkapkan dengan perkataan. Kurniaan daripada Tuhan menjadi lambang kebanggaan selepas merentas pertarungan yang cukup menguji dan mendebarkan. Itulah nikmat yang sedang menyelubungi laluan hidup aktres jelita, Dian Sastrowardoyo selepas bergelar ibu kepada bayi lelaki, Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo.
Dian selamat melahirkan bayi seberat 3.03 kilogram itu secara normal pada jam 3.34 petang di Hospital YPK, Menteng, Jakarta Pusat, Ahad lalu. Kelahiran bayi lelaki itu disifatkan pemilik nama lengkap, Dian Paramitha Sastrowardoyo sebagai rahmat dan amanat Allah yang perlu dijaga rapi.

Shailendra juga kata Dian, menjadi pelengkap kepada kebahagiaan yang dibinanya bersama ahli perniagaan, Maulana Indraguna Sutowo sejak 18 Mei 2010.

“Kami sangat bersyukur atas anugerah yang diberikan Allah SWT dan sangat berbahagia atas kelahiran putera pertama ini. Alhamdulillah sepanjang kehamilan, mahu pun ketika proses bersalin semuanya lancar dan tidak diduga kompilaksi yang menyulitkan. Kehadiran anak ini adalah rahmat sekali gus amanat yang harus sentiasa dijaga. Malah saya dan suami sendiri sudah berazam untuk mengutamakan keluarga serta berusaha menjadi orang tua terbaik buat anak kami,” kata Dian dalam kenyataan kepada media Indonesia.

Pelakon 3 Cinta 3 Doa ini juga menolak sesi bertemu media sepanjang tempoh berpantang, malah menyifatkan peralihan hidupnya itu sesuatu yang peribadi tanpa perlu dikongsi dengan orang luar.

“Kelahiran bayi ini bukan untuk meraih publisiti. Cukup jika kebahagiaan ini saya kongsi dengan keluarga, apatah lagi saya sendiri masih memerlukan rehat selepas menempuh proses yang melelahkan,” katanya.
Namun, demi memenuhi permintaan media, Dian menerusi pengurusnya, Wisnu tidak keberatan menyerahkan foto bersama anaknya yang dikirim menerusi e-mel.

Bercerita mengenai detik kelahiran, Dian bertuah kerana suaminya sentiasa berada di sisi sejak dimasukkan ke hospital, petang Jumaat lalu.

Jangkaan awal Dian dijadualkan bersalin pada Sabtu, namun hanya pada Ahad pelakon Pasir Berbisik itu mula merasai kesakitan untuk melahirkan anak.

“Melihat perkembangan kesihatan Dian, doktor menjangkakan dia akan keluar hospital petang Jumaat ini (semalam). Namun itu tergantung kepada proses pemulihannya,” kata Wisnu.

Dian sejak awal lagi menolak untuk mendedahkan tarikh bersalin kerana enggan proses kelahiran anaknya itu mendapat liputan meluas media. Beliau dan keluarganya dikatakan membuat perjanjian dengan pihak hospital supaya tidak mendedahkan maklumat mengenai kelahiran anaknya.

“Dian berbuat begitu kerana tidak mahu berdepan gangguan ketika sedang berjuang untuk melahirkan anaknya. Dia tidak selesa jika media terlalu memberi tumpuan sedangkan Dian memerlukan waktu untuk dirinya sendiri,” kata sumber terdekat aktres itu.

Untuk memastikan hanya keluarga terdekat saja dibenarkan memasuki wad yang didiaminya, Dian memilih kemudahan rawatan VIP kerana ingin lari daripada gangguan ramai. Dian dilaporkan menempah kamar eksklusif dan empat bilik lain untuk pembantu serta ahli keluarga terdekat.

“Dian memohon ruang peribadi ketika menunggu detik bersalin dan memohon supaya tiada maklumat dibocorkan kepada pihak media.

Perjanjian empat halaman itu ditandatangi bersama Dian dan pihak hospital,” kata sumber itu lagi.

Ditanya mengenai pemberian nama Shailendra, Dian dan Indra berkata, mereka memilih nama itu kerana mempunyai makna tersendiri.

Shailendra diambil daripada bahasa Sanskrit atau Jawa kuno bermaksud pemimpin.

“Saya tidak tahu satu persatu erti namanya, tapi yang jelas Shailendra itu bermaksud pemimpin," kata Wisnu memaklumkan, Dian dan suaminya mengharapkan anak pertama itu akan membesar menjadi seorang pemimpin kelak.

Pasangan itu membuat persiapan kelahiran anak sulung mereka sejak sebulan lalu. Dian memilih dekorasi berwarna biru untuk kamar anaknya di kediaman orang tua Indra di Menteng, Jakarta Pusat.

Mereka sangat teruja menyambut kelahiran Shailendra, bahkan kamar anak kecil itu sudah siap untuk dihuni sebelum dia dilahirkan, tambah Wisnu. Kehadiran Shailendra menambah kebahagiaan pasangan itu serta kedua keluarga besar Dian dan Indra, yang sudah lama menanti kehadiran seorang cucu.

“Kelahiran Shailendra sememangnya kerana dia ialah cucu pertama dalam keluarga Indra dan Dian,” katanya.

Menyentuh status barunya itu, Dian menjelaskan, berkata, dia tidak terbeban dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Dia juga tidak sesekali khuatir jika bakal kehilangan tawaran pekerjaan hanya kerana sibuk menguruskan anak dan keluarga.

“Insya-Allah kelahiran ini tidak akan mempengaruhi karier saya, malah tidak pernah sesekali menjadi beban. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar, sesuai dengan apa yang saya harapkan,” katanya yang memilih untuk mengurangkan aktiviti seninya dengan tumpuan pada penggambaran iklan komersial.

INFO

Nama Lengkap : Dian Paramitha Sastrowardoyo
Nama Panggilan : Dian Sastrowardoyo
Tempat dan Tarikh Lahir: Jakarta, 16 Mac 1982
Pendidikan Terakhir : Fakulti Falsafah, Universitas IndonesiaAgama : Islam
Hobi: Membaca,menonton, menyanyi dan memetik gitar-
Sinetron/Drama Televisyen: Dunia Tanpa Koma dan Bukan Kesempatan Yang Terlewatkan
Filem: Bintang Jatuh (2000), Pasir Berbisik (2001), Ada Apa Dengan Cinta? (2002), Banyu Biru (2005), Ungu Violet (2005), Belahan Jiwa (2005), 3 Doa 3 Cinta (2008) dan Drupadi (2009)
Iklan: Lux, Panasonic, Vitacimin, Sunsilk dan Sanex
Penghargaan: Wanita Berinspirasi (2005), Aktres Terbaik, Festival Film Asia Pasifik (2005), Pelakon Wanita Terbaik, Festival Film Indonesia (2004), Aktres Terbaik Festival Film Asia Perancis (2002),Aktres Terbaik Festival Film Internasional Singapura (2002), Aktres Terbaik, Festival Film Bandung (2002) dan Juara Gadis Sampul (1996)

sumber BH

Friday, 22 July 2011

Wow! Persalinan Kahwin Memey RM7.2 Juta

3213327347 a86b33a4cb o 300x205 Wow! Persalinan Kahwin Memey RM7.2 Juta

KUALA LUMPUR — Berita dua pelakon pasangan sejoli, Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang bakal bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor bukan lagi kejutan.

Apa yang mengejutkan ialah Memey akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut, yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta, pada majlis persandingan di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.

Memey yang baru berusia 23 tahun dikatakan akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.

Selain itu, Memey akan berhias dengan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara serta dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo bertatah berlian yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.

Sebelum ini, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dikatakan pernah mengenakan gaun bertatah mutiara bernilai RM400,000 pada hari persandingannya.

Menurut blog hiburan, beautifulnara.com, pihaknya tidak sabar untuk menunggu tarikh 24 September ini untuk menyaksikan kilauan daripada baju pengantin Memey.

“Gila hebak. Ini barulah wedding of the year. Baju persalinan perkahwinan Memey Suhaiza akan bernilai RM7.2 juta pada hari bahagiannya. Meleleh la air liur melihat kilauan emas pertama baju Memey nanti,” katanya.

Norman adalah bekas suami pelakon popular yang juga bekas penyanyi, Abby Abadi dan bapa kepada Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim


P/S : wahhh hebat sangat ke memey tu? berlakon tak kemana pun... harap kontroversi je lebih....apasaja....


Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers