Monday, 22 December 2014

Cuba-cuba Apply PJJ Kemasukkan Jan 2015 UMCed

Lama tak mengadap, menulis dan mengupload gambar2 yang indah dari bicara.. wah wah sakan kan... me tak bnyak cerita, walaupun banyak biarlah membisu. biarlah gambar yang bebicara menunjukkan betapa cerinya hidupku, dan indahnya ceritaku... 

Dan nak cerita juga serba sedikit tentang hidupku yang makin ceria... hehehe dan bakal sibuk untuk tahun hadapan.. bulan lepas majikan me keluarkan tawaran sambung belajaq ke peringkat Diploma Executif  Pentadbiran Perakaunan  PJJ di Pusat Pendidikan Berterusan ataupun UMCced dengan yuran pengajian ditaja oleh Majikan... sebelum ni tak pernah ada, ni baru pertama kalinya... peluang ni bukan datang selalu... so me pun apa lagi gatai tangan pi isi dan hantar.. tetiba isnin lepas me dapat panggilan pi Taklimat tu kat KL macam nak dapat je... me pun bersama 3 lagi rakan pakat pi lah KL dengar taklimat ni.. adoi dengar je taklimat macam best macam seronok... bukan apa 2 tahun je.. dan pengajian diadakan 2 kali sebulan.. selang seminggu.. alamatnya kena turun KL lah pas ni... kami pun dok bincang-bincang camna nak buat nak share naik kereta ka, nak naik bas ka, pastu nak sewa hotel lagi.. adoi sakit jugak tu... apapun kena tunggu surat Tawaran dari UM dulu kalau betul komfirm .. maka akan perlulah memikirkan langkah seterusnya.. moga Allah beri peluang dan beri laluan agar kami dapat menempuhinya...

Maklumlah bukan senang nak meredah jalan yang panjang melalui lebuhraya utara selatan ni... dan merasa hidup dikota walaupun hanya dua hari di hujung minggu..
Mau pengsan mak... Ahad petang balik Isnin terus masuk kerja.. anak2 pulak In Sya Allah en suami yang akan ambil alih.. dan moga Allah beri kelapangan.. dan kemudahan pada kami...

Alhamdulillah semoga Impian yang tertangguh dahulu terlaksana kini... dulu dah dapat masa nak bersalinkan Rayyan.. oleh kerana dalam pantang so tak berani nak bagi kotmitmen dan Rayyan pun masih kecil... sekarang ni In Sya Allah moga lebih mudah jalannya sebab anak2 dah besar..

Jom Masuk U.. untuk yang dah bekerja disinilah pelung anda.. untuk insan2 yang tidak berkesempatan masuk U dulu kini anda boleh... samalah macam saya, dulu2 suh belajar tak mau belajar hehehe la baru nak pulun... apapun moga Allah permudahkan.. amiin..

Peluang datang sekali mungkin inilah masanya... moga hati tak mudah menyerah... :)

P/s : sikit gentar ... kena siap metal nak ulang alik... 


3 comments:

Kakzakie said...

Kakak yakin Zie boleh apa lagi en suami menjadi penyokong kuat sanggup menjaga buah-buah hati yg 3 itu. Mereka pun dah faham cuma hero Rayyan ajelah macam kesian pulak - tak apa lama-lama dia tahu 2 hari ibunya tak ada sebab belajar..

Fatin Mraz said...

all the best!

mardiana abu darin said...

Bagus nye Kak....semangat tu penting!

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (32) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (25) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Minatku.. (11) Segmen (11) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) PJJ UMCced (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Penang (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Rayyan Taska Sekolah (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Aktiviti Keluarga (1) Astro (1) Autoshow (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Berkelah (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Fesyen (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Guru separuh masa (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers