Sebelum ni tak pernah jadi kena gigit sengkenit atau kutu babi ni kat luaran. Sebelum kena kat Dania.. Dina dahulu masa kecil kena gigit kat dalam telinga kesan dia mana lah kita nampak kan... sebab kat dalam.. tapi kalau nak pegang telinga dia memng tak dapat lah... berminggu mingu makan bulan gak lah nak dapat korek taik telinga dia... macam tu jugak terjadi kat Rayyan.. ken gigit sengkenit ni kat dalam telinga.. menjerit bila bawa gi jumpa doktor.. dr cuci bagai.. Tu semua kisah tahun tahun yang sudah... dan kali ni musim cuti sekolah ni terjadi pulak kat si Dania zahira.. Memula mama hairan kenapa dia tak bagi sentuh mata dia.. lepas tu kalau mandi tak boleh kena air.. menangis2 dia.. mama nak tengok dia tak bagi langsung.. Sekali mama nak bawa ke klinik mama try tengok kat mata tu... sekli binatang ni yang singgah.. sengkenit atau lebih dikenali sabagai kutu babi... Ya Allah kesian Dania.. mama apa lagi tok pun sapu minyak dulu lepas tu baru cabut.. Alhamdulillah selesai dah 2 hari berlalu tengok elok ja... ingat dah ok rupa rupanya masuk hari ketiga mata dia bengkak.
Makin hari makin teruk dah 4 hari berlalu pun masih bengkak ubat makan dah habis.. sambung ubat baru pun masih tak reda... adoi bahaya betullah sengkenit ni kan... baru kutahu... siksanya kesan gigitan sengkenit ni.. Ya Allah semoga anak aku kembali sihat seperti sediakala...
Tak sanggup dah nak tengok dia dengan mata dia macam ni..
Kesianlah dah lah sekolah nak buka lagi seminggu. Ya Allah sabar jelah. Semoga anak mama kembali sihat dan ceria seperti selalu...
Kesian Dania masa mula2 mata bengkak dia cakap... mama Dania dah jadi raksasa ke... alahai siannya...
Nak kata dia sakit sangt tak jugak sebb dia tak merenget pun.. cuma dia rimas sebb bengkak tu menutupi mata dia... mata dia masih terbuka tapi sedikit shaja.
Gambar hari ke 5
Lain sangat muka dia ...sebelah anak cina sebelah anak melayu kan heheheh.
Ni hari ke 4
Ni gambar hari kedua dan ketiga..
Hari ni pulak adalah Hari Ulang Tahun Kelahiran Dania Zahira.. semoga Dania beroleh kejayaan kebahagiaan dan dilindungi Allah didunia dan Akhirat..semoga anak mama tabah hadapi ujian di Dunia ni.. mama sayang Dania selalu.
Amiin










9 comments:
Ya Allah kesiannya dia..
Sakit tu..
Cepat sembuh syg..
Selamat hari lahir..
Muahxxx!!
Ya Allah.. kesiannya...
kak zie, nak tanya, macamana boleh kene dgn sgkenit ni yer? risau plak saya
kucing salah satu sbab, pastu kalau kawasan selepas banjir, haritu kat taman ni ada lah naik air kejap.. hujan lebat sgt, satu lagi musim berangin ada jugak kutu babi ni mai..
memang sakit...saya pun selalu kena...tempat yang kena tu masya allah gatalnyer lah..berbulan ambik masa nak hilang
salam kak.berapa lama baru baik kesan gigitan tu ye?anak saya dah dua bulan kena.dia kata gatal n sakit.bawak g klinik doc bg krim.tapi lepas sapu krim mcm makin bengkak pulak kat kawasan gigitan tu.
Bertahun kadang pon tak hilang2
Saye dah dua kali kene gigit binatang sial tu...
Yg first smpai skrng pon kesan nya x hilang..padhal dah masuk 1 1/2 thaun.
Ni pulak kene gigit lagi tak taulah bile nak sembuh nye..
Ank sy dh setahun sakit bekas kena gigit. Risau la. G klinik bg krim antibiotics jerla. Bahaya ker? Apa patut sy buat.
Cari ubat sapu bernama SCABOMA di farmasi moga2 dpt membantu
Apa yg menyebabkan bengkak, selepas kutu tu dah dicabut? Kesan bisa kutu atau bacterial infection?
Post a Comment