Monday, 24 September 2012

Rahsia Tandatangan AISHAH: Duit Dari Alam Bunian?


Macam menarik jer cerita nih.. jom kongsi bersama, pernah jugk dengar kawan bertanya ada tak duit dalam simpanan dompet saya yang ditandatangani oleh AISHAH, kalau ada katanya boleh ditukar lepas itu akan dapat lagi wang lebihan hasil dari pertukaran itu.. ? Menarikkan tapi kenapa ada apa punca dan sebabnya,? tak tahu pulak. Bila terjumpa artikel ni kat MR barulah tahu, tapi adakah benar apa yang diperkatakan ini.. emm jom sama2 baca... ;)

Anda tentu pernah melihat tandatangan AISHAH pada matawang ringgit Malaysia. Sejauh manakah anda mengenali AISHAH ini sebagai gabenor Bank Negara Malaysia?
Semakan melalui Bank Negara Malaysia juga mengesahkan tiada gabenor Bank Negara bernama Aishah! Bank Negara juga mengesahkan satu-satunya gabenor wanita ialah Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan gabenor Bank Negara Malaysia ke tujuh dan masih berkhidmat sehingga kini.

Apakah duit dengan tandatangan AISHAH ini merupakan duit dari alam bunian sepertimana yang heboh diperkatakan suatu masa dahulu. Kononnya ketika dunia mengalami kemerosotan ekonomi malah Malaysia juga diserang oleh George Soros menyebabkan ekonomi kita lumpuh, sahabat-sahabat dari alam bunian telah membantu rakyat Malaysia dengan mengeluarkan sejumlah besar wang dari alam mereka untuk digunakan oleh rakyat Malaysia.

Mungkin kedengaran mustahil namun percayalah tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini sekarang. Sejauh mana kebenaran cerita ini tidaklah dapat dipastikan. Namun sekiranya anda mempunyai pendapat mengenai kisah ini eloklah kita kumpulkan bersama untuk tatapan generasi masa kini. Berikut disertakan senarai nama gabenor Bank Negara Malaysia :

  • Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 – Julai 1962)
  • Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 – Julai 1980)
  • Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 – Jun 1985)
  • Tan Sri Dato’ Jaffar bin Hussein (Jun 1985 – Mei 1994)
  • Tan Sri Dato’ Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 – Ogos 1998)
  • Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 – April 2000)
  • Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 – Kini)

Apa yang pasti, sebenarnya tandatangan AISHAH yang diperkatakan milik bunian ini sebenarnya adalah milik Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, gabenor Bank Negara Malaysia keenam.

13 comments:

Kakzakie said...

Hihi... kakak membaca beria-ia Zie sebab kakak rasa memang banyak pun duit yg signatory dia.

Ingatkan betullah bunian:)

Mira Adzlia said...

hihi..tanjat boboy..igt btol bunian punye..hihi

IntaNBerliaN said...

eh, sy xperasan plak nama aisha.. xtilik sbnarnya.. hihii

emmm tp nape tan sri tu sign nama aishah ek..

Kesuma Angsana said...

tq konsgi info ye

Sidratul Muntaha said...

ehehe.
nama mak dia kot?
maybe dia praise mak dia dgn cara ni..

Tihara said...

tak pasai2 jadi gabenor bank bunian..huhu..nice en3 :)

Si Matatajam said...

M ketinggalan kot pasai hal ni..first time M tau cerita ni..

NoEn said...

erk mcm jauh jer tandatangan ngan nama sebenar dia

Haryati Faizal said...

baru tau pasal ni zie...tq for sharing...

QueeN TerataI said...

hihihi sgt teruja nk baca.. tp mmg pelik lah knp dia sign guna nama lain dr nama dia... :)

khairul said...

tenkiu2

daihatsu yg sempoi.http://gilamodified.blogspot.com/2012/09/daihatsu-boleh-jadi-mcm-ni.html

ieedaz @ mama_isha said...

Tak pernah dgr psl citer ni tp nk la tau kenapa beliau guna nama aisha tu :-)

Myra Jay said...

Hheee, dulu pun sama ingat Aishah, rupanya sign Ali Hasan ;)

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (32) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (25) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Minatku.. (11) Segmen (11) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) PJJ UMCced (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Penang (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Rayyan Taska Sekolah (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Aktiviti Keluarga (1) Astro (1) Autoshow (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Berkelah (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Fesyen (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Guru separuh masa (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers