**Driver van yg terlibat adalah van yg dinaiki Batrisya pergi dan pulang sekolah.. dia juga didakwa penduduk setempat selalu membawa van secara merbahaya... ** kejadian berlaku semasa pulang dari sekolah dimana Batrisya dan kawan dia hendak turun dari van.. bila dah trun tali beg mungkin tersangkut di pintu mengakibatkan dia berlari terikut van yg laju dan mengakibatkan dia jatuh dan terkena tayar van yg bergerak tadi.** kenapa dia tak bagitau hal sebenar dan kenapa perlu berdalih semasa ibu sikecil itu bertanya...??..
Rentetan Kisah Kemalangan yg Meragut Nyawa Batrisya.
31Oktober Khamis Jam 2 petang
Aku terima panggilan dari Kak Manis bagitau yg Batrisya Kemalangan. . Kebetulan suami aku ada di pejabat aku... terus kami hubungi Kak Zura tanya sendiri keadaan anaknya... suara kurang jelas sebab teresak2 menangis... terus hubungi abang aku pulak juga tidak jelas suaranya.. dapat agak keadaan amat kritikal..
Aku segera buat keputusan nak pi tengok sendiri di Hospital kulim.. jam 3 ptg aku dan suami pun begegas kesana. Hanya bawa Dania.. Dina dan Raayyan kami tinggal.
Sampai hospital aku tengok abang aku mata dia sangat2 merah dgn wajah yg sugul... air mata aku apa lagi deras ja mengalir... aku tak berani cakap dengan dia.. terus aku tanya kak manis.. kak manis bagitau yg keadaan Batrisya..memang agak teruk... Aku masuk kedalam ruang menuggu tgk kak Zura menanti dgn linangan air mata... tetiba Nurse panggil kak zura masuk... lebih 15 minit dia keluar bagitau Batrisya dah tak ada harapan lagi... Ya Allah luluh rasa hati semua yg ada disitu... kami semua dibenarkan masuk melawat... aku masuk dengan mak dan kak manis... semua yg masuk tak dapat menahan perasaan bila memandang tubuh sikecil yu dgn bantuan penafasan...termasuklah mak aku... kaki dipegang memang sejuk...terus mak kata Ya Allah kau dah tetapkan dah dia pergi dgn cara ni... sambil menahan sebak...
Tak dapat aku bayangkan perasaan kak waktu itu sangat2 kecewa dan pasrah bahawa mereka akan kehilangan anak.
Tetapi kami masih berharap agar hospital lain dapat menerima Batrisya.. apabila anak kak manis dan isterinya sampai mereka juga merupakan Dr Hospital Sp dan Baling. Berharap juga dengan bantuan mereka berdua Batrisya dapat diterima ke hospital lain... Namun harapan tinggal harapan.. ternyata hayat dia sampai disini sahaja. Keadaan dia yg keretakan kepala sangat parah.. separuh otak dia dah mati... tangan kiri yg patah dibahu.. Ya Allah kasihan anak itu... dia hanya bernafas menggunakan oksigen sahaja...
Jam 10 Keputusan dibuat Dr menasihati agar Batrisya dilepaskan agar dia boleh pergi dengan tenang... dia dibawa balik menaiki ambulans dan ditemani Nurse dan kedua2 anak saudara ku yakni sepupu Batrisya sendiri. Aku dan suami menyusur ke rumah mak kakak ipar aku... disana aku lihat Batrisya cuma bernafas nyawa2 ikan sahaja. Selepas oksigen bantuan dilepaskan dalam 5 minit sahaja nadinya terhenti.. Suasana agak pilu dengan kehadiran ramai tetamu diringi bacaan Yassin... ku sabarkan kakak ipar yg meratapi kepergiaan anakanda tercinta. Keaadaan yg sangat pilu...
Ahli Syurga itu telah kembali meninggalkan kami semua...
Sekejap sangat kau pinjamkan dia Ya Allah... sangat2 hiba sedih sayu pilu.. peraasan kehilangan yg amat menyentuh hati...
Hampir jam 12 malam kami disana.. elok ja nak balik abang aku sampai bersama polis...
Disinilah bermulanya kisah sebenar dari penipuan driver van itu...
Dan lepas itu juga Mayat Batrisya dihantar semula ke Hospital untuk dibuat postmortem kerana polis meragui keterangan abang aku.. sebab pada mulanya kami diberi cetita palsu yg tak masuk akal. Kononya anak kecil itu berlari kejar van itu sebab kawan2 panggil dia.. tak pasti pulak jam berapa jenazah dibawa pulang sebab malam tu kami dah balik sg duri.. sebabnya esoknya kebetulan anak buah aku yg lain kena lapor diri di tempat aku kerja... so kami terpaksa ke tempat kerja dulu sebelum kembali ke kampung.
Aku tak pasti pulak kakak dan abang serta jenazah anak dia dibawa pulang jam berapa.. dan yg pasti malam yu memang semua org berjaga... termasuk mak yg turut bermalam dirumah mak kakak ipar aku.
Keesokkannya Batrisya telah selamat disemadikan di Tanah perkuburan berhampiran kediaman mak kakak ipar aku di Kuala Sedim.
Kak Zura hampir pengsan abang aku telah lagilah masing2 terasa hiba atas kehilngan anak yg disayangi yang baru berusia 6 tahun.
Lagi sayu apabila teringat semula sedikit perubahan2 atau tingkah laku sebelum dia meninggal... Ya Allah tabahkanlah hati kedua ibu bapanya... termasuklah kami saudara terdekat yang sangat terasa akan kehilangan ini.
Anak buah aku mengeluarkan wayar oksigen dari dalam mulut Batrisya.. Kakaku pula membisikkan Shahadah untuk Batrisya dan menghalalkan makan minum dan segalanya... Allah hu Rabbi
Batrisya tenanglah kau di alam sana. Moga suatu hari nanti ada keadilan untuk mu..dan keluarga mu. In Syaa Allah. AAMMINNN
Ps :Saat dan tika ini kami masih lagi teringatkan dia... celik ja mata wajah dia yg terbayang dulu..









15 comments:
sedihnya...takziah buat keluarga arwah batrisya......
As salam Zie,
Takziah! Sedihnya... mmg dah tiba waktunya dia pergi tp caranya tu buat kita rasa terkilan kan... Semoga ada keadilan utk keluarga Allahyarhamah...
salam takziah buat keluarga..Al Fatihah buat arwah
salam takziah zie.. tak dapat nk bayangkan kesedihan yg menyelubungi.. queen yg baca pun turut sedih...
tp queen masih tak fhm kejadian sbnr yg berlaku yg blh mengakibatkan kehilangan batrisya ni.
walau apa pun moga ahli keluarga zie tabah dgn ketentuan Allah...
Allah..Allah....
Al-Fatihah...
Perginya anak kecil yg tak berdosa oleh kelalaian manusia itu sendiri..supaya menjadi iktibar.
desengguhnya kita kena redha ketentuan dr Allah.ajalnya sudah sampai.
ada yus cerita dkt knor..sedih...semoga family ayah bondanya tabah
Ya Allah.. sedihnya kak.. terbayang2 perasaan kami sekeluarga di saat adik saya di ICU yg mengalami pendarahan dalam kepala..
Ya Allah semoga roh nya tenang di sana....
Pemergian mengejut mmg sukar sikit d terima. Apa pun Allah lebih syg kan arwah. Semoga Abg dan kakak ipar zie tabah dgn dugaan ini.
sedihnye zie bc kisah dia...salam takziah ye
salam takziah buat seluruh keluarga ya kak zie.. Allah lebih menyayangi arwah...
ya Allah..sedihnya. takziah kak zie..al-fatihah utk arwah. x boleh bayangkan kalau terjadi pada diri sendiri. tabah kak sekeluarga.
Al-fatihah...
takziah buat keluarga abg zie..
moga arwah aman di sana...
bercucuran air mata nureen baca n3 zie ni..
kejamnya driver van tue...
awat x tgk dlu, dh cmfrn trun ke tidak dr van masa tue...
takut nureen nak bg elly naik van yg mcm tue.. apa2 biar nureen yg antaq n ambik elly, kita nmpk ngan mata kita...
Takziah..
Al fatihah utk arwah batrisya
Salam takziah..
Semoga roh Batrisya tenang di sana dan ditempatkan di syurga Allah nanti..
Bertabhalah dengan dugaan ini
Post a Comment