Sejak raya tahun lepas kami cadang nak buat rumah kat kampung... asalnya tanah ni kakak ku yang punya tetiba dia kata nak jual so aku dengan suami apa lagi setuju nak belilah. So kami plan nak bina rumah sendiri di sini.. pada mulanya kami tak ada modal nak buat rumah ni.. alhamdulillah tahun ni aku adalah sedikit modal untuk buat loan. Cuba pi tanya bank dan aku layak buat loan 79k. Tapi aku nak amik 70k sahaja. Dan bajet untuk rumah aku adalah 65k sahaja.
Mulanya aku nak buat rumah dua bilik sahaja.. plan en goggle ja dicari sana sini semuanya tidak berkenan dihati.. pastu aku terjumpa plan ni.. yg boleh tahan cun dgn keluasan tanah aku... so aku dgn kepakaran yg ada aku cuba ubah suai plan ni jadi rumah 2 bilik.. maklumlah bajet ciput.. so jadilah plan rumah 2 bilik bila dibincang dgn kontraktor dia kata rumah kami cecah 70k .. huhu sedih nya awat mahai sgt... wa wa.. apa nak buat nampak gaya terpaksa gadai porch sat dulu... bila ada modai nanti baru pk balik pasal porch.
Rumh ni memang rumah yg save bajet.. tile rasanya tak buh lagi..
Dan ada bnyak benda yang akan dikurangkan.
Plan bukaan rumah ni adalah 28x37 kaki. Depa kata besaq. Aku rasa tak besaq mana... apapun pi ukuq kat tanah dulu baru tau besaq ka dak kan...
So minggu lepas kerja-kerja pembersihan pokok2 telah dijalankan... 6 pokok nyok telah tumbang... harap maklum tidak dibenarkan pokok2 tinggi berhampiran rumah ye... pastu minggu ni kerja-kerja merata tanah telah juga dijalankan..
Dan pastinya kerja2 seterusnya bakal menyusur...
Permisi dulu nanti sambung untuk cerita seterusnya...
Sebab2 kenapa aku nak buat rumah kat kampung ni.
Plan asal 3 bilik... 2 bilik blakang tu aku ingat nak hold dulu... buat yg dari dapur ja.
Plan yang diubah suai. 2 bilik ja
Tetiba nak ubah plan jadi macam ni plak... 3 bilik tanpa porch ataupun porch simple2 dah.
Plan macam ni ja yang aku reti.. plan pandangan hadapan bagai sorry... huhu
Teringin nak buat tingkap macam ni.. berangan macam duit berkepok kepok
Bumbung nak simple macam ni
Nilah kawasan tanah tu... minggu tu kami tebang pokok
Minggu ni en suami ja yg balik kg pantau... depa dah rata tanah.. nampak luaslah plak... yg nampak bumbung biru tu rumah abang aku. So berjiran lah kami...










2 comments:
alhamdulillah..x kisah lah umah kecik ke besar..janji umah kite sendiri..
nanti ada rezeki lebih leh sambung lagi..
Salam singgah & salam jumaat, maaf lama x jenguk N x terkejar nak baca n3 yg lain, tak kisah besar kecik yg penting selesa utk kita sekeluarga kan
Post a Comment