Showing posts with label Kisah Dunia. Show all posts
Showing posts with label Kisah Dunia. Show all posts

Monday, 24 September 2012

Rahsia Tandatangan AISHAH: Duit Dari Alam Bunian?


Macam menarik jer cerita nih.. jom kongsi bersama, pernah jugk dengar kawan bertanya ada tak duit dalam simpanan dompet saya yang ditandatangani oleh AISHAH, kalau ada katanya boleh ditukar lepas itu akan dapat lagi wang lebihan hasil dari pertukaran itu.. ? Menarikkan tapi kenapa ada apa punca dan sebabnya,? tak tahu pulak. Bila terjumpa artikel ni kat MR barulah tahu, tapi adakah benar apa yang diperkatakan ini.. emm jom sama2 baca... ;)

Anda tentu pernah melihat tandatangan AISHAH pada matawang ringgit Malaysia. Sejauh manakah anda mengenali AISHAH ini sebagai gabenor Bank Negara Malaysia?
Semakan melalui Bank Negara Malaysia juga mengesahkan tiada gabenor Bank Negara bernama Aishah! Bank Negara juga mengesahkan satu-satunya gabenor wanita ialah Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan gabenor Bank Negara Malaysia ke tujuh dan masih berkhidmat sehingga kini.

Apakah duit dengan tandatangan AISHAH ini merupakan duit dari alam bunian sepertimana yang heboh diperkatakan suatu masa dahulu. Kononnya ketika dunia mengalami kemerosotan ekonomi malah Malaysia juga diserang oleh George Soros menyebabkan ekonomi kita lumpuh, sahabat-sahabat dari alam bunian telah membantu rakyat Malaysia dengan mengeluarkan sejumlah besar wang dari alam mereka untuk digunakan oleh rakyat Malaysia.

Mungkin kedengaran mustahil namun percayalah tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini sekarang. Sejauh mana kebenaran cerita ini tidaklah dapat dipastikan. Namun sekiranya anda mempunyai pendapat mengenai kisah ini eloklah kita kumpulkan bersama untuk tatapan generasi masa kini. Berikut disertakan senarai nama gabenor Bank Negara Malaysia :

  • Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 – Julai 1962)
  • Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 – Julai 1980)
  • Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 – Jun 1985)
  • Tan Sri Dato’ Jaffar bin Hussein (Jun 1985 – Mei 1994)
  • Tan Sri Dato’ Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 – Ogos 1998)
  • Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 – April 2000)
  • Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 – Kini)

Apa yang pasti, sebenarnya tandatangan AISHAH yang diperkatakan milik bunian ini sebenarnya adalah milik Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, gabenor Bank Negara Malaysia keenam.

Sunday, 25 September 2011

Dilahirkan Dalam Penerbangan Bayi Tiada Warganegara


Kevin Raymar Francis Domingo dilahirkan lapan hari lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan doktor.

Aida Alamillo hanya tinggal lapan hari sahaja daripada tarikh yang dijangkakan ia akan bersalin ketika menaiki penerbangan Filipina Airlines dari Kuala Lumpur ke San Francisco pada hari Isnin lalu, kerana sepanjang tempoh kehamilan yang lancar telah menyebabkan doktor memberi kebenaran untuk dia menaiki penerbangan ini.

Ketika dia mula mengalami rasa sakit, anak lelakinya yang berusia 13 tahun memaklumkan kepada atendan penerbangan yang kemudiannya merayu kepada mana-mana kakitangan perubatan, jika ada di dalam pesawat itu untuk membantu, mengikut laporan NBC Bay area.

Ketika berada pada ketinggian beberapa ribu kaki di langit, wanita berusia 41 tahun ini berjaya melahirkan anaknya dengan dibantu oleh tiga jururawat yang berada di atas kapal, serta ahli-ahli krew kabin.

Dipercayai pesawat itu mungkin sedang terbang memasuki perairan antarabangsa ketika bayi ini dilahirkan, lalu mencetuskan perdebatan tentang kewarganegaraanya.

Keluarga yang sedang berpindah ke AS ketika itu, berharap agar kanak-kanak itu dilahirkan di Amerika Syarikat dan secara automatik akan menerima kewarganegaraan.

Walau bagaimanapun, proses kelahiran yang luar biasa ini bermakna tidak ada sesiapa pun yang pasti negara manakah yang boleh dijadikan sebagai ‘tempat kelahiran’ anak ini.


‘Jika seseorang kanak-kanak itu dilahirkan di atas lautan terbuka, secara amnya ia mempunyai taraf warganegara yang sama dengan kewarganegaraan ibu bapanya,’ menurut Jennifer Vaughn dari Pusat Pengajian Imigresen kepada Fox.

Alamillo menamakan anaknya sebagai Kevin Raymar Francis Domingo, dengan ‘Francis’ sempena memperingat bahawa keluarga ini sedang di dalam perjalanan ke San Francisco ketika dia dilahirkan.


Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers