Thursday, 30 May 2013

Check Up Rayyan Setahun

Jom tengok budak kena cucuk...tapi tak ada pulak gambar cucuk sebab mama tengah pegang Rayyan abah tak ikut, so tak adalah gambar budak nanges tu..

Misi tengah ukur tinggi Rayyan

Timbang Berat Rayyan.. setahun dah tak payah bukak seluar dan pampers..

Checkup Rayyan 28/05/2013
Berat : 9.15kg
BMI dia ok ketinggian pun ok.

Alhamdulillah usia Rayyan setahun akan kena cucuk lahkan.. Nages kejap ja masa jarum masuk kat peha tu, Bila misi dah cabut jarum tu dia dah ok... Misi kata kali ni depa dah tak bagi ubat demam, kalau lepas cucuk ni demam kena bawa pi hospital.. Alhamdulillah Rayyan sikit pun tak demam.. Syabas betey hehehe.


Kat bawan ni ada sedikit perkembangan Bayi di Usia setahun.. diambil kat baby centre.. cuma nak share ja..
tapi diedit dan tambah pada kebolehan Rayyan sendiri..
Yang tulisan senget tu kebolehan Rayyan...

Langkah-langkah pertama bayi Rayyan

Alhamdulillah dah cekap berjalan, walupun belum pandai nak imbang badan, maklumlah kaki kecik, bila kepala didongak dan tangan diangkat keatas, badan tak seimbang dia akan jatuh terduduk.. emm dah pandai nak melompat pulak, nak menari, pusing badan di suatu tempat. Berlari (berjalan laju). Semua kat sini adalah kebolehan anak mama si Rayan.

Permainan baru bayi

Padai bermain dengan kawan atau kakak/abang.. seronok tengok dia gelak mengekek bila bermain dengan kakak Dania, seperti berlari, kakak ligan dia, atau bermain mainan bersama.

Memang, bagi bayi anda, perbuatan menolak, membaling dan melanggar semua benda dan membuatnya jatuh merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Dia suka memberikan anda alat mainan tapi dia juga akan mengambil alat mainan daripada anda, dan dia juga suka meletakkan barang seperti bongkah ke dalam bekas dan mengeluarkan semuanya semula. Periuk dan kuali juga boleh digunakan untuk ini – dia pandai meletakkan periuk yang kecil ke dalam periuk yang lebih besar dan akan seronok mendengar bunyi bising yang terhasil apabila periuk dan kuali berlaga-laga.

Memudahkan waktu tidur
Salah satu perkara yang menyenangkan semasa membesarkan bayi ialah apabila sampai waktu untuk tidur - masa yang anda boleh gunakan untuk berehat dan mengembalikan tenaga anda. Tetapi, apabila bayi anda menghampiri hari jadi pertamanya dia akan semakin enggan untuk tidur di siang hari¸ dan kemahuan berdikari ini akan membuatkan bayi anda meragam semasa waktu tidur. 

(Yang ini Memang terjadi kat Rayyan memang susah nak tidur siang.. asyik nak main.. balik dari rumah mak petang tu baru tidur kejap bangun dan tidur semula sampai pagi... Masa ni barulah tidur malam akan nyenyak.)

Sukar berpisah
Anda boleh membantu bayi anda untuk lebih berdikari dengan tidak menunggu dekatnya setiap masa. Jika dia bertatih ke bilik yang lain, tunggulah beberapa minit sebelum mengikutinya. Jika anda pergi ke bahagian lain dalam rumah anda, panggil bayi anda datang kepada anda apabila anda sudah berada di bilik itu – dan jangan bekejar-kejar kepadanya setiap kali dia menjerit. Bukanlah perkara yang terbaik untuk bayi anda untuk mendapat kebebasan sepenuh daripada ayah dan ibu; anda tentu mahu dia memahami yang dia boleh bergantung kepada anda bila-bila masa, dan, walaupun dia menyedari kehadiran dan pemergian anda, ini tidak begitu mengganggukan dia. 

(Rayyan Ok sahaja bila mama tinggalkan dia dekat pengasuh, suka lagi.... dekat umah memang selalu biarkan dia bertatih kesana kemari... kalau kita kedapur dia pun ikut sama.. kalau kita kebilik dia pun ikut jugak...sampai mama susah nak kehulu hilir, sebab dia dah blok jalan mama.. huhu) mama nak masak lah sayang kang terlanggar pulak...

Lebih memahami bahasa
Walaupun pada tahap ini bayi hanya boleh bertutur beberapa perkataan selain "mama" dan "dada", didapati kebanyakan bayi yang berusia satu tahun boleh menyebut ayat pendek dengan menggunakan nada yang betul walaupun kedengaran seperti bahasa asing.

Pada masa ini, bayi anda sudah boleh memberi respon kepada soalan dan arahan yang mudah, terutamanya jika anda membantunya dengan menggunakan pelbagai isyarat tangan. Contohnya, tanyalah "Di mana mulut kamu?" dan tunjukkan ke arah mulutnya. Atau cuba, "Tolong ambilkan cawan" dan tunjukkan ke arah objek itu. Bayi anda mungkin menjawab dengan caranya tersendiri, dengan menggunakan isyarat juga, seperti menggelengkan kepala untuk menyatakan "tidak".

 (Rayyan dah boleh jugak geleng kepala laju sungguh) hehehe

Gunakan potensi penerimaan yang ada pada bayi anda sekarang untuk mula mengajarnya bersopan santun dan membina sikap suka membantu. Tekankan pentingnya kata-kata "sila" atau "boleh ke?" dan "terima kasih". Di samping itu, jadikan waktu mengemas alat mainan bayi anda satu masa yang menyeronokkan dengan menjadikannya satu aktiviti mainan. Walaupun bayi anda mungkin kurang faham akan maksud anda, bukanlah terlalu awal untuk membentuk tabiat ini.

Memberi nama kepada benda-benda

Anda memainkan peranan penting dalam membantu bayi anda menghubung kaitkan objek dan nama sesuatu objek itu - semakin kerap anda melakukannya, semakin cepat perbendaharaan kata bayi anda akan berkembang. Sentiasalah bercakap dengan bayi anda dan menamakan benda. Apabila menaiki tangga, kira bilangan tangga satu persatu dan jika berada di pasar raya tunjukkan nama dan warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada. Bacakan buku bergambar dan minta dia tunjukkan atau namakan objek yang dikenalinya. Pastikan anda memberikan dia pilihan sekali-sekala. Tanya bayi anda sama ada dia mahu memakai stoking berwarna merah atau biru; dia hendak bermain dengan bongkah atau gegelung bertingkatnya. Dia mungkin tidak akan menjawab, tetapi kemungkinan juga dia akan menggembirakan anda dengan menjawab apabila tidak dijangka. 

11 comments:

Mimie Najib said...

comelnya rayyan.. =)
tmbam..

Kakzakie said...

Heee... puas tengok dan yg bestnya Rayyan punya birthday sama dgn anniversary auntie tau.. tahun depan meh JB sini kita rai sama-sama hihi..

Pandailah dia Zie diam aje dia masa ditimbang/ukur semua tu:)

adianiez AIDA said...

moga rayyan sihat dan perkembangan rayyan terus cemerlang...

ieda immi said...

alah2 baikk je rayyan kan ;)

azizah :) said...

comeynya rayyan ni..geram tengok dia..tembam!

LiYa HaNiF :: said...

kejap je rayyan dh setahun yer..

Mama Idlan Irsyad said...

dah setahun dia ek akak.. kejap jer kan masa berlalu...

Ema Johari said...

moga rayyan diberi kesihatan yang baik..geram tgk dia...

Fiza Rahman said...

Kejap jer dah setahun kan. Elok jer dok diam yer.

Kesuma Angsana said...

moga terus membesar dgn sihat ye rayyan

Haryati Faizal said...

besar dah ye...sat je kan... rsnye aritu ms mula2 yati terjah blog zie... zie baru pas abis pantang kot... klu tak salah la...

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (32) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (25) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Minatku.. (11) Segmen (11) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) PJJ UMCced (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Penang (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Rayyan Taska Sekolah (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Aktiviti Keluarga (1) Astro (1) Autoshow (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Berkelah (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Fesyen (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Guru separuh masa (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers