Rajin pulak share resepi yer di bulan puasa ni... kawan -kawan suka tak makan Laksa? emmm sedapnya bila sebut laksa terliur dah ni... jom tengok resipi Zie camna nak buat Laksa Kedah paling best... chewahhh...
Sebenarnya Kelmarin ada Jamuan berbuka kat ofis, pastu ada permintaan khas untuk Zie masakan laksa.. dalam hati memang nak buat lama dah bila di pik balik nak masak tu lambat nak makan tu sikit jer.. so takut tak habis... dah ada permintaan tu yang boleh buat tu..
so beginilah rupanya laksa ku...
Bahan-bahan
- Laksa direbus hingga lembut
- 10- 15 Ekor Ikan kembung/ ikan sardin
- Dibersihkan dan direbus beberapa minit..
- 15 Tangkai Cili Kering
- 3 Ulas bawang besar
- Sedikit Belacan sebesar ibu jari
- Bahan diatas ini diblender hingga hancur
- Daun Kesum
- Bunga kantan
- 10 keping Asam keping
- untuk dimasukan kedalam kuah laksa
- Daun-daun untuk Hiasan atas Laksa
- Daun Salom/Daun Salad/Daun Gajus
- Timun
- Bawang besar
- Cili Padi atau orang kedah kata Cabai melaka...
Cabai yang diblender bersama bahan-bahan tadi dimasukan kedalam periuk dan didihkan dahulu cili mesin itu
Inilah ikan Kembung.. direbus dan Diasingkan isi dan Tulang..
Isi dimesin
Kemudian masukan isi ikan kembung yang telah di blender halus kedalam periuk tadi
Kemudian blender tulang-tulang ikan pulak, ha tulnag ni hendaklah ditapis yer... ambil air tapisan sahaja dan masukan kedalam periuk tadi.. jika terlalu pekat tambah air....
Apabila kuah agak panas masukkan daun-daun diatas bersama asam keping kedalam kuah tadi... biarkan mendidih..
Bila kuah sudah mendidih masukan garam bersama perasa ..
Pastikan cukup masin/masam... biar lebih masin sedikit kerana bila ditambah laksa masin akan berkurang..
Laksa yang telah siap direbus
Ni daun-daun yang di perlukan untuk di tabur atas laksa ...
Nak lebih sedap tambahlah kicap manis ni...
setengah orang tak suka makan dengan kicap
Ha nilah Laksa Akuzie.. cuba sekali nak lagii
P/S semalam ramai yang tak sempat makan. coz Aku buat dua bungkus jer... nak makan 40 orang mana nak cukup... emmm kesian nanti Zie buat lain yer... buat jamuan raya kat rumah... jangan lupa mai tau..







3 comments:
alamak zie...feveret kak fieda ni...slurrppp...
rasa mcm nk gi umah zie nak mkn laksa ni..hehe
@fieda Tulah sebut laksa ni memang kegemaran ramai... mailah rumah... kalau senang zie buat laksa speacial tuk kak....
Alamak ada permintaan suh buat lagi aduh penatlah makcik...
Post a Comment