Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-
- Menjaga anak
- Menyediakan makan-minum isteri
- Mengurus segala keperluan rumahtangga
- Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
- Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya
Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU. Dalam kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tututan kerja di pejabat.
Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.
Hal ini sejajar dengan salah-satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa: ‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’
Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.
Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.
Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.
Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat. Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit kepala ketika dia pening serta bagi la dia makan ubat ketika dia sedang sakit.







10 comments:
ni kalau suami mama lynn baca ni bagus jugak tp lelaki ni tetap meletakkan tanggungjawab tu pada isteri
ni kalau suami mama lynn baca ni bagus jugak tp lelaki ni tetap meletakkan tanggungjawab tu pada isteri
malangnya tak ramai lelaki yg gemar membaca. kalau tak mesti dorg dpt baca entry kamu ni. zaman sekarang, hampir 80% kerja rumah kalau boleh serah kat isteri bulat2... lelaki? penat.. balik keje nak rehat je.. he3... realitinya ramai yg masih begitu..
a'aa betoi tu.. ms sy g kusus kawen, ada ustaz tu gtau pasal ni..
kan best kalau suami saya baca info ni..ehehe
tapi alhamdulillah, skrg ni pun dia yang jadi tukang basuh baju nye hikhik >_<
tapi yg sebaliknyer berlaku skrg kan?
hu3
ramai suami yg letak semua tanggung jawab di bahu isteri..lebih2 lagi isteri yg bekerjaya...
Hmm...memang dia ada tolong..tapi bab memasak..tak payah la mintak tolong..kalau dia nak tolong pun aku tak nak bagi..hehehe..
sungguh indah kalau semua suami isteri bekerjasama dan faham kewajipan masing2..dengar ceramh sorang ustat, dia kata suami wajib sediakan makanan isteri utk 2x sehari..pakaian 2x setahun..yg tu wajib kalau tak sempurnakan jadi haram..tempat tgal pun yg disukai isteri...kalau ada perkara yg sakitkan hati siteri pn jadi haram...cuma isteri juga kenalah memahami jika suami dalam kesulitan ..tu je lah pokok pangkal nya hati mau bersih..Insya Allah
suami kak fieda dok reti buat keje dapur..kemas umah ok la..
Post a Comment