Tuesday, 5 November 2013

Kisah Kemalangan Batrisya dan Driver Van Yg Kejam

Kejam aku gelarkannya kerana memutarbelit cerita sebenar tentang kejadian kemalangan yg meragut nyawa anak buah aku pada 31 Oktober yg lalu. Kejam kerana menipu kakak aku yg memangku anak yg berlumuran darah.. dimana perikemanusiaan manusia ini.. dah lah lalai.. pastu siap boleh mereka cerita pulak. Sampai kami semua tertanya2 kenapa dan bagaimana... cara dan rekaan ceritanya yg tak masuk akal dan tak boleh diterima akal.. sehinggalah sampai jam 2 pagi barulah kami menerima berita yg benar keluar sendiri dari mulut kawan Batrisya iaitu saksi utama kejadian pada tgahri tu. Tapi  yang paling geram lagi si driver van ni bawa satu famili dia mai dok buat cerita lagi masa kat spital... yg bestnya si abang driver ni yg dok mereka2 cerita si pelaku diam seribu bahasa. Bila ahli keluarga kami soal macam2 dia putar cerita lain dalam dia dok cerita tu... keluar 3 cerita yg berlainan... sabar je lah...

**Driver van yg terlibat adalah van yg dinaiki Batrisya pergi dan pulang sekolah.. dia juga didakwa penduduk setempat selalu membawa van secara merbahaya... ** kejadian berlaku semasa pulang dari sekolah dimana Batrisya dan kawan dia hendak turun dari van.. bila dah trun tali beg mungkin tersangkut di pintu mengakibatkan dia berlari terikut van yg laju dan mengakibatkan dia jatuh dan terkena tayar van yg bergerak tadi.** kenapa dia tak bagitau hal sebenar dan kenapa perlu berdalih semasa ibu sikecil itu bertanya...??..

Rentetan Kisah Kemalangan yg Meragut Nyawa Batrisya.

31Oktober Khamis Jam 2 petang
Aku terima panggilan dari Kak Manis bagitau yg Batrisya Kemalangan. . Kebetulan suami aku ada di pejabat aku... terus kami hubungi Kak Zura tanya sendiri keadaan anaknya... suara kurang jelas sebab teresak2 menangis... terus hubungi abang aku pulak juga tidak jelas suaranya.. dapat agak keadaan amat kritikal..
Aku segera buat keputusan nak pi tengok sendiri di Hospital kulim.. jam 3 ptg aku dan suami pun begegas kesana. Hanya bawa Dania.. Dina dan Raayyan kami tinggal.

Sampai hospital aku tengok abang aku mata dia sangat2 merah dgn wajah yg sugul... air mata aku apa lagi deras ja mengalir... aku tak berani cakap dengan dia.. terus aku tanya kak manis.. kak manis bagitau yg keadaan Batrisya..memang agak teruk... Aku masuk kedalam ruang menuggu tgk kak Zura menanti dgn linangan air mata... tetiba Nurse  panggil  kak zura masuk... lebih 15 minit dia keluar bagitau Batrisya dah tak ada harapan lagi... Ya Allah luluh rasa hati semua yg ada disitu... kami semua dibenarkan masuk melawat... aku masuk dengan mak dan kak manis... semua yg masuk tak dapat menahan perasaan bila memandang tubuh sikecil yu dgn bantuan penafasan...termasuklah mak aku... kaki dipegang memang sejuk...terus mak kata Ya Allah kau dah tetapkan dah dia pergi dgn cara ni... sambil menahan sebak...

Kulihat sedikit badannya bergerak mungkin menahan sakit... dan yg pasti dia memang dah tak sedarkan diri dari saat dia dilanggar. Saat itu sabagai ibu mesti nak dgar walau sedikit suara anak dia.... tapi apakan daya....

Tak dapat aku bayangkan perasaan kak waktu itu sangat2 kecewa dan pasrah bahawa mereka akan kehilangan anak.

Tetapi kami masih berharap agar hospital lain dapat menerima Batrisya.. apabila anak kak manis dan isterinya sampai mereka juga merupakan Dr Hospital Sp dan Baling. Berharap juga dengan bantuan mereka berdua Batrisya dapat diterima ke hospital lain... Namun harapan tinggal harapan.. ternyata hayat dia sampai disini sahaja. Keadaan dia yg keretakan kepala sangat parah.. separuh otak dia dah mati... tangan kiri yg patah dibahu.. Ya Allah kasihan anak itu... dia hanya bernafas menggunakan oksigen sahaja...

Jam 10 Keputusan dibuat Dr menasihati agar Batrisya dilepaskan agar dia boleh pergi dengan tenang... dia dibawa balik menaiki ambulans dan ditemani Nurse dan kedua2 anak saudara ku yakni sepupu Batrisya sendiri. Aku dan suami menyusur ke rumah mak kakak ipar aku... disana aku lihat Batrisya cuma bernafas nyawa2 ikan sahaja. Selepas oksigen bantuan dilepaskan dalam 5 minit sahaja nadinya terhenti.. Suasana agak pilu dengan kehadiran ramai tetamu diringi bacaan Yassin... ku sabarkan kakak ipar yg meratapi kepergiaan anakanda tercinta. Keaadaan yg sangat pilu...

Ahli Syurga itu telah kembali meninggalkan kami semua...

Sekejap sangat kau pinjamkan dia Ya Allah... sangat2 hiba sedih sayu pilu.. peraasan kehilangan yg amat menyentuh hati...

Hampir jam 12 malam kami disana.. elok ja nak balik abang aku sampai bersama polis...

Disinilah bermulanya kisah sebenar dari penipuan driver van itu...

Dan lepas itu juga Mayat Batrisya dihantar semula ke Hospital untuk dibuat postmortem kerana polis meragui keterangan abang aku.. sebab pada mulanya kami diberi cetita palsu yg tak masuk akal. Kononya anak kecil itu berlari kejar van itu sebab kawan2 panggil dia.. tak pasti pulak jam berapa jenazah dibawa pulang sebab malam tu kami dah balik sg duri.. sebabnya esoknya kebetulan anak buah aku yg lain kena lapor diri di tempat aku kerja... so kami terpaksa ke tempat kerja dulu sebelum kembali ke kampung.
Aku tak pasti pulak kakak dan abang serta jenazah anak dia dibawa pulang jam berapa.. dan yg pasti malam yu memang semua org berjaga... termasuk mak yg turut bermalam dirumah mak kakak ipar aku.

Keesokkannya Batrisya telah selamat disemadikan di Tanah perkuburan berhampiran kediaman mak kakak ipar aku di Kuala Sedim.

Kak Zura hampir pengsan abang aku telah lagilah masing2 terasa hiba atas kehilngan anak yg disayangi yang baru berusia 6 tahun.

Lagi sayu apabila teringat semula sedikit perubahan2 atau tingkah laku sebelum dia meninggal... Ya Allah tabahkanlah hati kedua ibu bapanya... termasuklah kami saudara terdekat yang sangat terasa akan kehilangan  ini.


Anak buah aku mengeluarkan wayar oksigen dari dalam mulut Batrisya.. Kakaku pula membisikkan Shahadah untuk Batrisya dan menghalalkan makan minum dan segalanya... Allah hu Rabbi

Batrisya tenanglah kau di alam sana. Moga suatu hari nanti ada keadilan untuk mu..dan keluarga mu. In Syaa Allah. AAMMINNN

Ps :Saat dan tika ini kami masih lagi teringatkan dia... celik ja mata wajah dia yg terbayang dulu.. 


15 comments:

nanakimie said...

sedihnya...takziah buat keluarga arwah batrisya......

Marya Yusof said...

As salam Zie,

Takziah! Sedihnya... mmg dah tiba waktunya dia pergi tp caranya tu buat kita rasa terkilan kan... Semoga ada keadilan utk keluarga Allahyarhamah...

Acik Erna said...

salam takziah buat keluarga..Al Fatihah buat arwah

Queen Teratai said...

salam takziah zie.. tak dapat nk bayangkan kesedihan yg menyelubungi.. queen yg baca pun turut sedih...

tp queen masih tak fhm kejadian sbnr yg berlaku yg blh mengakibatkan kehilangan batrisya ni.

walau apa pun moga ahli keluarga zie tabah dgn ketentuan Allah...

----- ----- said...

Allah..Allah....
Al-Fatihah...

Knor said...

Perginya anak kecil yg tak berdosa oleh kelalaian manusia itu sendiri..supaya menjadi iktibar.
desengguhnya kita kena redha ketentuan dr Allah.ajalnya sudah sampai.

ada yus cerita dkt knor..sedih...semoga family ayah bondanya tabah

IntaNBerliaN said...



Ya Allah.. sedihnya kak.. terbayang2 perasaan kami sekeluarga di saat adik saya di ICU yg mengalami pendarahan dalam kepala..

Kopiolimauice said...

Ya Allah semoga roh nya tenang di sana....

Ummi Iman said...

Pemergian mengejut mmg sukar sikit d terima. Apa pun Allah lebih syg kan arwah. Semoga Abg dan kakak ipar zie tabah dgn dugaan ini.

Haryati Faizal said...

sedihnye zie bc kisah dia...salam takziah ye

Irene Dahayu said...

salam takziah buat seluruh keluarga ya kak zie.. Allah lebih menyayangi arwah...

Nursaila Norman said...

ya Allah..sedihnya. takziah kak zie..al-fatihah utk arwah. x boleh bayangkan kalau terjadi pada diri sendiri. tabah kak sekeluarga.

::NureeN:: said...

Al-fatihah...
takziah buat keluarga abg zie..
moga arwah aman di sana...
bercucuran air mata nureen baca n3 zie ni..
kejamnya driver van tue...
awat x tgk dlu, dh cmfrn trun ke tidak dr van masa tue...
takut nureen nak bg elly naik van yg mcm tue.. apa2 biar nureen yg antaq n ambik elly, kita nmpk ngan mata kita...

Chekgu Azrine said...

Takziah..
Al fatihah utk arwah batrisya

Myra Jay said...

Salam takziah..
Semoga roh Batrisya tenang di sana dan ditempatkan di syurga Allah nanti..

Bertabhalah dengan dugaan ini

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (32) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (25) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Minatku.. (11) Segmen (11) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) PJJ UMCced (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Penang (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Rayyan Taska Sekolah (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Aktiviti Keluarga (1) Astro (1) Autoshow (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Berkelah (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Fesyen (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Guru separuh masa (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers