
Melodi merupan sebuah program hiburan yang bertahan selama 23 tahun & paling tersohor diMalaysia, sering mendapat rating yang tertinggi hasil daripada paparan berita sensasi yang disediakan produksi Melodi. Jadi tak hairanlah kalau ada segelintir artis baru memasang impian untuk mana-mana acara yang dianjurkan Melodi.
Al-kisahnya, minggu depan produksi Melodi akan mengadakan program rakaman khas Melodi Raya, di PWTC. Namun, ada perkara yang dirunsingkan oleh mereka mengenai penganjuran Melodi Raya kali ini. Menurut sumber, seorang pelakon veteran merajuk kerana tidak mendapat tempat duduk ketika penganjuran Melodi Raya tahun lepas. Kalau boleh, produksi Melodi ingin mengelakkan kejadian seumpama itu berulang kembali.
Namun, ada segelintir artis baru ini dikatakan bersifat demanding. Sudah diberi 1 pas, dia minta pula 3 pas untuk bawa PA (personal assistant) & manager. Tak kurang juga nak bawa jiran, kawan & adik beradik.
Sebenarnya, produksi Melodi amat mengalu-alukan kedatangan artis baru. Cuma, mereka mengharapkan kerjasama daripada artis-artis baru ini kerana tempat duduk amat’lah terhad.
Bagi memperkemaskan penganjuran Melodi Raya 2011, mereka juga akan memperketatkan kemasukan para artis kepada 1 jemputan sahaja. “Mana-mana individu yang tidak membawa kad jemputan tidak akan menerima akses masuk.”
Susunan meja juga diperketatkan. Artis akan duduk bersama artis, manakala PA & manager akan duduk tempat lain. Mereka juga tidak menjamin PA atau PR (public relation) akan mendapat tempat duduk pada hari berkenaan.







No comments:
Post a Comment