Alhamdulillah dah selesai pun buat permohonan Pembiayaan
dari mara. Mudahan cepatlah lulusnya, ok nak bagitau serda sedikit posedur nak
buat loan mara ni. Mungkin sama jugak proses dengan gomen, Cuma ada sedikit
kelainannya.
Selepas kami buat bayaran booking rumah dan tapak haritu
kami diberi masa seminggu lagi untuk mereka proses agreement dan hantar segala
surat peguam dan borang permohonana kepada majikan kita, hehe yang bestnya depa
siap isi lagi bab atau tentang rumah dan jenis yang kita nak beli tu, kita Cuma
isi tang kita punya part jer.. seperti gaji nama suami atau isteri, nama dan ic
kita semua depa siap taip. Bak kata yang mana senang yang boleh depa isi depa
isi kita Cuma sain jer, taip semua maklumat yang depa isi betullah, kalau salah
kita kena prin semula dan isi balik lah.
Selepas dapat surat dari pemaju step kita seterusnya adalah
- · Pergi ke pejabat penilaian bersama surat pengesahan majikan serta salinan agreement untuk mohon kepada mereka untuk membuat penilaian rumah yang kita nak beli tu.
- · Bila surat laporan sulit penilaian siap kita kita dikehendaki membayar 1% dari harga rumah tapi kalau gomen rasanya percuma jer.
- · Selepas dah dapat laporan penilaian step kita seterusnya mendapat pengesahan bos dan tandatangan kat borang kita terus hantar ke Bahagian Pembiayaan. (mudahan cepatlah dapatnya) masih menunggu.
Serba sedikit step yang di ceritakan untuk panduan sendiri.
Tengah dok pk lagi rumah ni nak buat Homestay atau nak
sewakan..huhu adoi.. camna ni yer..








6 comments:
kak zie, buat homestay pun ok, rumah tak la kena 'latu' sangat... tapi kalo sewa kak zie masuk duit jugak bulan2 boleh cover bayar kat bank.
Bestnya. Buat umah sewa pon ok juga zie ☺☺
alhamdulillah....
klu homestay tak selalu pun org akan stay...klu umah sewa tetiap bulan masuk akaun...bley cover duit loan umah
kalau sewa bulan2 dpt tetap.. kalau homestay kalau iklan bagus lajulah income.. ;)
wah seronoklah bila rumah dah siap ni kan !
zie tak tau lak leh wat pinjaman rumah dengan mara selalu wat pinjaman dengan bank aje...
Post a Comment