Jom tengok budak kena cucuk...tapi tak ada pulak gambar cucuk sebab mama tengah pegang Rayyan abah tak ikut, so tak adalah gambar budak nanges tu..
Misi tengah ukur tinggi Rayyan
Timbang Berat Rayyan.. setahun dah tak payah bukak seluar dan pampers..
Checkup Rayyan 28/05/2013
Berat : 9.15kg
BMI dia ok ketinggian pun ok.
Alhamdulillah usia Rayyan setahun akan kena cucuk lahkan.. Nages kejap ja masa jarum masuk kat peha tu, Bila misi dah cabut jarum tu dia dah ok... Misi kata kali ni depa dah tak bagi ubat demam, kalau lepas cucuk ni demam kena bawa pi hospital.. Alhamdulillah Rayyan sikit pun tak demam.. Syabas betey hehehe.
Kat bawan ni ada sedikit perkembangan Bayi di Usia setahun.. diambil kat baby centre.. cuma nak share ja..
tapi diedit dan tambah pada kebolehan Rayyan sendiri..
Yang tulisan senget tu kebolehan Rayyan...
Langkah-langkah
pertama bayi Rayyan
Alhamdulillah
dah cekap berjalan, walupun belum pandai nak imbang badan, maklumlah kaki
kecik, bila kepala didongak dan tangan diangkat keatas, badan tak seimbang dia
akan jatuh terduduk.. emm dah pandai nak melompat pulak, nak menari, pusing
badan di suatu tempat. Berlari (berjalan laju). Semua kat sini adalah kebolehan anak mama si Rayan.
Permainan
baru bayi
Padai
bermain dengan kawan atau kakak/abang.. seronok tengok dia gelak mengekek bila
bermain dengan kakak Dania, seperti berlari, kakak ligan dia, atau bermain
mainan bersama.
Memang, bagi bayi anda, perbuatan menolak, membaling dan melanggar semua benda dan membuatnya jatuh merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Dia suka memberikan anda alat mainan tapi dia juga akan mengambil alat mainan daripada anda, dan dia juga suka meletakkan barang seperti bongkah ke dalam bekas dan mengeluarkan semuanya semula. Periuk dan kuali juga boleh digunakan untuk ini – dia pandai meletakkan periuk yang kecil ke dalam periuk yang lebih besar dan akan seronok mendengar bunyi bising yang terhasil apabila periuk dan kuali berlaga-laga.
Memudahkan
waktu tidur
Salah satu perkara yang menyenangkan semasa membesarkan bayi
ialah apabila sampai waktu untuk tidur - masa yang anda boleh gunakan untuk
berehat dan mengembalikan tenaga anda. Tetapi, apabila bayi anda menghampiri hari
jadi pertamanya dia akan semakin enggan untuk tidur di siang hari¸ dan
kemahuan berdikari ini akan membuatkan bayi anda meragam semasa waktu tidur.
(Yang ini
Memang terjadi kat Rayyan memang susah nak tidur siang.. asyik nak main.. balik
dari rumah mak petang tu baru tidur kejap bangun dan tidur semula sampai
pagi... Masa ni barulah tidur malam akan nyenyak.)
Sukar berpisah
Anda boleh membantu bayi anda untuk lebih berdikari dengan tidak menunggu dekatnya setiap masa. Jika dia bertatih ke bilik yang lain, tunggulah beberapa minit sebelum mengikutinya. Jika anda pergi ke bahagian lain dalam rumah anda, panggil bayi anda datang kepada anda apabila anda sudah berada di bilik itu – dan jangan bekejar-kejar kepadanya setiap kali dia menjerit. Bukanlah perkara yang terbaik untuk bayi anda untuk mendapat kebebasan sepenuh daripada ayah dan ibu; anda tentu mahu dia memahami yang dia boleh bergantung kepada anda bila-bila masa, dan, walaupun dia menyedari kehadiran dan pemergian anda, ini tidak begitu mengganggukan dia.

(Rayyan Ok
sahaja bila mama tinggalkan dia dekat pengasuh, suka lagi.... dekat umah memang
selalu biarkan dia bertatih kesana kemari... kalau kita kedapur dia pun ikut
sama.. kalau kita kebilik dia pun ikut jugak...sampai mama susah nak kehulu
hilir, sebab dia dah blok jalan mama.. huhu) mama nak masak lah sayang kang
terlanggar pulak...
Lebih
memahami bahasa
Walaupun pada tahap ini bayi hanya boleh bertutur beberapa
perkataan selain "mama" dan "dada", didapati kebanyakan
bayi yang berusia satu tahun boleh menyebut ayat pendek dengan menggunakan nada
yang betul walaupun kedengaran seperti bahasa asing.
Pada masa ini, bayi anda sudah boleh memberi respon kepada soalan dan arahan yang mudah, terutamanya jika anda membantunya dengan menggunakan pelbagai isyarat tangan. Contohnya, tanyalah "Di mana mulut kamu?" dan tunjukkan ke arah mulutnya. Atau cuba, "Tolong ambilkan cawan" dan tunjukkan ke arah objek itu. Bayi anda mungkin menjawab dengan caranya tersendiri, dengan menggunakan isyarat juga, seperti menggelengkan kepala untuk menyatakan "tidak".

(Rayyan
dah boleh jugak geleng kepala laju sungguh) hehehe
Gunakan potensi penerimaan yang ada pada bayi anda sekarang untuk mula mengajarnya bersopan santun dan membina sikap suka membantu. Tekankan pentingnya kata-kata "sila" atau "boleh ke?" dan "terima kasih". Di samping itu, jadikan waktu mengemas alat mainan bayi anda satu masa yang menyeronokkan dengan menjadikannya satu aktiviti mainan. Walaupun bayi anda mungkin kurang faham akan maksud anda, bukanlah terlalu awal untuk membentuk tabiat ini.

Memberi
nama kepada benda-benda

11 comments:
comelnya rayyan.. =)
tmbam..
Heee... puas tengok dan yg bestnya Rayyan punya birthday sama dgn anniversary auntie tau.. tahun depan meh JB sini kita rai sama-sama hihi..
Pandailah dia Zie diam aje dia masa ditimbang/ukur semua tu:)
moga rayyan sihat dan perkembangan rayyan terus cemerlang...
alah2 baikk je rayyan kan ;)
comeynya rayyan ni..geram tengok dia..tembam!
kejap je rayyan dh setahun yer..
dah setahun dia ek akak.. kejap jer kan masa berlalu...
moga rayyan diberi kesihatan yang baik..geram tgk dia...
Kejap jer dah setahun kan. Elok jer dok diam yer.
moga terus membesar dgn sihat ye rayyan
besar dah ye...sat je kan... rsnye aritu ms mula2 yati terjah blog zie... zie baru pas abis pantang kot... klu tak salah la...
Post a Comment