Tuesday, 5 June 2012

24

Macam citer omputeh 24 pulak.. ni tiada kena mengena dengan citer tu... ni adalah cerita 24 jam sebelum kelahiran baby Khalish Rayyan. emmm

27 Mei 2012
Masih tidak merasa kesakitan atau apa2 tanda, suami ajak pergi Sungai Petani, pergi hantar Dina kerumah tok dia. So mama terus ajak gi kenduri Mizan dan Dayah kawan ofis, kat Taman Ria.. Kelmarin kenduri rumah Dayah dah tak pi hari Ahad gi rumah Mizan pun tak palah.. coz dua-dua kawan opis senang...

Jam 11 pagi
Kami bertolak sampai umah MIL dalam kul 12 hantar Dina dulu pastu terus gi makan kenduri.. kat sana jumpa Kak Arah emmm rindunya  ( Kak CC yg pencen tahun lepas) jumpa kat rumah Mizan... makan semeja dengan dia dan Dee.

Jam 2.30 ptg
Jumpa Fida (bukan Sis Fieda tau) ni Fida kawan Zie dia balik SP cuti sekolah.. jumpa dia kat Masjid Taman Ria..sembang lebih kurang. solat, pastu balik..(dia pun tengah pegnent) hujung tahun baru baby keluar..

Jam 4 ptg
On the way balik Sungai Duri.. sebelum tu singah kat Tesco Extra dan Giant SP cari ubat bersalin tapi tak jumpa... emm keciwa.. sampai rumah kul 6 ptg.

Jam 9 malam
post dalam FB bagitau baby lam perut aktif sangat.. entah2 malam ni dah nak keluar apa..


Jam 11 malam
Tidur macam biasa.. bzzzzzzzzzzzzzz

Jam 2.30 pg
Rasa nak buang air kecil.. gi toilet..
pastu tidur balik.... sebelum lelap tu macam22 lah dok pk... emm tak sakit pun lagi... maknanya esok kena pi chek up macam biasalah kat klinik kesihatan Sg Duri... 

Jam 3.00 pg
Tiba2 rasa sesuatu keluar dan membasahi......... emmm hati bedebar.. apa ni? air ketuban ker? tapi sikit jer... cuba bangun nak ambil tuala buat lapik tidur ( berangan nak tidur lagi he he)
masa nak bangun dan jalan tu keluar lagi airnya meleleh... cuba rileks lagi.. tak mau nak kejut kan suami lagi... malas nak kacau dia.. coz rasa macam lambat lagi sebab air ni turun sikit2.
cuba releks dan baring ingat nak bagi jam 6 baru nak kejutkan suami.. lagi pun kesian jugak kat Dania tengah syok tidur kena kejut dan hantar rumah tok. emmm ....

Jam 4.30 pg
Dania jaga nak susu, suami pun terjaga buatkan susu kat Dania.. masa tu baru bagitau kata mama dah turun air.
Dia kalau kejut bagitau cam tu terus lompat bangun call mangah nak hantar Dania terus mandi dan siap..Pantas betul... Zie jer yg masih buat2 lambat.. hehehe.. bukan apa takut lambat lagi nak bersalin... tapi kalau tak pi Hospital awal2 pun takut jugak kalaulah kata tak sempat maunya beranak dalam kereta, mau berpeloh suamiku ni...

Jam 5.15 pg
Kami keluar dari rumah hantar Dania.. emm sian dia menangis.. tapi tabahkan hati mama nak gi Hospital ni... nanti mama balik yerr...jaln ok sunyi sepi, coz masih awal pgi...
Masa dalam kereta tu dahsakit 5 minit sekali.... bila perut mengeras air pun keluar sekali... tuala yg zie lapik tu lencun.... tiba2 perut pulak lapar.. singgah mc D.. sempat lagi tu.. hehe.. makannya sikit jer...sebelum tu dah kunyah buah kurma 2 3 biji...buat penambah tenaga... dah tahu sampai sana sat lagi memang tak sempat nak makan apa dah.....

Jam 6.45 pagi 
sampai hospital, terus depa tolak masuk level room....
Chek bukaan baru 2 cm

Jam 11 pagi
Zie dan kurang sedar coz dah dicucuk ubat tahan sakit... bila time tak sakit rasa cam nak tidur jer... bila betul2 sakit baru terseedar balik... proses tu berlaku sehinggalah rasa betul2 nak beranak...
Dalam keadaan sedar dan tak..dah mengerang nak beranak ataupun rasa cam nak berak.. misi semua dah standby.. suruh teran Zie pun pulun teran sambil tangan pegang kaki... (boleh lupa macam na nak teran)  dalam hati dok ingat suami tak sempat masuk.. coz haritu ramai orang nak bersalin... sedikit kecewa dan rasa tiada pemberi semangat kat belakang... kalau ada suami disisi boleh jugak naikkan kepala kita ni  sket.. senang sikit nak teran.. huk huk...

Psoses meneran tu disusuli suara, misi kat situ cakap jangan bunyi suara  tahan nafas dan teran jer... kita yg terlupa cara nak teran ni pun jenuh nak amik semangat terann tanpa suara.. huk huk... 
Bila sakit nak teran tu datang ok lah tiba2 dia hilang sakit tu agak lama so zie pun tak teran lah, misi kata dik kamu kena betul2 teran baby kamu dah lemah ni.. dengar2 misi kata camtu zie pun pulun teran sekuat hati, kemudian terasa seperti hilang separuh nyawa dan tiba2 rasa beban teran tu hilang bersama tangisan baby..

Ya Allah aku telah selamat  melahirkan.. tepat jam 11.50 pg ..istifar panjang zie... syukur sesangat... kemudian misi suruh buka mata dan suruh lihat anu baby dan teka laki ka perempuan.. zie kata lelaki... selesai....

Proses menggeluarkan uri berlangsung dan selepas uri keluar..proses jahitan luka lah... misi kata sikit jer.. emm yelah.. selesai..
Ada misi lain datang bagitau dan minta maaf sebab tak panggil suami masuk, kerana wad ni terlalu ramai pesakit tu yg pihak mereka tak dapat tunaikan tu.. zie kata haah tak apa saya faham..harap suami pun paham.. 

Baby diletakkan kat Zie, tapi zie mintak misi bawak baby kepada abahnya supaya di Azankan dahulu...selesai

baby diletakkan sekejap kat mama.. tak sempat pun nak beri susu misi kata baby kena tahan kat wad NICU yer sebab berat sangat... so zie redha jer...
Selesai 24 jam berlalu..

Oleh kerana wad 9 penuh, so terpaksalah tunggu disitu sampai wad kosong...pukul 3 baru ke wad 9.. masa tu baru jumpa suami... abah kata tadi dia teman baby ke wad 12.. nanti petang abang bawak sayang jumpa baby... 

Waktu tu baru terasa sedih dihati, mulalah air mata ni mengalir... teringatkan baby kat dalam... huk huk..
masa sakit bersalin tadi setitik air mata pun tak ada. 

Malam tu tidur tanpa baby disisi... sedihkan? huk huk... sabar jerlah...


Muka lepas nanges... masa ni dalam wad NICU

Nak tengok Gambar baby rayyan KLIK SINI

18 comments:

Wanieys said...

sedih kan duduk asing dgn baby pas bersalin...

salam perkenalan dr wani
follower ke 272

Cute Mum said...

adoi.. bila baca entry nie rasa seram sejuk nak bersalin.. sebab teringat sakit masa bersalin dulu..
nasib tak lama prosesnya.. masuk pukul 4 lebih, kul 7 dah bersalin..
harap kali kedua pon cepatlah bersalin n kalo boleh taknak kena jahit..

baby khalish sangat comellah.. geram..

Nazayiena said...

Tahniah Zie dah selamat bersalin bb boy,berapa berat bb nie spi masuk wad NICU?

izan mama mia said...

tahniah..dapat lahirkan cara normal walau baby besar...saya dulu 3.6 kena opret..huhu...
mmg sedih pisah ngan anak kan saya dl 3 hari pas tu br jumpa anak kat nicu....wah...dah ada hero yer...bestnyer..tahniah sekali lagi

LYAfrina said...

alhamdulillah..semuanya selamat.. mujurla x alami kesakitan y lama kan... dah nk bersalin bru mula rsa... mmg sedih bila lps bsalin..tp x bpluang bsama ank.. sama mcm lya n asya dulu.. berminggu bpisah..bru leh jumpa..

::NureeN:: said...

alhamdulillah... slamat datang bb rayyan.. org kata klau air ketuban pecah mmg sakitnya kurang, beza ngan nureen sbb nureen air ponx darah pon x turun, juz sakit ja cuma x lama la dlm laboor room..
mmm nureen agak pelik knpa ya nurse pesan teran tanpa suara ya? sbb nureen teran beranak mmg x der suara.. pastu kaki dok atas palang besi, tangan x pegang kaki pon tp pegang tangan husband sebelah sebelah lg pegang tilam..
lain hspital lain caranya kot no.. heheh

IntaNBerliaN said...

teruja baca cite kak zie sbb xsgka baby besar n kak zie mampu teran.. tahniah!!

eemmm tp nape kalu baby berat, kne duk nicu yer?

Zie said...

@::NureeN::enth lh tak phm jugk... mgkin akn melemhkn kita kot... kata org pulk kalu kaki digantung sebb dah tak kuat... emm tiga2 ank memng pegng kaki sendiri... cuma kli ni rasa sush coz tak ada org nk ampu belkng kita masa teran....apun alhmdlillh dah selmt

Zie said...

@LYAfrinaala yeke... lgi sedih kan?

Zie said...

@IntaNBerliaNitulh mulatu pun tak phm... doktor pun mcm mrh kalau bby besar.... tkut sangkut kat leher...oleh sebb kn bhu bby cedera...
bby kena thn wad nicu coz nk cek gula dlm darah je...tkut bby ada penykit lain... pastu ok tak palh... Bby pun boleh blik. mcm biasa...

Zie said...

@izan mama miaoo ye ker... emm bergantung pada kekutan ibu jgk kot... zie dulu 3.5 lbih bernk norml... yg ni 4.3 pun kuteran sampai keluar jgk... hukhuk tkut kena operate

Zie said...

@Cute Mumcepatnya... mudhn yg ni pun cpt jgk...

Lynn said...

hehe..bila tengok khalish..rasa cam nak ngandung lagi je..huhu..eh tak mau lagi..tak ada org jaga...besar wei..tu la hang..asyik masak..makan..masak..makan..alhamdulillah tak kena operate...rindu nak jumpa..

Myra Jay said...

Pengalaman bersalin setiap orang berbeza, Myra yg baca pun meremang..

Alhamdulillah baby dan Ibu selamat :)

Ummi Iman said...

Kagum. Baby besar tapi lahir normal.

Zie said...

@Lynnjomlh tmbh bby... Leh join ibu 3 ank... hukhuk

Zie said...

@Myra Jaybetul tu memng berbeza.... apapun syukur semuanya dah selamt..

Zie said...

@Ummi Imansemangat ibu sama....

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (32) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (25) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Minatku.. (11) Segmen (11) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) PJJ UMCced (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Penang (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Rayyan Taska Sekolah (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Aktiviti Keluarga (1) Astro (1) Autoshow (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Berkelah (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Fesyen (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Guru separuh masa (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers