Friday, 13 July 2012

Cara Nak Latih Anak ke Toilet

Em macam mana yer? Nak terang pun tak reti, ni Puan Mimie kita lah yang bertanya . Sory kalau ada yang tak berapa nak paham.
Pada pengalaman kak zie sendiri dengan anak2. Tak tahu cara kawan2 yang lain macam mana.


Masa Irdina dulu, dia dah pandai cakap, umur 2 tahun cakap macam orang umur 4 tahun, senang sikit bila nak berkomunikasi, zie pesan kat dia kalau nak buang air kena pi bilik air. dia faham tapi susah nak biasakan diri, masa tu memang agak sukar, sebab depa tak biasa. Letih jugak nak bercakap.


Nasib baik dia ketaska, masa kat taska cikgu dia ajar supaya ke toilet, so seminggu dia kat taska dah tak pakai pampers dah. Alhamdulillah rasa senang sangat. Ni Dania agak rumit, coz cakap jerman.


Masa tidur memang pakailah, waktu bangun tidur tu ajak dia pi toilet cepat2 sebelum dia buang kat pampers, ajar dia duduk atas toilet seat tu, (zie belikan pelapik toilet yg budak macam kat gambar dibawah) apa yek orang panggil? so bila kita letakkan atas toilet seat tu kiranya lubang tu taklah besar sangat tuk mereka. So tak payahlah kita pegang depa, coz budak2 akan rasa macam nak jatuh dalam lubang toilet tu. bila beli pelapik tu mereka berani sikit. 


Pertama kali letak dia macam takut, kemudian zie biarkan dia duduk situ lama2 kemudian baru dia berani, Si Dania ni punyalah susah nak buang air, bila kita tanya dah ke belum? Boleh dia jawap emm takdak pun,.. huhuh kena kencing lah barulah ada..


Lepas mandi latih jangan pakai pampers, mesti  tengok jam, kalau dah 2 jam tu tanya dia nak buang air dak? Selalu ingatkan dia nak buang air kat mana? so kita memang kena rajinlah bertanya dia.


Kalau tertumpah jugak, tak sempat nak ke toilet kita kenalah sabar nak cuci pulak, so minggu2 awal tu memang agak rumit sikit, cubalah insyalallah. Semoga dipermudahkan. 

tetiba ja anak mat salleh. hehehe

p/s : Masih lagi dok usaha untuk Dania.. letak dia kata atas Toilet seat tu sebelum mandi, walaupun dia tak buang air pun nak bagi dia biasa dulu. Mudahan Dania cepat belajar yer.


Mimie rahsia anak tembam gebu? huhu tak dak rahsia, anak2 kak tak lah gebus2, suam2 kuku ja, hehehe, mama dgn abah dia pun kelabu jer. hehehe. apapun Allah yg tentukan..

16 comments:

Nazayiena said...

Kak Nurul pun dlm minggu nie dah x pkikan pampers lg buat Izzyan pergi nursery.

ainnoraini said...

Dah lama tak ada anak kecik nii...teringat zaman masa ank nk membesar masa belajar gi toilet..mmg kite kene byk2 kene saba...lama2 nnt pandai la dia..Mula2 jer mcm susah sikit..

mimie.. said...

eheheh..thanks kak zie..panjangnye penerangan dia ^_^
klu mcm dina tu oklah kak zie sebab dia dah pandai cakap,senang kan..ni mcm anak mimi tu, bila dia cakap, sepatah ape pun tak paham, bila masuk toilet suh dia kencing, dia buat muka pelik..achaner tu?? ekekeke
tapi takpe..usaha tangga kejayaan..akan di praktikkan jugak nanti ape yg kak zie cakap tu, bagus tips tu ^_^

oh takde tips eh nk dapat anak gebu cam rayyan tu?ehehehe
klu nk dpt baby no.2 nanti, teringin sbnrnye nk dpt baby yg gebu cam rayyan tu..comel sgtt!! ^_~


neway..mekaseh ye kak zie sudi watkan entry khas lg tuk mimi :)

Kakzakie said...

Kakak rasa anak yg ibu-bapa kerja mungkin sebab kena jaga org lain akan lebih cepat berdikari.

Sesekali terlepas biasalah kan...

Wanieys said...

kak zie kita kena sabar sikt la kan dalam nak train anak kan....tips yg baik ni nanti boleh praktikkan untuk qalief...Insyaallah

Ummi Iman said...

Tgk pada anak jugakan zie.. yg mudah di train tu senang sikit. Iman ni belum lg.. Tgk dia mcm tak boleh agak je bila nk buang air kecil. Nk buang air besar tu boleh dah rasanya. Tak tahulah bila nk start ajar dia.

ieedaz @ mama_isha said...

anak mama pun ade masalah sket masa nak train pegi toilet ni..masalah taknak duk kat atas toilet bowl tu..takut agaknye..mama pun beli mcm dlm pic tu jgk..tgh slow2 ajarla ni..so far time wiken je ajar..suke sgt die bile kite tak pakai kan pampers..tapi siapla nak mop lantai je! hehe

QueeN TerataI said...

Queen pun sdg melatih anak ke toilet.. hujung minggu je biasakan dia x pakai pampers.. mula2 mmg agak sushlah.. lama2 dgn sendirinya dia akan terbiasa.

::NureeN:: said...

sama la kita, elly pon sethn lebih dh pandai ckp.. sng la nk komunikasi..
tp anak laki org kata lain ckit, kita sama2 baru dpt anak laki, kita tgk drg nanti ikut mcm kakak drg x..

Kesuma Angsana said...

apapun kita sebagai parents kena bayk bersabar dan layan je kerenah anak2 tu. x boleh lah nak marah!. lama2 pandai lah anak tu

eB said...

mmg len2kan anak2 kiter nih. aerish dolo bercakap awal. mulot skang nih cam bertih jgg. aed plk. dh 2 thn, msh x bercakap2. hu3

Jaa said...

erm, anak saya plak sekarang ni susah benar nk bagi pakai pampers..kdg terpikir jugak dia dah mula nk praktis ke tandas ke.. tp macam x reti jer lagi nk ke tandas... ckp pun x lancar lagi..

ERYZA said...

time ni memang meletihkan......

Zie said...

bagus tu heheh

Che Rosliza Che mat said...

Time mula2 nak belajar anak ke toilet memang letih sikit...penat mulut pun ada hihihi

IntaNBerliaN said...

mcm alisha jugaklah ni.. ckp german.. hihii

ooo ada yer yg stail gini.. blh ltk ats tandas yg betoi2.. ingat ke ada yg budak2 tu yer.. yg asing tu... nak kne beli gak lah.. hihi

tp nak beli nak ckp apa yer.. kat mana kak zie beli? benda alah ni biasa duk kat area mana?

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (32) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (25) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Minatku.. (11) Segmen (11) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) PJJ UMCced (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Penang (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Rayyan Taska Sekolah (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Aktiviti Keluarga (1) Astro (1) Autoshow (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Berkelah (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Fesyen (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Guru separuh masa (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers