Tuesday, 5 June 2012

24

Macam citer omputeh 24 pulak.. ni tiada kena mengena dengan citer tu... ni adalah cerita 24 jam sebelum kelahiran baby Khalish Rayyan. emmm

27 Mei 2012
Masih tidak merasa kesakitan atau apa2 tanda, suami ajak pergi Sungai Petani, pergi hantar Dina kerumah tok dia. So mama terus ajak gi kenduri Mizan dan Dayah kawan ofis, kat Taman Ria.. Kelmarin kenduri rumah Dayah dah tak pi hari Ahad gi rumah Mizan pun tak palah.. coz dua-dua kawan opis senang...

Jam 11 pagi
Kami bertolak sampai umah MIL dalam kul 12 hantar Dina dulu pastu terus gi makan kenduri.. kat sana jumpa Kak Arah emmm rindunya  ( Kak CC yg pencen tahun lepas) jumpa kat rumah Mizan... makan semeja dengan dia dan Dee.

Jam 2.30 ptg
Jumpa Fida (bukan Sis Fieda tau) ni Fida kawan Zie dia balik SP cuti sekolah.. jumpa dia kat Masjid Taman Ria..sembang lebih kurang. solat, pastu balik..(dia pun tengah pegnent) hujung tahun baru baby keluar..

Jam 4 ptg
On the way balik Sungai Duri.. sebelum tu singah kat Tesco Extra dan Giant SP cari ubat bersalin tapi tak jumpa... emm keciwa.. sampai rumah kul 6 ptg.

Jam 9 malam
post dalam FB bagitau baby lam perut aktif sangat.. entah2 malam ni dah nak keluar apa..


Jam 11 malam
Tidur macam biasa.. bzzzzzzzzzzzzzz

Jam 2.30 pg
Rasa nak buang air kecil.. gi toilet..
pastu tidur balik.... sebelum lelap tu macam22 lah dok pk... emm tak sakit pun lagi... maknanya esok kena pi chek up macam biasalah kat klinik kesihatan Sg Duri... 

Jam 3.00 pg
Tiba2 rasa sesuatu keluar dan membasahi......... emmm hati bedebar.. apa ni? air ketuban ker? tapi sikit jer... cuba bangun nak ambil tuala buat lapik tidur ( berangan nak tidur lagi he he)
masa nak bangun dan jalan tu keluar lagi airnya meleleh... cuba rileks lagi.. tak mau nak kejut kan suami lagi... malas nak kacau dia.. coz rasa macam lambat lagi sebab air ni turun sikit2.
cuba releks dan baring ingat nak bagi jam 6 baru nak kejutkan suami.. lagi pun kesian jugak kat Dania tengah syok tidur kena kejut dan hantar rumah tok. emmm ....

Jam 4.30 pg
Dania jaga nak susu, suami pun terjaga buatkan susu kat Dania.. masa tu baru bagitau kata mama dah turun air.
Dia kalau kejut bagitau cam tu terus lompat bangun call mangah nak hantar Dania terus mandi dan siap..Pantas betul... Zie jer yg masih buat2 lambat.. hehehe.. bukan apa takut lambat lagi nak bersalin... tapi kalau tak pi Hospital awal2 pun takut jugak kalaulah kata tak sempat maunya beranak dalam kereta, mau berpeloh suamiku ni...

Jam 5.15 pg
Kami keluar dari rumah hantar Dania.. emm sian dia menangis.. tapi tabahkan hati mama nak gi Hospital ni... nanti mama balik yerr...jaln ok sunyi sepi, coz masih awal pgi...
Masa dalam kereta tu dahsakit 5 minit sekali.... bila perut mengeras air pun keluar sekali... tuala yg zie lapik tu lencun.... tiba2 perut pulak lapar.. singgah mc D.. sempat lagi tu.. hehe.. makannya sikit jer...sebelum tu dah kunyah buah kurma 2 3 biji...buat penambah tenaga... dah tahu sampai sana sat lagi memang tak sempat nak makan apa dah.....

Jam 6.45 pagi 
sampai hospital, terus depa tolak masuk level room....
Chek bukaan baru 2 cm

Jam 11 pagi
Zie dan kurang sedar coz dah dicucuk ubat tahan sakit... bila time tak sakit rasa cam nak tidur jer... bila betul2 sakit baru terseedar balik... proses tu berlaku sehinggalah rasa betul2 nak beranak...
Dalam keadaan sedar dan tak..dah mengerang nak beranak ataupun rasa cam nak berak.. misi semua dah standby.. suruh teran Zie pun pulun teran sambil tangan pegang kaki... (boleh lupa macam na nak teran)  dalam hati dok ingat suami tak sempat masuk.. coz haritu ramai orang nak bersalin... sedikit kecewa dan rasa tiada pemberi semangat kat belakang... kalau ada suami disisi boleh jugak naikkan kepala kita ni  sket.. senang sikit nak teran.. huk huk...

Psoses meneran tu disusuli suara, misi kat situ cakap jangan bunyi suara  tahan nafas dan teran jer... kita yg terlupa cara nak teran ni pun jenuh nak amik semangat terann tanpa suara.. huk huk... 
Bila sakit nak teran tu datang ok lah tiba2 dia hilang sakit tu agak lama so zie pun tak teran lah, misi kata dik kamu kena betul2 teran baby kamu dah lemah ni.. dengar2 misi kata camtu zie pun pulun teran sekuat hati, kemudian terasa seperti hilang separuh nyawa dan tiba2 rasa beban teran tu hilang bersama tangisan baby..

Ya Allah aku telah selamat  melahirkan.. tepat jam 11.50 pg ..istifar panjang zie... syukur sesangat... kemudian misi suruh buka mata dan suruh lihat anu baby dan teka laki ka perempuan.. zie kata lelaki... selesai....

Proses menggeluarkan uri berlangsung dan selepas uri keluar..proses jahitan luka lah... misi kata sikit jer.. emm yelah.. selesai..
Ada misi lain datang bagitau dan minta maaf sebab tak panggil suami masuk, kerana wad ni terlalu ramai pesakit tu yg pihak mereka tak dapat tunaikan tu.. zie kata haah tak apa saya faham..harap suami pun paham.. 

Baby diletakkan kat Zie, tapi zie mintak misi bawak baby kepada abahnya supaya di Azankan dahulu...selesai

baby diletakkan sekejap kat mama.. tak sempat pun nak beri susu misi kata baby kena tahan kat wad NICU yer sebab berat sangat... so zie redha jer...
Selesai 24 jam berlalu..

Oleh kerana wad 9 penuh, so terpaksalah tunggu disitu sampai wad kosong...pukul 3 baru ke wad 9.. masa tu baru jumpa suami... abah kata tadi dia teman baby ke wad 12.. nanti petang abang bawak sayang jumpa baby... 

Waktu tu baru terasa sedih dihati, mulalah air mata ni mengalir... teringatkan baby kat dalam... huk huk..
masa sakit bersalin tadi setitik air mata pun tak ada. 

Malam tu tidur tanpa baby disisi... sedihkan? huk huk... sabar jerlah...


Muka lepas nanges... masa ni dalam wad NICU

Nak tengok Gambar baby rayyan KLIK SINI

Sunday, 3 June 2012

Selamat Datang Baby Khalish Rayyan

Alhamdulillah
Akhirnya lahirlah Insan kecil ini kedunia...
Terima Kasih pada semua kawan-kawan, mak ayah kaum keluarga dan 
tak lupa suami tercinta yang telah mendoakan keselamatan Zie dan baby....

Permata Hati Mama & Abah yang ketiga

Khalish Rayyan bin Zaini
28 Mei 2012
4.3 kg
11.50 pagi

Hilang rasa sakit bila memandang wajah bulat Khalish Rayyan

Beberapa Jam selepas dilahirkan 

Macam muka kakak Dina dan Dania tak ?

p/s : Terima Kasih sekali lagi diucapkan kepada kawan2 yang telah mengucapkan Tahniah kepada Zie samada melalui Telefon, FB dan Blog dan yg Sudi datang kerumah... Terima kasih banyak2. 


Sunday, 27 May 2012

Makan-makan @ De' Pauh Garden

Jumaat semalam balik kerja, hubby ajak makan kat luar.. mama tanya kat mana, dia kata kat De Pauh Garden.. emm kat mana macam tak pernah dengar... dia kata jomlah...
ok memandang baby tak mau keluar lagi, joomlah....
Tapi mama try search dulu tempat tu.. dah paham jalan baru kata kat abah ok...
dekat Petronas Permatang Pauh tu Abah kata kiri, mama kata kanan... emmm apa lah abah ni ajak mama tapi tak study betul2 jalan dia... sib baik mama cari jugak jalan dia...kalau tak tak jumpalah dibawak abah... hukhukhuk...


Bila sampai.. emmm hebat jugak restauran ni... memang ada kelaslah.. orang pun ramai gilezzz..
emm abah janji nak makan Ikan siakap so masa sampai dia nak ubah selera pulak.. mama kata no mama nak makan nasi jugak... so kami pun trylah Siakap Tiga Rasa ni wauuuu memang sedap....
siapa belum try memang rugi.... sedap memang tak yah cari tempat lain ...
kat sini pun dah terbaik...
Malam tu kami amik 3 jenis lauk jer.. maklumlah makan berdua jer... dina dan Dania bukan makan sangat...
tak termakan kami dek ikan yg memang besar ni...
Kerabu Sotong dan Tomyam...
Harga emmm RM 70.00 ikan saja dah RM 50.00
Standard dia lah kan makan berdua ni rasa rugi sket kalau makan ramai emmm memang rasa jimat... coz ikan yg besar ni boleh makan 5-6 org....
 






Harga kat sini rasanya memang lebih sedikit berbanding kat tempat lain...
coz harha air sirap bandung ni pun RM 1.80 huk huk...
Pelbagai menu ada disini Western nasi goreng Satey, burger, nasi lemak... dan banyak lagi....
Pastinya bila nak kesini lagi nak cuba yg lain pulak...





Ikan Siakap 3 Rasa ni memang sedaplah...







Jomlah ramai-ramai kat sini... Lokasi berhadapan dengan Politeknik Permatang Pauh..


Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers