Lama tak mengadap, menulis dan mengupload gambar2 yang indah dari
bicara.. wah wah sakan kan... me tak bnyak cerita, walaupun banyak biarlah
membisu. biarlah gambar yang bebicara menunjukkan betapa cerinya hidupku, dan
indahnya ceritaku...
Dan nak cerita juga serba sedikit tentang
hidupku yang makin ceria... hehehe dan bakal sibuk untuk tahun hadapan.. bulan
lepas majikan me keluarkan tawaran sambung belajaq ke peringkat Diploma Executif
Pentadbiran Perakaunan PJJ di Pusat Pendidikan Berterusan ataupun UMCced
dengan yuran pengajian ditaja oleh Majikan... sebelum ni tak pernah ada, ni
baru pertama kalinya... peluang ni bukan datang selalu... so me pun apa lagi
gatai tangan pi isi dan hantar.. tetiba isnin lepas me dapat panggilan pi
Taklimat tu kat KL macam nak dapat je... me pun bersama 3 lagi rakan pakat pi
lah KL dengar taklimat ni.. adoi dengar je taklimat macam best macam seronok...
bukan apa 2 tahun je.. dan pengajian diadakan 2 kali sebulan.. selang
seminggu.. alamatnya kena turun KL lah pas ni... kami pun dok bincang-bincang camna
nak buat nak share naik kereta ka, nak naik bas ka, pastu nak sewa hotel lagi..
adoi sakit jugak tu... apapun kena tunggu surat Tawaran dari UM dulu kalau
betul komfirm .. maka akan perlulah memikirkan langkah seterusnya.. moga Allah
beri peluang dan beri laluan agar kami dapat menempuhinya...
Maklumlah bukan senang nak meredah jalan yang panjang melalui
lebuhraya utara selatan ni... dan merasa hidup dikota walaupun hanya dua hari
di hujung minggu..
Mau pengsan mak... Ahad petang balik Isnin terus masuk kerja.. anak2
pulak In Sya Allah en suami yang akan ambil alih.. dan moga Allah beri
kelapangan.. dan kemudahan pada kami...
Alhamdulillah semoga Impian yang tertangguh dahulu terlaksana
kini... dulu dah dapat masa nak bersalinkan Rayyan.. oleh kerana dalam pantang
so tak berani nak bagi kotmitmen dan Rayyan pun masih kecil... sekarang ni In
Sya Allah moga lebih mudah jalannya sebab anak2 dah besar..
Jom Masuk U.. untuk yang dah bekerja disinilah pelung anda.. untuk insan2 yang tidak berkesempatan masuk U dulu kini anda boleh... samalah macam saya, dulu2 suh belajar tak mau belajar hehehe la baru nak pulun... apapun moga Allah permudahkan.. amiin..
Peluang datang sekali mungkin inilah masanya... moga hati tak mudah menyerah... :)
P/s : sikit gentar ... kena siap metal nak ulang alik...
Peluang datang sekali mungkin inilah masanya... moga hati tak mudah menyerah... :)
P/s : sikit gentar ... kena siap metal nak ulang alik...








3 comments:
Kakak yakin Zie boleh apa lagi en suami menjadi penyokong kuat sanggup menjaga buah-buah hati yg 3 itu. Mereka pun dah faham cuma hero Rayyan ajelah macam kesian pulak - tak apa lama-lama dia tahu 2 hari ibunya tak ada sebab belajar..
all the best!
Bagus nye Kak....semangat tu penting!
Post a Comment