Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.
Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.

Ha nilah Kapal yang disumpah tu. Kalau ketuk kat atas kapal (batu) ni memang bunyi cam kosong je kat dalam dia.
Dari puncak akan kelihatan permandangan indah negeri Kedah terutama permandangan sawah padi yang luas terbentang bak saujana mata memandang.
- 1884 telah ada kerja-kerja memecah batu di atas puncak Gunung Jerai . Sebuah bangunan misteri terdapat di sana dipercayai 1000 tahun. Binaan ini tidak dketahui oleh kebanyakan penduduk tempatan. Kini binaan tersebut telah hampir dimusnahkan oleh kerja-kerja meratakan tapak bagi stesen radio.
Cantik betul permandangan disini sesiapa yang nak dengar kicauan burung tanpa deruman kereta silalh kesini memang jauh dari laluan kenderaan. Leh junggle Tracking lagi.
- Dari Butterworth mengikut jalan persekutuan (1), memandu ke Sungai Petani, melalui Bedong, Kedah. Kemudian ke Gurun. Dari sana ada jalan tar menuju ke stesen radio sepanjang 11 km. Ada sebuah hotel di sana yang sekarang telah diambil alih dan dinamakan The Regency Jerai Hill Resort. Ada tapak perkhemahan dan tapak perkelahan di pertengahan jalan.
- Mengikut Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, dari Tol Sg. Dua, Prai menuju utara dan keluar di Exit Gurun. Belok kiri selepas tol, kemudian belok kanan di simpang lampu trafik.
- Dari utara melalui Guar Chempedak, Yan Kecil dan ke Yan Besar . Anda dakilah dari Yan Besar melalui trak lama.
- Sumber
- Gambar ALBUM ILKM Jawi
| Maklumat ringkas | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Kedah |
| Daerah | Kuala Muda |
| Mukim | Yan |
| Kampung | - |
| Jenis gunung | Hutan Dipterokarpa |
| Taraf gunung | |
| Letupan terakhir | |
| Tinggi | 1,217 meter 3,992 kaki |




























6 comments:
last masa gi gunung jerai masa umur 18tahun... sekarang tgk makin cantik.. nak pergi lagi tapi gerun nak daki tambah2 bila naik dgn kereta.. sekarang ni x tahu la cmna jalannya.. still sama mcm dulu ke dah berubah
@Zie Fauzi Jalan sekarang dah ok, Bas pun dah boleh naik, memang jalan di agak cerun, dan gerun, dulu gi sana naik moto jer. hehehe
brapa suhu kat sana? nmpk sejuk ..
@Fatin Mraz Tah lah tak prasan, tapi pagitu hujan renyai-renyai tu yg lgi berkabus dan sejuk tuh..
cantiknya tmpat nie.. air tok sheikh tu mcm prnh dgr..
mmm..tak payah pikir2 nak p honey moon ke mana..balk p gunung jerai je lah..
dekat2 pon dekat..hihi
Post a Comment