Friday, 8 November 2013

Alhamdulillah Rezeki Anak-anak

Salam Jumaat, dah November kan harini ... syukur Alhamdulillah...

korang pernah sebut ayat diatas tu kan... rezeki yang bagaimana dimaksudkan? 
Tak kisahlah bagaimana datangnya rezeki itu, tapi bila dapat dikongsikan bersama anak2 pasti lebih kenikmatan, lebih rasa bersyukur, betul tak? Yang pasti rezeki ini datangnya dari Allah, kalau dia tak izinkan maka tak dapatlah kita nikmatinya.
Tak kisahlah anak kita ramai manapun kalau Dia dah bagi rezeki tu memang cukup dan dapat diberi sama rata. Tapi kalau orang tu kaya pun kalau tidak dapat dikongsi bersama anak-anak pasti kekayaan juga tidak dapat dinikmati dengan sempurna.
Tak kisahlah kita jaga anak kita ka atau anak sesiapa sahaja... setiap insan yang bernyawa di Bumi Allah ni ada punca rezeki masing-masing yang penting kesungguhan kita yang nak atau tidak.
Bukan apa, gembira bila pengasuh Rayyan bagitau sebab jaga Rayyan rezeki depa ada... maksudnya depa mendapat lebih dari sekarang... tuk pengetahuan suami kak ida Aka mak Rayyan sakit buah pinggang yang menyebab kan dia tidak dapat bekerja dan yang pastinya dia menerima duit sokso, bila dah dapat jumlahnya yang memang tak logik dan masuk akal, apabila dibuat rayuan permohonan mereka diterima dan bakal mendapat lebih dan sekali dengan tunggakkan.. 
Kegembiraan itu dikongsi bersama keluarganya dan termasuklah si kecilku Rayyan ni... Ucapan kak Ida rezeki Rayyan sambil mencium anakku... sungguh terharu dan gembira atas kurniaanNya.. 
Balik rumah bagitau abah, dia kata dulu Dania sekarang Rayyan pulak...
Dulu Dania tok dan tokwan dapat duit pencen askar, sekali dengan tunggakan juga...
Mama tumpang gembira sebab orang mendoakan anak2 kita punca rezeki mereka... 
Memanglah orang akan kata kalau tak jaga anak2 ni pun depa tetap dapat jugak kan ... tapi walaupun dapat dan kegembiaraan tu tak dapat dikongsi bersama-sama anak ini dan nikmat dapat tu tak sampailah kan. Jadi dengan adanya anak2 kecil ni dapatlah berkongsi kegembiraan bersama..Bukan kongsi duitnya yer.. hehehe kongsi gembira ja lebih dari segalanya.. bila depa gembira kita pun senang...betul tak? 
anak-anak kita pun dijaga dengan penuh kasih sayang. lagi betul betul kan?
Anak-anak punca rezeki yang datang melaluinya dari Allah.

Dan yang terbaru Alhamdulillah kami boleh lagi memiliki sebuah rumah walaupun dengan kehadiran anak yang sorang ni,, dahulu terpikir jugak lepas dapat baby ni mesti rezeki kita cukup2 ja, tapi kuasa Allah siapa tahu Alhamdulillah syukur dengn kurniaan yang ada... saya dengan bizz kecil2an. pun merupakan rezeki.

Muhasabah untuk diri sendiri yang dahulu takut mempuanyai anak yg lebih dari 2 tetapi rupanya Allah beri lebih apa yang saya harapkan.. Alhamdulillah aamiin.

########################################################
Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-­penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di ta­ngan makhluk.
Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.

6 comments:

Mama Idlan Irsyad said...

Alhamdulillah.. baca stori akak ni buat saya pun jadi yakin dengan rezeki yg Allah bagi pada anak2..

eMMe said...

Assalamualaikum Zie, best baca entry sis, stp anak itu ada rezekinya. kan... InshaAllah... takkan kurang... sama rasa, sama dpt... anak itu rezeki yg tak ternilai... :)

Salam Jumaat!
Salam Kenal!

Nursaila Norman said...

ya allah..terkedu saya baca entry ni..selalu saya dgr dan baca 'anak2 pembawa rezeki'..tp bila bc pengalaman akak sendiri,saya rasa lain sgt..

thank u kak,sbb entry ni terbukak hati dan minda saya :)

Knor said...

Alhamdulillah zie..

Haryati Faizal said...

betul tu zie, Allah tu memberikan rezeki ngan pelbagai cara bukan shj ngan wang ringgit... cerita zie pun cam yati jugak.. takut bila anak lebih dari sorang tp sebenarnya ada je rezeki anak yg Allah dah tentukan...

lizz said...

betultu setiap anak ader rezekinyerkan...saya penah terpikir juga macam zie nie tapi alhamdulillah semuanyer ok...

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (32) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (25) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Minatku.. (11) Segmen (11) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) PJJ UMCced (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Penang (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Rayyan Taska Sekolah (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Aktiviti Keluarga (1) Astro (1) Autoshow (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Berkelah (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Fesyen (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Guru separuh masa (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers