Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Friday, 29 November 2013

Kebaikan Air Ais atau Air Sejuk

YANG WAJIB DIAMBIL KISAH

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. 

Teruskan membaca untuk lebih memahami. Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya. ~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais “Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarnya ada kebaikan didalam keburukan. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. 

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. 

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. 

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. 

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.


Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. 

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. 

Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

p/s : Tepuk dada tanya selera... me dua dua boleh.. hehehe
Dalam baik ada buruknya dalam buruk ada baiknya...
pernah anak demam batuk me bagi juga air ais dekat anak alhamdulillah batuk dia hilang.

Friday, 22 November 2013

Cara Nak Publish Entri Blog guna Smartphone Macam dalam PC

Dah lama nak buat entri ni... tapi tertangguh... sekarang baru berkesempatan...anda masih tercari2 cara nak publish entri menggunakan smartphone? Tak tahu cara... dah tahu guna bloggerdroid tapi susah naknupload gambar... so anda boleh terus membaca coretan ni... saya kini berblog dan publish entri menggunakan smart phone sahaja... dahulu saya menggunakan app Bloggerdroid., tapi saya menghadapi masalah nak publish kan entri.. mungkin sebab saya ni suka upload banyak keping gambar menyebabkan entri saya sukar di upload. So selepas saya beli smartphone baru ni.. Samsung S4 saya terus menggunakan app goggle croome. Disini saya boleh masuk blog saya, update blog sama macam dalam PC atau lappy sangat mudah dan senang nak upload sebanyak mana gambar yg kita suka...
Kat bawah ni saya sertakan gambar step by step berblog menggunakan smartphone yang app dia sama dalam PC kita...
Cuba perhatikan gambar2 yang saya snap.. sama kan?. So kita tak payah lagi susah2 nak bukak PC. Segalanya kini dihujung jari...lupakan blogger droid yg kadang2 susah nak publish... huhu...

Psst : tak pasti henphone lain boleh ke tak... sebelum ni guna henphone samsung galaksy w tak boleh taip entry macam ni... begitu juga dengan Galaxy Tab 7.7 boleh taip entry tapi susah nak resize gambar.. tapi sejak guna S4 ni... dari mula beli dulu memang dah boleh guna app ni...sama sebiji macam dalam PC kita... hehehe saya suka saya suka...
Berblog menggunaan hp sama macam dalam PC

Selepas install goggle croome bolehlah sign in  blog macam biasa. 
Boleh touch kat new post boleh terus taip entri dan upload gambar.. dan boleh klik pada saiz juga.. kecil atau besar 
Lepas upload gambar taip entri... letak label tajuk nak set publish pun boleh.

Lepash dah post publish dah boleh view secara view dlm henphone atau view macam dalam web.
Sungguh mudah kan? Apa tunggu lagi... jom jom..try..
Psst : entri ni pun saya taip dan guna dalam HP... senang kan..m

Thursday, 21 March 2013

Khasiat Roselle




Roselle 

Pic ni mama ambil kat kampung kat sini, masa ni pergi kedai gunting rambut Rayyan tetiba jumpa pokok ni terus snap... 


ROSELLE atau nama saintifiknya Hibiscus Sabdariffa L. yg dikatakan berasal dari Sudan, Afrika ini merupakan tumbuhan dlm keluarga bunga raya tetapi masih ramai yg belum benar2 mengetahui khasiatnya. Kebanyakan semua bahagian Bunga Roselle boleh digunakan antaranya bunga, daun, kelopak buah, biji dan akar 



Menurut satu artikel yg pernah saya baca ia mengatakan bahawa Jus Roselle mengandungi Vitamin C sebanyak 9x ganda jk dibandingkan Oren, 3x ganda berbanding Anggur dan 2.5x ganda berbanding Blackcurrant.

Antara Kegunaan Bunga Roselle adalah seperti berikut :- 

1. Batuk 
2. Merawat demam 
3. Darah tinggi 
~ Kelopak buahnya dibuat ulam. 
4. Merawat ketagihan arak(alcohol) 
5. Hepatitis. 
6. Menurunkan kandungan kolestrol dan lemak dalam darah 
7. Membantu melancarkan pengaliran darah 
8. Melawaskan pembuangan air besar 
~Kelopak buah diblend dibuat jus dan diminum 
9. Mengurangkan penyakit ulser perut 
~Amalan meminum rebusan daunnya dapat mengurangkan penyakit ini 
~ akar tunjang rozel direbus menjadi segelas air ditambah air perahan kunyit,diminum bagi ulser yang kronik 
10. Melancarkan pembuangan air kecil dan mengubati kencing kotor 
~Bunga rozel direbus dengan air dan diminum air rebusan tersebut. 
11. Menyejukkan badan dan meningkatkan pengeluaran peluh. 
~Biji rozel dibuat jus dan diminum. 
12. Merawat cirit birit dan berak berdarah. 
13. Membantu meningkatkan kesihatan mata dan mencegah rabun malam 
~Daun dibuat ulam 
14. Menghilangkan parut dan mengubati luka 
15. Kelopak buahnya dibuat jus, kordial dan bahan campuran dalam pembuatan biskut dan kek. 
16. Daunnya boleh dijadikan campuran ddalam masakan seperti tom yam dan sup.

Kegunaan Rossele dalam Dunia Perubatan

Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Roselle kaya dengan anti oksidan).

Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.Ia juga membantu meningkatkan daya tahan tubuh, mengatasi hipertensi, anti infeksi bakteria, membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C, mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh.

Kegunaan Tradisional Rossele

Roselle digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk dan demam dalam masyarakat. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.


p/s :Zie pun pernah rasa air Roselle ni kat Taska Dania emm memang sedaplah... rasa masam2... best.. ingat nak tanam jugak.. dalam pasu pun jadilah.. tapi mahu ke hidup...





Saturday, 14 July 2012

Khasiat Limau Kasturi

Limau nipis/ kasturi lebat pulak buahnya kali ni, dah tinggi pun pokok ni, tak sangka nak subur macam ni, walaupun depan laman tu sikit sahaja tanahnya. Mungkin en Suami rajin letak baja kot.. heheh
So sekarang ni dia rajinlah buat air limau nipis ni letak ais pulak, emm sedapkan minum di waktu dahaga, kalau gi makan2 kat kedai selalu jugak oder air ni, buat potong lelemak yang kita makan tadi.
Nama saintifik bagi limau kasturi ni ialah Citrus Microcarpa. Limau kasturi bukan je nak kasi sedap minuman or masakan kita, tapi sebenarnya banyak lagi kelebihan manfaat yang kita boleh dapat dari buah limau kasturi ni. 

Mengurangkan Lelah/Asthma
  • Campurkan 5 titik limau kasturi dalam satu sudu madu asli. Then minumlah bila2 masa je. Kalau minum seminggu sekali pun dah memadai...
Mengurangkan Pening
  • Potong limau kasturi dibahagian atasnya. Picit limau sampai airnya keluar dan halakan ke hidung semasa ianya terpancut.
Mengurangkan Bau Badan
  • Makan kulit limau kasturi secara mentah
Sembuhkan Sakit Tekak
  • Mengurangkan lendir dan kahak. Campurkan limau kasturi dengan madu. Gula pun boleh. Then minum. 
Hilangkan kesan Minyak
  • Perah limau kasturi dalam piring dan campurkan sedikit garam. kemudian gosok pada pakaian terkena minyak. Biarkan selama 10 minit kemudian barulah basuh macam biasa.







Hah, memandangkan Zie haritu dalam pantang, buah pun banyak cik abang kita pun buatlah air ni, sejuk jer mengalir ketengkok, terliur ja zie tengok, hu hu.. siap beli gelas ala2 kat kedai tu, 

p/s : Harini kami sekeluarga balik kampung, mak dan ayah buat kenduri nak sambut puasa..

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (69) Gelagat Dina (53) Gelagat Dania (48) makan-makan (40) Aktiviti Pejabat (35) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (30) Birthday (28) Dina Taska Sekolah (26) Jalan jalan (25) Kisah Puasa Raya (25) Hadiah (22) Aku dan kawan-kawan (21) Tazkirah (21) Kisah Dania (20) My Pregnancy (19) Kisah Keluarga (18) kursus (18) Kek (17) Menang Contest (17) Kisah anak-anak (16) Kisah Dina (13) Ucapan (13) Cuti-cuti (11) Dania Taska Sekolah (11) Minatku.. (11) Segmen (11) Hiburan (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Rumahku Syurgaku (10) Taman Lagenda (10) perkembangan Rayyan (10) Majlis (9) Pengantin Popular (9) Shopping (9) Baju Raya (8) Info (8) Rumah Baru (8) Sarawak (8) top (8) Gambar Raya (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Family Day (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) Aniversary (3) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Cameron Highland (3) Demam (3) Hotel (3) Iklan (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Ucapan... (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kenduri (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Penang (2) Pendidikan Kanak2 (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Aiskrim (1) Akaun Simpanan (1) Anak Abah (1) Astro (1) Autoshow (1) Baby Baru (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) Crepe (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Gelagat Rayyan (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Melaka (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pelamin (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sukan (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers