Hari ni
Chekup Rayyan, kebetulan harini jugak ada ujian pap smear kat Klinik Sg Duri,
so misi kat situ arahkan untuk jalani ujian ini, maklumlah anak dah tiga, so
memang dah lama tak buat ujian ni, last haritu masa lahirkan Dania. Mula tu
rasa gentar jugak, tapi oklah untuk kesihatan diri jugakkan, bila lagi nak buat
kalau nak pi sendiri2 jangan mimpilah, so misi dah ada terus ja chek, pasal
chek up Rayyan next entrylah yer, hari ni semangat nak cerita pasal Pap Smear,
kawan-kawan kat sana dah buat Ujian ni? Ha kalau belum jom lah sama2 kita buat
ujian ni, tak llama ambil masa lam 5 minit dah siap, keputusan 2 minggu lagi…
ok jom baca apa tu pap smear.
Ujian Pap Smear
Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear, merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan pra-malignan dalam serviks.
BAGAIMANA IA DILAKUKAN?
Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan dengan kayu spatula, secebis kapas atau berus (seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah) dan kemudian diperiksa di bawah microskop.
Hasil ujian ini akan menunjukkan:
1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)
Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks digalakkan untuk menjalankan ujian PAP.
MENGAPA IA SANGAT PENTING?
1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.
Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.
DI MANA DAN BILA UJIAN DILAKUKAN?
Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih. Anda sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.
Nota penting:
1. Lebih kurang 2 hari sebelum ujian PAP, anda mestilah mengelakkan daripada dusing (pancutan air yang dilakukan oleh doktor ke atas rahim wanita), atau menggunakan ubat-ubatan untuk faraj atau sabun spermisid, krim atau jeli (kecuali dinasihatkan oleh doktor).
2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP.

pss: bab malu tak yah citerlah, semua malu, hehehe so buat tebaljelah, ok...

10 comments:
sebelum nak buat pap smear pon jangan berhubungan dengan suami..hehe
jijah takutt woo nak buat.. maluu @_@
Belom buat...takottt >.<
eiqa ada belajar pasal nie dekat kolej :)
kalau pasal kesihatan ni x boleh nak malu2.. sbb kepentingan utk bersama.. Queen pun pernah buat sekali slps bersalin anak yg pertama dulu. lps bersalin anak ke2 ni nnt kena buat lagi... :)
mmg kena bt tapi tak terbuat lagi
he he lama x buat , segan lah pulak !
belum pernah buat.. kak, masa saya kena gbs aritu, diorang ambik sampel kat bawah.. guna alat apa ntah... sakit la akak.. tak tau la sb saya pregnant ke tak masa tu..camtu jugak ker buat pap smear? kl ya, takut plak nak buat...
yati dah buat 2 kali dah ujian ni...1st time takut jugak, tp kali kedua ok je...
sebelum pap smear prepare ape2 yg patut.nanti malu nak mengadap nurse
wani baru jer buat kak :-)
Post a Comment