Thursday, 7 June 2012

Timbang Baby Hari Ke 10

Semalam genap 10 hari baby Khalish so hari untuk baby timbang berat... 
mama pun teruja nak tau berapa berat baby sekarang....
jom tengok proses timbang bayi dengan alat penimbang yang misi bawa ni..
memang unik... 
Proses menimbang hari ke 10... ingatkan misi dah tak mai.. 
rupanya depa mai waktu petang...
so tengah asyik baby khalish dok tidur kena kejut dengan misi...



Ishhhkkk orang nak tidur pun tak senang...huarrrr

kan dah di bogelkan... 
Jom timbang


Ikat dia kat sini

Pastu kat sini

pastu angkat... emm mak ai berat baby naik
dari 4.3 kg ke 4.4 kg 
hehehe

 
Jaga-jaga tergeliat kang jari misi tu..


dah selesai..

Haa lega misi dah balik.. leh sambung tidur ..zzzzzzzzzzzzzzzz

p/s ; walaupun asyik melayan Lappy tapi hati masih ingatkan Dania... emm sabar jelah...
saja sibukkan diri, kalau asyik atas katil takut fikiran melayang...


Wednesday, 6 June 2012

Jauh Hati

Alhamdulillah dengar khabar Dania makin pulih... 4 hari dia bertahan dengan kesakitan, kegatalan.. dan simpati kasih orang (bukan mama sendiri)... mudahan anak mama kuat dan tabah.. yer sayang

berbalik pada tajuk....

Pertanyaan Nureen membuatkan hati ini teringin nak berkongsi kisah Jauh Hati. 

Hari kedua baru Abah bawa Dania jemput mama kat hospital...Bila dia nampak mama muka macam sedih tapi ditahannya.. pastu mama tunjuk baby kat dia, Dania asyik bertanya mama apa ni? ni baby.. oo baby... dia nampak teruja..
Bila sampai rumah kat kg.. mama perasan Dania asyik main sendiri ja... langsung dia tak perdulikan mama dan baby kat dalam bilik... dia tidur dibawah dengan abah... kalau dulu dia mesti tidur dengan mama...
Tapi nampaknya dia tak kisah tidur dengan abah dibawah... bangun pagi dia terus keluar dari bilik dan main sendiri kat luar... melayan kucing kat luar bilik... tanpa hiraukan mama dan baby...

Sekali sekala dia masuk bilik tanya lagi.. mama apa ni? ini baby... oo baby... jenuh mama terang soalan itu jugak yang dia tanya... huk huk ...
tapi sikit pun dia tak sentuh ... lepas dia tanya terus dia keluar... bila time tidur.. dia tertidur sendiri kat atas sofa... mandi susu semua abah buatkan...

Sehinggalah dia demam campak ni.... pagi tu mama turun dari katil dan tidur sebelah Dania.. usap dia sket pastu dia dekatkan diri dia ke mama peluk dan cium mama... sampai kelmarin baru jumpa dan mama cium dia tapi tak puas sebab keadaan dia.. emm
Kiranya jauh Hati Dania agak lama lah... sampai Demam campak...

Masa tengah mengandung pun kebanyakkan makcik2 dah tegur kata Dania ni merenget semacam ni sebab Jauh hati dengan baby yang mama kandung... emm ye ker.. Zie rasa biasa jaa..

Dina pulak masa dapat Dania dulu emm rasanya tak macam ni... Dina lebih excited jumpa baby Dania... pastu  tidur mesti sebelah mama lagi.. tak mau berenggang dengan mama... kalau orang usik nak ambil  baby Dania pasti dia marah... gembiranya bukan krepalang.. sampaikan mama naik kerusi roda bawak baby pun dia masih ingat lagi sampai sekarang... bayang kan masa tu umur dia rasanya sama Dania jugak 2 tahun lebih...(mungkin sebab Dina sudah petah berkata2 berbanding Dania kot)...

p/s :Apapun harap Dania tak jauh hati lama2 dengan mama... mama sayang semua anak mama...  kasih sayang mama takkan berbelah bahagi... semuanya sama... Sayang Dina Dania dan baby Khalish

Zie Dan Dania

Dugaan Dalam Pantang

Ya Allah ... Istifar panjang Zie, hari ke tujuh Zie berpantang Dania disahkan demam campak... ya Allah sedihnya saat itu hanya Tuhan yg tahu...

Pagi tu abah terus bawak Dania kerumah tok ( makngah) tinggal kat sana... dan dijaga oleh tok....
Ya Allah Dugaan apa yg kau berikan ini...
Bukan tidak redho dengan ujian ini.. tapi saat dan ketika ini mama tak mampu nak jaga Dania dan baby sekaligus.. maafkan mama... sepatutnya mamalah yang menjaga Dania... bukan Tok ( makngah)...

Maafkan mama sayang... mama hanya mampu melihat dan berdoa semoga anak mama cepat sembuh...
2 hari Dania kat rumah makngah tanpa melihat situasi Dania... mama ok lagi hanya sedikit kesedihan..dan tanya perkabaran Dania melalui abah yg beulang pergi jengah Dania..

Hari ketiga mama gagahi pergi rumah tok nak tengok Dania...

sampai je kat sana belum pun sempat jejak kaki masuk mama tengok Dania Ya Allah banyaknya bintik campak tu... hampir seluruh badan Dania, muka tangan dan kaki... semuanya berbintik... sedih luluh hati mama....
Air mata ni bagaikan air sungai selepas hujan laju menyusuri muara....

Kasihan lihat anak kecil itu yang tidak bermaya... kulihat Dania kesedihan bila Zie melangkah masuk.. ingin aku peluk anakku itu, namun melihatkan bintik yang begitu banyak.. menyebabkan mama rasa takut, takut Dania kesakitan...tangan ku di pengangnya erat tanda tak mahu dilepaskan.. ( kata makngah dania jauh hati sebab ada adik baru)
Makan minum langsung tak disentunya hanya sedikit air.. susu pun tak mahu.... memang nampak Dania sedikit susut.

kepada tok tempat dia menumpang manja... kasihan aku lihat... (sambil menagis teresak-esak)
Masuk si abah.. tengok mama menagis terus dia marah dan cakap mama tu dalam pantang janganlah dok sedih macam ni..berkali2 dia suruh mama berhenti menangis, manalah boleh berhenti bila tengok anak yang dalam kesakitan itu.....

memang tak sampai hati nak tinggalkan Dania... nak je dia dibawah penjagaanku sepenuhnya.. tapi takut dijangkiti baby Khalish.. Hasrat itu berkubur ja...

Rasa bersalah sangat2.. tapi apakan daya mama... mama berharap esok akan ada berita gembira, mudahan Dania semakin pulih...Ya Allah kau pulihkanlah Dania seperti sediakala... Ingin saja melihat mulutnya yang bercakap banyak itu. dan gelak tawanya..

p/s : setiap kali berpantang ada saja dugaan yang melanda.... pasti ada ja yang membuatkan hati ini tersentuh dan menagis...mudahan tidak ada perkara yang tak didingini berlaku...semoga hati ini kembali tabah dalam menghadapinya...


Agak blurr gambar ni kalau real lagilah rasa kesian dengan biji yg berair tu..
Dania dipangkuan tok

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers