Wednesday, 22 February 2012

Apa Kelebihan Susu Ibu?

Salam hari Rabu,, pagi kelmarin pergi chekup kat KKIA misi kat situ beri nasihat tentang kebaikan dan faedah susu ibu kepada bayi... emmm dia cadangkan kalau kita bekerja , start dari dalam pantang atau cuti bersalin tu kita mesti dah mulakan perah dan simpan susu untuk stok anak. Masalahnya Zie masih lagi  terfikir2 boleh ke aku nak menyusu anak sepenuh masa ni... sempat ke nak perah susu dan simpan untuk di buat stok? Teringin jugak nak menyusu badan sepenuhnya.. tapi takut tak termampu nak melaksana.. tak susah ke nak rendam susu dengan air hangat bila baby dah mula mintak susu..macam2 persoalan timbul.
Memanglah sebelum ni pernah menyusu Dina & Dania tapi bila dah bekerja zie gantikan dengan susu formular. Ye lah kan nak hantar rumah orang, tak nak lah menyusahkan org pulak nak sediakan susu anak kita. Argggghhh macam2 di fikiran sekarang mudahan dapat
 pertunjuk nanti supay dipermudahkan niat hati nurani ku untuk menyusukan anak sepenuh masa..

Sambil2 tu search kat google mudahan akan mendapat 
tips dan cara mudah untuk menyusu sepenuh masa ni...
Sebelum tu jom tengok Kelebihan Susu Ibu


Kelebihan susu ibu

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

Faedah penyusuan terhadap ibu

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari

* mengelakkan pendarahan selepas bersalin

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.


Proses pengeluaran susu

Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi anda. Anak saraf di dalam puting dirangsang apabila bayi menetek.

Kemudian isyarat dihantar ke otak yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada.

Semakin kerap bayi menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil.

Kala bayi menyusu ia akan merangsangkan pengeluaran oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.

Walau bagaimanapun proses mudah dan semula jadi ini tidak akan berjaya jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan. 
Proses pengeluaran susu.







P/s : Kawan-kawan ada tips bolehlah share kat sini..

Tuesday, 21 February 2012

Sarung Tilam Dan Bantal Baby

Alamak penantnya, semalam kerana merai tetamu... (tiada kena mengena dengan tajuk)

Berbalik pada tajuk , Ha ha , mesti korang ketawa kan, coz Zie masih lagi buatkan sarung tilam dan bantal baby.. yer lah mana tak nya sekarangkan zaman moden mana lah ada lagi orang gunakan tilam kabu cenggini tuk baby... 
Orang sekarang siap beli ja kat kedai baby dah bermacam2 rekabentuk dah.. kalau beli katil baby tu siap ngan tilam semualah kan. tapi zie masih tak menggunakan katil baby, cuma tilam kabu ini semata...
Mak zie yang buatkan set tidur baby ni.. dari Dina dulu sampai la ni...nak masuk 3 anak
.. so Zie cuma buat sarungnya ( ketiga2 sarung tilam zie buat sendiri)
tak susah pun.. gunting sana sini, lipan situ sini, jahit hujung situ dan sini dah siap...

Kali ni tema Angry Bird plak..
hehehe apapun sesimple yang ada ja..

Bantal kali ni berlebih2 lah pulak,, sampai 4 hehehe..






Tak survey sangat pun kain kat kedai.. main ambik apa yang ada..kaler biru atau hijau tak ada lah pulak.  tak mahal pun kurang 10 ringgit semeter. bukan nak guna lama pun kan, sekejap ja,  masa baby, lepas tu,simpan stor lah
Syukur jugak Dina dan Dania dulu tak buat bantal buchuk, 
kalau tak, diusungnya bantal tu sampai besar kan?






Kita dah siap2 kemas lepas jahit, ada plak makhluk Allah berdua ni. elok ja dok berebut.. emmm  Dania kalau dapat kat dia semua dia nak ka kawal...

Apapun satu masalah dah selesai...
Bila dah siap legalah satu beban

Tapi yang syoknya tengah best dok menjahit tak perasan yg Dania ambil kerusi kecil tu letak kat ats sofa dan dia duduk atas kerusi tu... pastu dia dok seronoklah duduk kat atas tu.. 
tiba2 kerusi tu tersenget dan Dania .................


jatuh tersembam kelantai depan mata mama, aduh panik jugak... 
takut bengkak/ calar/ luka pulak...
cepat2 mama terkam Dania sambil gosok muka dan perhati kat mana yg luka...
belek punya belek rupanya kat bawah dagu tu calar sket... mungkin tergeser ngan tikar.... 
emm nanges kejap, pastu buat bagi dia ketawa... ok dah... Ingakan boleh patah gigi  Dania tu...
Bikin mama cemas jer...
bak kata eb budak Notti2 ni...



Pastu mama amik gambar Dania dan tunjuk luka tu kat dia... dia ketawa dan kata Arah, jatuh kerusi


P/s : emmm bilalah pulak nak cari baju baby ni.. emmm mood nak gi shopping belum datang..malas... menguasai diri.

Monday, 20 February 2012

Hari Hijau Sedunia @ Lenggong

Salam Isnin, kembali bertugas seperti biasa yg pasti semkin bertambah kerjanya, 
mudahan dipermudahkan segala urusanku.

Januari lepas kami satu ofis gi MRSM  Lenggong... habis lawatan tu time nak balik sempat bergambar beramai-ramai..
cantik pulak bila bergambar beramai2 macam ni..
Alamak tunggu.. zie, husna dan kak wan belakang sekali tu, yg lain dah beratur nak bergambar kami bau nak sampai... maklumlah tadi tu kena mendaki kejap...aduh penat tercungap2.

Ha baru Sampai, Zie yg ber beg biru tu...



Gambar ni tanpa kameraman... biasalah si Mizan tu mesti test dulu, sebelum dia masuk sekali.

Ha yg ni baru termasuk Mizan, cukup 29 orang.
 kami kat sini buat lawatan sambil mersyuarat.

Dalam perancangan Kelab maybe kami akan ke Hutan Belum Pulak..
Insyalallah kalau tiada aral..


Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers