Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembatalan skim Saraan Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan semula ke skim SSM dengan diberi penambahbaikkan.
Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
Selain itu beliau juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.
p/S : Alhamdulillah, Apapun tindakan PM kami terima dengan hati terbuka..
Mudahan diberkati dengan kenaikan ini... Terima kasih PM.







2 comments:
berita baik nih utk penjawat awam lah nih yer..
Alhamdulillah...syukur sangat-sangat..syukur apa yang ada kan..
Post a Comment