Monday, 27 June 2011

Baru Dapat Tips untuk Nuffnang

Setelah sekian lama berblog baru semalam dapat tips dari Cik Azizah kita macam mana nak dapatkan BE nuffnang.. Sebelum ni tak tergerak pun nak baca entry berkaitan nuffnang kali ni tah macam mana leh klik n baca. So Barulah Zie faham.. Apa lagi Hari ni 27 Jun 2011 terus Zie cuba Tips yang diberikan Cik Azizah. Nampaknya tak sampai sehari En. Nuffnang kita dah bagi kat Zie BE baru... So terima kasih Cik Azizah yang bagi tips dan En Nuffnang yang dah bagi BE...

ni antara apa yang en Nuffnang balas selepas Zie hantar Teket baru untuk Nuffnang

Here is the response made to your ticket. Please do not reply to this email directly, use the link above
to reply.

Hi Roziah,

Sebenarnya, apa yang anda cuba maksudkan ialah kempen CPM, bukan "Buffered Earnings". Buffered Earnings, Metered Earnings, etc sebenarnya hanyalah istilah yang digunakan untuk kempen CPM.

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh A!
dvertisers kami.

Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

So nasihat En nuffnang sama saja macam dalam Tips Cik Azizah kita... klik entry Azizah kat bawah ni..


Terima kasih banyak-banyak...sekarang Iklan en Nuffnang sedang menari-nari kat blog Zie... hehehe sukanya.

Selamat Berbelog yer..

3 comments:

fieda said...

ZIE dah pernah dapat BE....?skrg zie punya duit dlm nuffnang ada brp?fieda ada rm7 jer..x reti sgt bab2 nuffnang ni...tgh study2 gak ni..

Zie said...

Belum lah kak.. ni baru dapt tips.. kalau kak nak tau lebih detail cuba baca entry Cik azizah tu.. insyaalah paham, dan cuba ikut apa dia kata.. trylah..

Cik Azizah said...

hahaha alamak! sis siap buat entry.. jijah ajar mane yg jijah dah buat. tu yg berani citer..hehe kalau nak info lebih nnti sis rajin la tanya nuffnang k.

happy berblogging!

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (32) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (25) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Minatku.. (11) Segmen (11) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) PJJ UMCced (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Penang (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Rayyan Taska Sekolah (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Aktiviti Keluarga (1) Astro (1) Autoshow (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Berkelah (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Fesyen (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Guru separuh masa (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers