Perangai Pelik
Kata orang ada beberapa perkara yg berlaku tanpa kita sedar... perubahan itu akan dikenang kembali selepas kita tiada... kerana kenangan itu akan sentiasa bermain difikiran insan tersayang sebagai kenangan terakhir kita sebelum berpisah lama.
Begitu juga perubahan anak kecil ini... kata Ibunya malam sebelum kejadian dia menangis semahu mahunya nak ikut abah dia keluar... sib baik si abah ikut sahaja si anak yg meronta ni... malam tu jugak dia mintak abah dia belikan kek cheese 2 jurai satu dimakan habis dan satu lagi katanya untuk abang dia...
Kebiasaan kalau makan burger dia makan roti sampai habis tetapi satu haritu dia makan dagingnya habis... itu antara kelakuan pelik si Batrisya...
Dan yang paling menyentuh hati ibu dan abahnya entah malam bila dia melukis gambar satu family dia suruh ibu... ibu sibuk menyiapkan makan malam...
si abahlah yang melayan... katanya nak lukis gambar ibu tapi tak reti... gambar dia dia dah buat....si abah pun lukislah... tetiba bila dah siap... dia berkata emmm gambar ibu tak cantik gambar adik lagi cantik...lukisan terakhir anak itu adalah kenangan terindah untuk dikenang.
Suatu hari si abah menghantar Batrisya ke sekolah abah dia pun hulurkan duit seringgit untuk dia ( sek. Pra RM1 pun dah memadai) tetiba sianak berkata emm abah bagi seringgit ja... nanti adik bagi duit kat abah banyakkkk - banyak... bila dah berlalu baru teringat semula kata2 terakhir sianak.
Terkedu si abah bila sebut bab duit selepas pemergian anak... apa maksud anak kecil ni...? Kalau nak harapkan duit insuran apalah sangat jika nak dibandingkan dgn harga nyawa si anak..
Si abah jadi fobia untuk mengira duit...
Tiada Gambar Raya 2013
Dan kenangan untuk zie sendiri tahun ni masa raya haritu kami tak sempat bergambar Beramai2... sebab keluarga depa balik agak lambat... so tak sempat nak merakam gambar dia dan anak2 zie... puas dibelek kamera kot2 terselit gambar dia... sikit pun tak ada....
Raya haji haritu pun tak dak jugak... yg ada gambar siabang dia yg tidur di kg... gambar dia masa datang dan masa bermain dgn anak2 tak ada pulak... emmm
Kuhimpun semua gambar2 dia semasa membesar bersama anak2 ku...
kenangan bersamammu takkan di lupakan..
Sedikit terkilan dan kecewa kerana ini... rasa bersalah menyelubungi...
Tapi semua ini sudah tertulis... apa yg berlaku sudah dirancang sebaik mungkin...
Redho dengan ketentuaan... itulah yg sebaiknya.
Batrisya Kiri
Batrisya Kanan
pssttt : Kata orang dulu dilarang bergambar bertiga sebab inilah akibatnya....
Benarkah? percayakah anda?...... me kurang percaya tapi.... sebab hidup mati kita ditangan Allah.








11 comments:
Allahuakbar
baru aje tadi dgr ceramah ustaz kasim..ttg ibubapa yang kematian anak kecil..
redhalah..anak itu tempatnya syurga.
bertuah sungguh ibubapa yg ada kematian anak kecil kalau mereka redha.
kerana mereka terhalang dr neraka dgn sumpah.
al-fatihah untuk si kecil..
Bertuah parents arwah. Dah ada bidadari syurga menanti mereka di SANA.
Al-fatihah.
Comel arwah ye..
sesungguhnya Syurga tempat dia.. btw, sian abah dia sampai fobia kira duit... tersentuh baca pasal lukisan tu
Walau telah diketahui syurgalah tempatnya tapi airmata kakak tak mampu nak dibendung. Sedihlah Zie..
alfatihah utk sikecil redhalah sesungguhnyer syurgalah tempatnyer.. sedihnyer !
apapun semuanya tu qada dan qadar Tuhan... semoga dia tenang dan aman disana....
Nak menitis air mata tapi tahan sebab tengah menunggu giliran kt klinik
al fatihah untuk arwah
semoga famly awak kuat hadapi pemergian arwah terutama parents arwah
Sedihnya baca..
Moga roh arwah Batrisya tenang di sana, syurga buatmu wahai anak solehah..
Moga keluarganya bertabahlah
x dpt nak bygkan zie.. mmg comel sgt batrisya tu.. tp xpe.. redha je sbb Allah dh tempatkan dia di Syurga...
sedih baca...Al-fatihah untk batrisya...semoga family tabah mnghadapi ujian...
Post a Comment