Allah hu akhbar nampak gayanya anak encem mama ni kena campak cekam... yang biji kecik-kecik tu... emm patutlah demam panas dia kuat sangat... dan susah nak lega... rasanya kalau demam biasa dah lega ni... apapun normallah, Kakak Dania dulu pun masa umur macam Rayyan ni pernah demam campak ni jugak... semoga anak mama cepat sembuh yer....
Ha ni pic masa sehari sebelum demam (hari Jumaat) emmm nak citer sikit Rayyan ni kalau masa mama pi ambil dia, emm bukan main seronok nampak mama ni, maklumlah dah seharian dengan mak mestilah dia rindukan mama dia pulak kan? Kalau duduk dalam kereta mama dah tak buh car seat ... penyakit malas dah.. hehee maklumlah dekat ja... dua kali belok dah sampai rumah... bila kereta masuk ja dalam garaj emm dia dah mula menangis.. tak puas duk lam kereta lah tu, pastu bila mama nak angkat dia.. emm badan dia mesti nak tala ke stereng.. hahaha nak test drive la tu...sebolehnya nak kena layan dia pegang stereng seminit dua dulu baru ok... emm kalau tak kena alihkan tumpuan dialah, baru ok.. Pernah sekali mama bawa kereta dia nak duduk kat depan.. masa tu memang bebai tahap gaban..bawak jugaklah... masatu dia tak boleh duduk lagi... tapi sekali tu sahaja.. sekarang ni dia seronok nak berdiri pulak... letak je dia mesti nak berdiri... hai semakin hari semakin banyak kebolehan dia... tapi bab pegang stereng ni dari dulu lagi... memang stereng dia ni mainan dia lah...
p/s tak sabar nak tengok dia berjalan, berdiri dah agak lama.. dah meniti satu rumah








7 comments:
Seronok betul bila dapat pegang stering Zie. Kalau dah dapat legalah dan baru boleh masuk rumah:)
sib baik kaki tak smpi klu tak nak pi ronda sorang2 pe hihi...
dah sampai setahun belum? ada vaccine tau untuk campak..:)
kesian kalau baby kena demam, moga cepat sembuh yea..aamiin
Amboi...sukanya rayyan dpt pegang steering. Sian dia kena campak. SMoga cepat sembuh.
comelnya hero zie.. dh besar dia..
mudahan demam campak dia x melarat ye
haha...esok2 dia mula sibuk nak tekan macam2 kat dashboard tu...
Post a Comment