Showing posts with label barang baby. Show all posts
Showing posts with label barang baby. Show all posts

Tuesday, 6 November 2012

Walker tuk Rayyan

heheh dalam dok main tarik tali beli jugak... makomlah yang lama memang dah uzur sangat dengan rodanya yang dah patah.. so memandangkan badan rayyan dah keras dan dah boleh duduk dalam walker... mama beli jugak tuk anak katan mama nih... tak beli pun memang nak guna... tak kisahlah lepas ni nak pakai lagi atau letgo kan hehehe
ha comey tak... abah nak yang biru mama nak purple... main osom menang mamalah....beli yg murah2 ja...Rayyan dah boleh duk dalam ni.. tapi kejap ja lah mungkin dia belom selesa..





posted from Bloggeroid

Wednesday, 29 February 2012

Chek List Keperluan Baby


Dibawah ini adalah barang dan perkara yang perlu di ambil berat sebelum, ketika dan selepas bersalin. Sesuai untuk pengetahuan ibu yang baru anak pertama. 
Ibu anak kedua ketiga pun boleh baca.. kot kot dah lupa leh imbas kembali 


Barang-barang yang diperlukan oleh baby:
  • Baju (butang depan..senang nak pakaikan pada baby)- 10 - 15 pasang dah memadai untuk pakai kat umah…baju nipis untuk waktu tengahari juga penting terutama kalau tempat yang panas.
  • Lampin-10 helai dah cukup sebab baby sekarang pakai pampers pakai buang.
  • Pampers-beli yang saiz new born saiz S sebab sesuai utk baby baru lahir..
  • Pelapik getah utk tukar lampin.beli pelapik yang ringan..senang nak angkat..
  • Kelambu baby untuk elak dari nyamuk dan atuk nyamuk dari gigit..
  • Tilam baby-kena ada sekurangnya 2-1 yang tebal dan bagus kalau dibuat dari kekabu.baby selesa..1 yang ringan..senang nak bawa g mana2..Bantal baby jangan tinggi sangat
  • Wet tissue-penting untuk lap najis baby waktu malam..sebab malas nak bangun basuh..
  • Tisu kena banyak…
  • Barut Baby –elak kembung perut…ada kat kedai
  • Stoking tangan n kaki baby-penting sebab kuku baby panjang nanti cakar muka dia.kaki pun sama..tapi kaki tak lah sampai cakar muka..hehe
  • Sapu tangan baby untuk lap susu lepas baby menyusu
  • Kain selimut baby-waktu malam
  • Jemuran bulat-senang sidai pakaian yang dibasuh
  • Tong sampah-buang pampers+wet tissue dsb..
  • Botol susu kecik..
  • Pencuci botol susu jangan guna sabun basuh pinggan..ada sabun khas..kat supermarket ada.
  • Sabun wangi badan yang buku untuk basuh pakaian baby.sabun basuh keras untuk baby…guna sabun mandi until baby 6 bulan, bila basuh kain lampin baby jangan guna berus atau apa pun hanya guna sabun mandi dan rendam2 sahaja.
  • Cotton bud baby
  • Ball Cotton untuk cuci pusat baby dsb
  • Minyak bayi utk sapu pada perut baby Minyat TYT / Yu Yee / Telon
  • Mandian, losen., syampu,bedak..
  • Apa-apa yang difikirkan perlu



Perkara yang perlu dibawa masa ke hospital utk lahirkan anak:
  • Kad mengandung, IC, GL
  • Baju baby sekurangnya 2 pasang, stoking tangan n kaki baby, selimut
  • Lampin sekurangnya 2 helai
  • Kain tuala 2 helai
  • Wet tissue sebab kena sapu najis baby…
  • Tisu kotak
  • Air selusuh or mineral water
  • Pad ibu kena banyak..
  • Baju mak, kain sarung sekurangnya 2 helai
  • Selipar Jepun’
  • Sapu tangan baby
  • Gelas atau cawan nak minum air
  • Plastik sampah..kot-kot nak letak baju kotor..
  • Stokin mak
  • Pampers- 5 keping
  • Kurma utk bagi tenaga sebelum berjuang..air minuman berperisa koko atau coklat
  • Apa apa makanan biskut kering atau roti.. lepas bersalin mesti lapar giler
  • Bantal baby atau kain sarung yang dilipat utk alas kepala baby.
p/s ada lagi ker yang tertinggal?

Tuesday, 21 February 2012

Sarung Tilam Dan Bantal Baby

Alamak penantnya, semalam kerana merai tetamu... (tiada kena mengena dengan tajuk)

Berbalik pada tajuk , Ha ha , mesti korang ketawa kan, coz Zie masih lagi buatkan sarung tilam dan bantal baby.. yer lah mana tak nya sekarangkan zaman moden mana lah ada lagi orang gunakan tilam kabu cenggini tuk baby... 
Orang sekarang siap beli ja kat kedai baby dah bermacam2 rekabentuk dah.. kalau beli katil baby tu siap ngan tilam semualah kan. tapi zie masih tak menggunakan katil baby, cuma tilam kabu ini semata...
Mak zie yang buatkan set tidur baby ni.. dari Dina dulu sampai la ni...nak masuk 3 anak
.. so Zie cuma buat sarungnya ( ketiga2 sarung tilam zie buat sendiri)
tak susah pun.. gunting sana sini, lipan situ sini, jahit hujung situ dan sini dah siap...

Kali ni tema Angry Bird plak..
hehehe apapun sesimple yang ada ja..

Bantal kali ni berlebih2 lah pulak,, sampai 4 hehehe..






Tak survey sangat pun kain kat kedai.. main ambik apa yang ada..kaler biru atau hijau tak ada lah pulak.  tak mahal pun kurang 10 ringgit semeter. bukan nak guna lama pun kan, sekejap ja,  masa baby, lepas tu,simpan stor lah
Syukur jugak Dina dan Dania dulu tak buat bantal buchuk, 
kalau tak, diusungnya bantal tu sampai besar kan?






Kita dah siap2 kemas lepas jahit, ada plak makhluk Allah berdua ni. elok ja dok berebut.. emmm  Dania kalau dapat kat dia semua dia nak ka kawal...

Apapun satu masalah dah selesai...
Bila dah siap legalah satu beban

Tapi yang syoknya tengah best dok menjahit tak perasan yg Dania ambil kerusi kecil tu letak kat ats sofa dan dia duduk atas kerusi tu... pastu dia dok seronoklah duduk kat atas tu.. 
tiba2 kerusi tu tersenget dan Dania .................


jatuh tersembam kelantai depan mata mama, aduh panik jugak... 
takut bengkak/ calar/ luka pulak...
cepat2 mama terkam Dania sambil gosok muka dan perhati kat mana yg luka...
belek punya belek rupanya kat bawah dagu tu calar sket... mungkin tergeser ngan tikar.... 
emm nanges kejap, pastu buat bagi dia ketawa... ok dah... Ingakan boleh patah gigi  Dania tu...
Bikin mama cemas jer...
bak kata eb budak Notti2 ni...



Pastu mama amik gambar Dania dan tunjuk luka tu kat dia... dia ketawa dan kata Arah, jatuh kerusi


P/s : emmm bilalah pulak nak cari baju baby ni.. emmm mood nak gi shopping belum datang..malas... menguasai diri.

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers