Alhamdulillah Rabu lepas berlangsung sudah majlis berbuka puasa bersama rakan sekerja di ILKM, kat mana tu, kat mana lagi kat ILKM lah, yang atas tu nama dewan tu jer, panjang kan... wah acara tahunan yang begitu meriah dengan kehadiran ahli keluarga masing2. Memang saat2 ini yang dinantikan semua warga ILKM, kerana masa nilah nak bersua muka dengan pasangan dan anak masing2.
Menu utama nasi putih dengan kari ikan semilang...disamping lauk2 lain yang berlambak2... takpa lepas berbuka tu pasti tapau bawak balik, untuk sahur pulak... yelah tak masaklah bila berbuka kat luar..
Yang paling gembira tentulah anak2, jumpa kawan sekali sekala, wah bukan main berlari melompat. Emmm yang bestnya depa ni seusia ja... bak kata orang utara segagan....ada yg lebih setahun dari Dina ada yang sebaya. Seusia Dania pun ramai jugak...dan pastinya baby Rayyan pun ada kawan..
waktu berbuka semua berada disurau dan terus solat magrib berjemaah, kecuali ibu2 yang beranak kecil ni..huhu
Rayyan baik je semalam.... waktu berbuka Rayyan tidur... sampai semua dah habis makan, baru dia jaga tak menangis pun.. baik je. Mama pun apa lagi enjoy lah tengok budak2 main bunga api...tumpang main sekaki. Kena ada pengawasan orang dewasa, kalau biar je kat depa, ada yang sembur bunga api kat kawan2.
jom layan gambar jerlah, dah tak sempat nak menaip, banyak benda tak siap lagi...
yg belakang tu menu dimasak Katering Selera Mutiara
Kak Sarah, yang depan ni lauk pauk yang dimasak oleh beberapa orang staf kat sini.
Deretan ni kueh mueh yang dibawa oleh kami semua.. semua ni pakar masak ni..
Dania makan aiskrim, comot
Menyelit Zie dan Husna..
Cedapnya dia makan, waktu ni budak2 lain dah main kejar2 anak2 mama masih dok makan, lepas makan emmm sakanlah
Sebahagian anak2 kami...ada lagi dok main kat pentas.
Good Boy
Seronok Dania main bunga api..
Wa.. dah habis jom balik..







15 comments:
seronoknya.. tp yg paling seronok anak2 tu la yer..hehee
bestnya bebudak siap main bunga api lg...=)
Meriah makanan dan suasananya. :)
BESTNYE..OPIS SY TAHUN NI TAK LEH BWK FMLY...STAFF ONLY...OPIS HUSBAND LAGI LA...
Kalau majlis ada anak-anak memang tambah meriah Zie..
seronk tgk budak2 hepi :)
bestnyer tgk....meriah jer rasa hihihi...happy jer tgkbudak2 tu
wah, seronoknya tengok diaorang main bunga api...tak sabar plak nak raya..
Seronok la hang dapat kuar rumah..Merdeheka dah ye..hehehehehe..Ingat nak sangat jumpa hang..
bestnyer meriah sgt!
wah siap main bunga api lg.. hihii
*kak zie, nanti dtglah kenduri adik ipar saya tu yer.. dekat dewan parit buntar INN.. 23/8, minggu depan, hari khamis..
apa2 pun, nanti kak zie msg la sy kt hp yer... ada lg kan no hp sy?.. ;-) blh kita jumpa... hihi
syoknya main bunga api.. :)
@IntaNBerliaN insyallah kalau kak balik sini awai kak pi.. ok apa2 nanti kak call ina.
ok kak :-)
part main bunga api mesti seronok budak2tuh..meriahkan?
Post a Comment