



Walaupun dilanda dengan pelbagai kontroversi, namun ia tidak mematahkan semangat Ana Dahlia & Chef Friz, anak kepada Chef Wan untuk melangsungkan majlis pertunangan mereka di kediaman Ana Dahlia di Changkat Jering, Taiping, Perak.
Rombongan pihak lelaki yang turut disertai oleh Chef Wan membawa lima dulang hantaran dan sebentuk cincin sebagai tanda pertunangan. Menurut sumber terdekat, majlis pernikahan mereka dijadualkan akan berlangsung di tempat kelahiran Chef Wan iaitu di Sungai Koyan, Raub, Pahang. Pemilihan lokasi itu dibuat atas permintaan ibu Chef Wan sendiri.
Berkenaan kontroversi pula, ramai pihak yang terkejut setelah berita mengenai status janda Ana Dahlia dilaporkan dalam sebuah media. Bagaimanapun, Chef Wan dalam satu kenyataannya tidak kisah mengenai status tersebut dan menerima Ana Dahlia menjadi sebahagian daripada keluarganya.







8 comments:
tak kisahla status apaa pun.. yg penting, perangai kita tu.. baik.. hormat org tua dll..
gown dia tuh..part yang bawah tuh dah mcm corak2 kat fondant cake sekali tengok.. hehe~
@IntaNBerliaNTulah tak kisah lah janda ke apa ker, yg penting jujur..
@Fatin Mraz emmm tapi cantik betullah gaub dia tu , ni baru tunang sok kahwin tah lagi hebat..
@eilaTulah cantik, buatkan semua orang jeles. hehehehe
shah kater pelakon tuh mak J eh?
Semoga hubungan diorang kekal..
Memang cantik Ana ni, badan macam anak dara :)
@Myra Jay Sama-sama kita doakan
Post a Comment