IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, 29 February 2012

Chek List Keperluan Baby


Dibawah ini adalah barang dan perkara yang perlu di ambil berat sebelum, ketika dan selepas bersalin. Sesuai untuk pengetahuan ibu yang baru anak pertama. 
Ibu anak kedua ketiga pun boleh baca.. kot kot dah lupa leh imbas kembali 


Barang-barang yang diperlukan oleh baby:
  • Baju (butang depan..senang nak pakaikan pada baby)- 10 - 15 pasang dah memadai untuk pakai kat umah…baju nipis untuk waktu tengahari juga penting terutama kalau tempat yang panas.
  • Lampin-10 helai dah cukup sebab baby sekarang pakai pampers pakai buang.
  • Pampers-beli yang saiz new born saiz S sebab sesuai utk baby baru lahir..
  • Pelapik getah utk tukar lampin.beli pelapik yang ringan..senang nak angkat..
  • Kelambu baby untuk elak dari nyamuk dan atuk nyamuk dari gigit..
  • Tilam baby-kena ada sekurangnya 2-1 yang tebal dan bagus kalau dibuat dari kekabu.baby selesa..1 yang ringan..senang nak bawa g mana2..Bantal baby jangan tinggi sangat
  • Wet tissue-penting untuk lap najis baby waktu malam..sebab malas nak bangun basuh..
  • Tisu kena banyak…
  • Barut Baby –elak kembung perut…ada kat kedai
  • Stoking tangan n kaki baby-penting sebab kuku baby panjang nanti cakar muka dia.kaki pun sama..tapi kaki tak lah sampai cakar muka..hehe
  • Sapu tangan baby untuk lap susu lepas baby menyusu
  • Kain selimut baby-waktu malam
  • Jemuran bulat-senang sidai pakaian yang dibasuh
  • Tong sampah-buang pampers+wet tissue dsb..
  • Botol susu kecik..
  • Pencuci botol susu jangan guna sabun basuh pinggan..ada sabun khas..kat supermarket ada.
  • Sabun wangi badan yang buku untuk basuh pakaian baby.sabun basuh keras untuk baby…guna sabun mandi until baby 6 bulan, bila basuh kain lampin baby jangan guna berus atau apa pun hanya guna sabun mandi dan rendam2 sahaja.
  • Cotton bud baby
  • Ball Cotton untuk cuci pusat baby dsb
  • Minyak bayi utk sapu pada perut baby Minyat TYT / Yu Yee / Telon
  • Mandian, losen., syampu,bedak..
  • Apa-apa yang difikirkan perlu



Perkara yang perlu dibawa masa ke hospital utk lahirkan anak:
  • Kad mengandung, IC, GL
  • Baju baby sekurangnya 2 pasang, stoking tangan n kaki baby, selimut
  • Lampin sekurangnya 2 helai
  • Kain tuala 2 helai
  • Wet tissue sebab kena sapu najis baby…
  • Tisu kotak
  • Air selusuh or mineral water
  • Pad ibu kena banyak..
  • Baju mak, kain sarung sekurangnya 2 helai
  • Selipar Jepun’
  • Sapu tangan baby
  • Gelas atau cawan nak minum air
  • Plastik sampah..kot-kot nak letak baju kotor..
  • Stokin mak
  • Pampers- 5 keping
  • Kurma utk bagi tenaga sebelum berjuang..air minuman berperisa koko atau coklat
  • Apa apa makanan biskut kering atau roti.. lepas bersalin mesti lapar giler
  • Bantal baby atau kain sarung yang dilipat utk alas kepala baby.
p/s ada lagi ker yang tertinggal?

No comments:

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (64) Gelagat Dina (46) Gelagat Dania (45) Kisah Khalish (43) makan-makan (32) Berita (30) Aktiviti Pejabat (29) WW (22) ResipiKu Zie (20) Aku dan kawan-kawan (17) Menang Contest (17) My Pregnancy (17) Hadiah (15) Birthday (14) Kisah Puasa + Raya (14) Tazkirah (14) Dina Taska Sekolah (12) Jalan jalan (12) Kek (12) Kisah Dania (12) Segmen (11) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Hiburan (9) Kisah Dina (8) Kisah Keluarga (8) Kisah anak-anak (8) top (8) kursus (7) Cuti-cuti (6) Pengantin Popular (6) Ucapan (6) Anak Artis N selebriti (5) Kawan Blogger (5) Kisah Anakku (5) Shopping (5) Cara Latih Anak (4) Dina N Sepupu (4) Doa (4) Info (4) Kelantan (4) Terengganu (4) perkembangan Rayyan (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Dania Taska Sekolah (3) Iklan (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Penghayatan Bersama (3) Perkembangan Bayi (3) Ucapan... (3) barang baby (3) biskut (3) koleksi peribadi (3) Aniversary (2) Batik (2) Berpantang (2) Breastfeeding (2) Camera (2) Cameron Highland (2) Family Day (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Mengundi (2) Model Mama (2) Nuffnang (2) PANTANG (2) Pendidikan Kanak2 (2) Video (2) petua (2) Aiskrim (1) Astro (1) B (1) Baby Baru (1) Buat sendiri (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) Crepe (1) Demam (1) Duit Lama (1) Durian (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) HP (1) Hotel (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kejayaan anak-anak (1) Kenduri (1) Kuala Perlis (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Melaka (1) My Business (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Penginapan (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wangian (1) churp-churp (1) kempen (1) kisah (1) p (1) produk pilihan (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...