Wednesday, 22 February 2012

Apa Kelebihan Susu Ibu?

Salam hari Rabu,, pagi kelmarin pergi chekup kat KKIA misi kat situ beri nasihat tentang kebaikan dan faedah susu ibu kepada bayi... emmm dia cadangkan kalau kita bekerja , start dari dalam pantang atau cuti bersalin tu kita mesti dah mulakan perah dan simpan susu untuk stok anak. Masalahnya Zie masih lagi  terfikir2 boleh ke aku nak menyusu anak sepenuh masa ni... sempat ke nak perah susu dan simpan untuk di buat stok? Teringin jugak nak menyusu badan sepenuhnya.. tapi takut tak termampu nak melaksana.. tak susah ke nak rendam susu dengan air hangat bila baby dah mula mintak susu..macam2 persoalan timbul.
Memanglah sebelum ni pernah menyusu Dina & Dania tapi bila dah bekerja zie gantikan dengan susu formular. Ye lah kan nak hantar rumah orang, tak nak lah menyusahkan org pulak nak sediakan susu anak kita. Argggghhh macam2 di fikiran sekarang mudahan dapat
 pertunjuk nanti supay dipermudahkan niat hati nurani ku untuk menyusukan anak sepenuh masa..

Sambil2 tu search kat google mudahan akan mendapat 
tips dan cara mudah untuk menyusu sepenuh masa ni...
Sebelum tu jom tengok Kelebihan Susu Ibu


Kelebihan susu ibu

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

Faedah penyusuan terhadap ibu

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari

* mengelakkan pendarahan selepas bersalin

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.


Proses pengeluaran susu

Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi anda. Anak saraf di dalam puting dirangsang apabila bayi menetek.

Kemudian isyarat dihantar ke otak yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada.

Semakin kerap bayi menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil.

Kala bayi menyusu ia akan merangsangkan pengeluaran oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.

Walau bagaimanapun proses mudah dan semula jadi ini tidak akan berjaya jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan. 
Proses pengeluaran susu.







P/s : Kawan-kawan ada tips bolehlah share kat sini..

16 comments:

Kakzakie said...

Kakak dulu macam Zie masa di rumah bagilah susu badan bila kerja terpaksa bagi formula. Kakak dulu tak alert lagi - masih naif. Tapi sebenarnya bolehlah Zie... daripada kita buang kat bilik air tu baik masuk botol simpan kan...

fieda said...

kak fieda dulu tiga2 anak sempat menyusukan sekejap jer dlm 3 bulan....huhuhu

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Zie..mmg byk cabarannya dlm penyusuan ibu ni trutama ibu2 yg brkerja.Kena kuat semangat...
Anak k.atie yg sulung pon xlama menyusu badan sbb k.atie brkeje..cuma yg bongsu tu yg terrrrlbh menyusu,Usianya 4 1/2 tahun masih menyusu lagik....sbb tu trlbh manja.hihi

IntaNBerliaN said...

Kak zie.. confirm boleh punya kak zie menyusu badan... tapi k.zie kne betul2 tekad & yakin yg kak zie mampu menyusukn ank.. kene selalu motivasi diri.. contohnya cakap " aku nak susukan anak aku dgn susu yg terbaik didunia.. susu ciptaanNYA.. bukan susu formula... Aku nak jadi ibu yang baik..so, aku sanggup berkorban masa aku dengan sanggup berjaga semata2 nak mengepam susu untuk anak aku"..

itu contoh je lah kak zie.. yang penting.. kak zie kne kuat semangat, betoi2 bertekad n jgn mudah mengalah.. setting minda kak zie ttg penyusuan susu ibu ni..

Pegang pada prinsip "Nak seribu daya taknak seribu dalih"... Jangan sesekali pikir negatif... pikir positif je.. InsyaAllah Tuhan akan membantu jika niat kita baik.. :-)

Zie said...

@Kakzakie Insyaalah akan diusahakan

Zie said...

@fieda ala kejapnya sis... apapun tak pa.. janji sihat..

Zie said...

@♥♥azatiesayang ♥♥ wahhh biar betul sampai 4 tahun.... emmm

Zie said...

@IntaNBerliaN Itulah yg misi tu cakap kena ada tekad dalam diri... tq dear bagi semangat... insyallah akan ku cuba usahakan

izan mama mia said...

Insyaallah..belum cuba..belum tahu Zie...sekarang dah ada mcm2 alat perah susu...sure zie mampu lakukan demi untuk anak...Izan dah stop bg susu badan setelah anak 2 tahun...ehe..selamat berusaha zie..semoga berjaya.. (*_^)

LYAfrina said...

lya dulu xde pluang nk bf asya..mmg sedih sgt2... time ada kolestrom tu..mmg lya bg kat asya... pastu..nk teruskn myusu x dpt..sbb lya sakit..kna ambik ubat seumur hidup..

susu ibu mmg khasiatnya... xpe..cuba takat y tmampu jer.. x perlu memaksa :-) apa2 pon usha tangga kejayaan

Zie said...

@izan mama mia Tq ... dulu dania memang bagi sampai 2 tahun tapi disulam dengan susu tepung... yg ni kena usaha lebih sket..

Zie said...

@LYAfrina Emm itulah kan cuba yg termampu... insyallah apapun zie cuba dulu

m.u.l.a.n said...

alhamdulillah anak 2 orang ni dapat saya susukan hingga 2 1/2 tahun..

memang boleh tengok bezanya dgn anak2 sedara yg minum susu botol.. budak berdua ni jarang demam & sakit.. alhamdulillah..

YaYaNsMuM said...

boleh insyaallah. YM dulu alhamdulillah, eksklusif 6 bulan. Tapi lepas tu, dah kene stop sebab my son pesakit jantung, nak menyusu bdn mmg perlu energy,dia tolak, mgkn sbb dia tak larat.sedih sgt time tuh.tapi, takpelah, yg ptg dia sihat kan. Owh yer, dulu YM selalu join susuibu.com, kat situ banyak sgt tips2 yg berguna utk ibu2 yg menyusukan.YM byk belajar dr forum kat situ.Mmg terbaek!

Zie said...

Oo ye ke... mudahn ada berkat susu ibu disitu

Zie said...

Oh ye ke kesiannya... Dekrg hrp dis dh siht....ok dah cuba tgk web site tu mmg byk info... terima ksih ats skgn...

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (32) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (25) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Minatku.. (11) Segmen (11) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) PJJ UMCced (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Penang (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Rayyan Taska Sekolah (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Aktiviti Keluarga (1) Astro (1) Autoshow (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Berkelah (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Fesyen (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Guru separuh masa (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers